بسم الله الرحمن الرحيم
BAHAN-BAHAN
1 mangkuk beras,
1 cawan garam kasar,
Air suam secukupnya &
1kg ikan puyu (boleh pelbagai jenis ikan).
CARA-CARA
1)Ikan disiang serta di cuci sebersi-bersihnya dan kemudian digaul dengan garam kasar dan dibiarkan semalaman didalam bekas yang tertutup.
2)Beras digoreng sehingga perang dan dimesin halus.
3)Campurkan 3 cawan air suam serta 1/2 cawan garam kasar dan gaul sehingga larut.
4)Masukkan beras yang telah dimesin kedalam campuran air garam tadi dan jangan sehingga terlalu pekat-(bahan A)
5)Ikan yang telah diperap tadi dibasuh terlebih dahulu untuk mengurangkan kemasinan.
6)Celupkan ikan tadi seekor demi seekor kedalam bahan A dan susun didalam bekas yang ditutup rapat (balang atau tupperware) dan dibiarkan selama 4-5 hari.
7)Untuk lebih sedap simpan sehingga 1 minggu.
*Peringatan:Pekasam ikan puyu boleh tahan selama 1-2 bulan sekiranya dibuat mengikut aturan.
Cadangan Hidangan:
Untuk lebih 'kick' goreng sehingga garing dan masukkan bawang (kecil atau besar).Ikan tadi dihidangkan bersama perahan limau nipis.
Tambahan:
Jikalau puan-puan tidak gemar ikan air tawar ikan laut pun boleh dijadikan pekasam. 'SELAMAT MENCUBA' - Sumber
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
11 comments:
kat sana pun ada ikan puyu ke?
Export balik mai Malaysia...hehehe
hehehhee... nak ke captain?
tak makan ikan puyu..tapi kalau ikan lain di buat pekasam pun sedap jugak...
oo x makan ikan puyu ke siti.. bak bagi kat saya ...hehehe
Erm... Sedap2,
Ni kalo makan dgn nasi panas2, bleh tambah 2x nih.. Gantikan dgn terubuk pn sodap kan..? hehe.. tq 4 da recipe.wslm.
Bagaimana rasanya ikan pekasam? Tuan & puan yang biasa makan boleh bagitau saya.. Saya pernah rasa tapi tak berapa suka pekasam.huhu
Biasa ikan yang dibuat pekasam ini iaitu ikan lampam kan.
Slm...
berapa harga puyu pekasam dipasaran semasa??
sedapnyer...dah lme xmakan ikan pekasam..nnt nak cuba la, THANKS for resepi... :)
Klu buat daging pekasam reti x?
best....tq boleh dijadikan resepi hari ahad...
jangan lupa lawati blog sy
nasuhabeautyandhealthclub.blogspot
best...terima kasih
jangan lupa lawati blog sy
nasuhabeautyandhealthclub.blogspot
Post a Comment