بسم الله الرحمن الرحيم
Aku pening dan keliru dengan kenyataan Harussani Mufti UMNO nih..
Kata Harussani ketika diminta mengulas kenyataan Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang dukacita terhadap perintah Sultan Pahang yang berkenan menggantikan hukuman sebat terhadap Kartika dengan kerja-kerja khidmat kemasyarakatan.
Tan Sri Harussani Zakaria berkata, hukuman sebatan yang dijatuhkan terhadap Kartika sebelum ini bukanlah hukum hudud, sebaliknya hanya takzir yang tertakluk kepada pindaan oleh pemerintah.
“Hukuman hudud menetapkan 80 rotan (kepada pesalah yang meminum arak). Tetapi hukuman yang dijatuhkan terhadap Kartika tidak sampai kepada hukum hudud. Ia hanya takzir yang boleh diubah. Hukum hudud tidak boleh diubah sama sekali,” katanya.
Dan Harussani juga telah berkata “Undang-undang kesalahan jenayah syariah terbahagi kepada tiga, iaitu hudud, qisas dan takzir. Undang-undang mesti dijalankan dengan tegas.Peruntukan hudud melibatkan enam kesalahan iaitu murtad, minum arak, berzina, mencuri, merompak dan qazaf. Manakala qisas pula hukuman balas, seperti pembunuh akan dibunuh balas. Kategori takzir pula kesalahan selain daripada hudud dan qisas yang mana hukumannya tertakluk kepada budi bicara pemerintah.
Harussani berkata hukuman sebatan yang dijatuhkan terhadap Kartika sebelum ini bukanlah hukum hudud, sebaliknya hanya takzir tapi dalam masa yang sama dia juga berkata minum arak terletak dibawah hudud.. Jadi kalau minum arak terletak dibawah hudud mengapa takzir yang dikenakan?
Lu kasi wa pening la Ustaz…..
Jadi untuk menghilangkan kekeliruan ini, aku pun referlah isu ini kepada seorang sahabat, ini jawapannya jika Harta dan Kesenangan duniawi tidak dihiraukan…
Di dalam hal pelaksanaan hududullah, Allah SWT berfirman,
“Dan janganlah belas kasihan (ra’fah) kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah” [TMQ an-Nur (24):2].
Hudud adalah termasuk di dalam kategori hukuman yang tidak boleh ditarik balik atau diberi pengampunan. Jika kesalahannya telah terbukti atau adanya pengakuan, maka had hendaklah dijatuhkan.
Rasulullah SAW sungguh marah atas tuntutan pengampunan yang diajukan oleh Usamah terhadap seorang wanita Makhzumiyah yang mencuri, dengan sabdanya
“Sesungguhnya kehancuran umat sebelum kalian disebabkan apabila ada orang terhormat mereka mencuri,dibiarkan, akan tetapi apabila pihak yang lemah mencuri, dipotong tangannya. Demi Zat yang jiwaku berada di tanganNya, seandainya Fatimah Binti Muhammad mencuri, nescaya akan aku potong tangannya”.
Hadis ini menunjukkan bahawa langsung tiada kompromi dalam soal pelaksanaan hudud, malah Rasulullah dengan begitu tegas bersabda bahawa jika anak baginda sendiri mencuri, maka tangannya tetap akan dipotong.
Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Had yang ditegakkan di muka bumi lebih baik bagi penduduk bumi daripada turunnya hujan selama 40 hari”.
Hadis yang lebih tegas diriwayatkan oleh Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Barangsiapa memberikan pengampunan dengan tidak melaksanakan had dari hududullah
maka ia telah menjadi pembangkang perintah Allah”.
Kesalahan Meminum Arak adalah Kesalahan Had
Kesalahan meminum arak adalah termasuk dalam bab hudud. Kalimah had atau hudud ini bermakna hukuman kepada pelaku maksiat yang melanggar hak Allah. Dalam hudud, tidak ada pemaafan, baik dari hakim mahupun si pendakwa. Malah tidak ada sesiapapun boleh mengampunkannya walau pemerintah sekalipun.
Ini kerana hudud merupakan hak Allah secara mutlak. Oleh itu, siapa pun tidak boleh menguggurkannya dalam apa jua bentuk dan keadaannya [Nizhamul Uqubat, Abdul Rahman Al-Maliki,hal 12].
Arak diharamkan berasaskan dalil yang qathi’e di dalam Al-Quran, As-Sunnah dan juga Ijmak Sahabat. Firman Allah,
“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah,adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatanperbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan...” [TMQ Al-Maidah (5):90].
Adapun uqubat (hukuman) untuk peminum arak juga telah dinyatakan dengan jelas oleh hadis Nabi SAW dan juga Ijmak Sahabat iaitu peminum arak wajib disebat sama ada 40 atau 80 kali sebatan.
Imam Tarmizi mengeluarkan dari Abi Said,
“Bahawa Rasulullah SAW memukul (para peminum khamar) sebanyak 40 kali dengan pelepah kurma”.
Dalam hadis lain dari Abi Said,
“Pada masa Rasulullah SAW (peminum) khamar disebat 40 kali dengan pelepah kurma, ketika masa Umar, pelepah kurma diganti dengan cambuk”.
Dari al-Husain bin al-Mundzir bahawa Ali ra pernah mencambuk Walid bin Uqbah 40 kali kerana telah minum khamar. Kemudian ia berkata,
“Nabi SAW pernah memukul (peminum khamar) 40 kali, Abu Bakar 40 kali, Umar 80 kali, dan kesemuanya itu adalahSunnah, namun ini (40 kali) yang paling aku sukai.” [Sahih Muslim].
Manakala bagi seorang peminum arak tegar dan telah dikenakan had (disebat) pada setiap kali minum, kemudian masih mengulanginya lagi, sekiranya pihak penguasa memandang perlu bahawa ia dibunuh, maka hal itu boleh dilaksanakannya. Dari Abu Hurairah ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Jika ada seseorang mabuk (kerana minum arak), maka deralah ia, jika ia mengulangi, maka deralah (lagi) ia, jika mengulangi (lagi), maka deralah (lagi) ia’. Kemudian pada kali keempat, baginda bersabda, ‘Jika ia (masih) mengulangi (lagi), maka hendaklah kalian tebas batang lehernya”[Hasan Sahih: Ibnu Majah & Nasa’i].
Sesungguhnya masih banyak hadis-hadis senada lainnya yang menjelaskan jumlah sebatan sebanyak 40 atau pun 80 kali. Perlu diingat bahawa tidak boleh melakukan sebatan dengan jumlah di antara keduanya (41-79),kerana tidak ada nas yang menjelaskan atau membolehkannya. Justeru, hukuman terhadap peminum arak adalah terlalu jelas iaitu sama ada 40 kali atau 80 kali sebatan. Tidak boleh 6 kali dan tidak ada hukuman denda. Malangnya pemimpin, ulama dan sebahagian besar dari umat Islam kini terperangkap dengan isu 6 kali sebatan.
Walhal sesungguhnya hukuman 6 kali sebatan dan denda RM5,000 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah adalah langsung tidak syari’e. Inilah isu sebenar yang patut dibincangkan oleh umat Islam (yakni) sama ada hukuman tersebut benar-benar bertepatan dengan hudud atau tidak.
Dalam kes ini, jelas bahawa Mahkamah Syariah telah menjatuhkan hukuman buatan manusia (bukannya hukuman Islam) ke atas Kartika.
Sebatan 6 kali adalah undang-undang ciptaan manusia, bukannya undangundang ciptaan Allah. Jika hukuman sebatan adalah sebanyak 39 kali sekalipun, ini tetap undang-undang kufur dan ia amat jauh sekali dari Islam, kerana tidak ada nas yang menetapkannya sebanyak 39 kali. Kita tidak boleh berhujah bahawa ia menghampiri hudud kerana ia langsung bukan hududullah.
Sama dengan kes zina di mana jika penzina dijatuhkan hukuman sebat 99 kali, maka ini sesungguhnya bukan hukuman Allah dan langsung jauh dari hukuman Allah, malah adalah satu bid’ah jika ia dikatakan dari Islam. Begitu juga dengan denda RM5,000. Ini adalah undang-undang ciptaan akal manusia, bukannya undang-undang yang datang dari wahyu!
Sayang sekali tidak ada seorang pun yang mempertikaikan hukuman denda ini walhal ia sama sahaja statusnya dengan hukuman 6 kali sebatan, kedua-duanya adalah batil kerana bertentangan dengan nas-nas yang qath’ie.
Adapun dari aspek kaifiyat (cara) bagaimana hukuman dijalankan, hudud itu tidak dijatuhkan kecuali bagi orang yang sudah baligh dan berakal, baik lelaki atau wanita, baik muslim mahupun zimmi.
Orang yang dikenakan hudud tidak ditelentang atau ditelanjangkan ketika hukuman dijatuhkan. Hal ini berdasarkan perkataan Ibnu Mas’ud, “Dalam agama kami tidak ada penelentangan, pengikatan, juga tidak ada penelanjangan”.
Tidak diperkeras pukulannya, yakni tidak memperkeras sebatan, sebab yang dimaksud di sini adalah mencegah untuk mencederakannya. Pemukul juga tidak boleh mengangkat tangannya hingga terlihat ketiaknya. Hendaknya berusaha untuk memukul badan.
Wajib menjaga kepala, wajah, kemaluan serta anggota badan yang boleh mematikan (bila dipukul) seperti jantung dan testis. Pemukulan terhadap organ tersebut kadang-kadang boleh mengakibatkan kematian atau melenyapkan fungsi organ tersebut. Kaum wanita diperlakukan sebagaimana lelaki akan tetapi dipukul dengan posisi duduk. Ali ra berkata,
“Perempuan dipukul dengan (posisi) duduk, (sedangkan) lelaki dengan berdiri” [Nizhamul Uqubat, Abdul Rahman Al-Maliki].
Demikianlah serba sedikit kaifiyat hukuman yang dapat diterangkan di dalam ruang yang serba terbatas ini.
Khatimah
Wahai kaum Muslimin! Tidak menjalankan hududullah merupakan satu kemaksiatan besar kepada Allah, apatah lagi jika menolak. Celakalah bagi orang yang mempertikaikan atau
menolak hudud Allah dan mereka pasti tidak akan selamat di padang Mahsyar nanti.
Kartika ini menjadi salah satu dari ribuan bukti bagaimana hukum Allah dicampakkan sewenang-wenangnya oleh pemimpin sekular dan menjadi bukti betapa tidak syariahnya Mahkamah Syariah.
Apakah kita masih mahu membiarkan pemimpin yang rosak dan sistem yang rosak ini terus menaungi kita? Apakah kita masih tetap mahu berpeluk tubuh melihat agama Allah diperkotak-katikkan oleh golongan sekular?
Terima Kasih ya sahabat atas penjelasan.. - Anak Sungai Derhaka
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
4 comments:
Salam ziarah...
bila dah jadi Tan Sri Mufti, tinggilah ilmunya.
Aslmlkm Bujang...
Malaysia X negara Islam. Tak ada pemimpinnya yg mengakui M'sia sbgai negara Islam, meskipun agama rasminya Islam. Pemimpin2 negara juga mdpt pdidikan dr negara sekular n mreka X sekali2 ahli agama..
Pemimpin agama dalam kerajaan majoritinya lebih menjaga periuk nasi yang mesti mndahulukan kata putus dari pemimpin politik.. Memang susah utk menegakkan hukum Allah di bumi M'sia!
Tidak hairan jika suatu masa nti M'sia mengenepikan hukum Allah n mengangkat perundangan akal manusia di mahkamah syari'e, demi menjaga 'ketoleransian' beragama n bermasyarakat di bumi M'sia..
Jangan nti utk mgerjakan solat di masjid2 pun generasi akan dtg merasa malu kerana pd masa itu solat sudah mnjadi TIDAK RELEVAN dgn tuntutan sosial di bumi M'sia.. Na'uzzubillah..
Smoga kita dpt mndidik diri n anak2 kita sbgai generasi Islam yg akan tetap mentauhidkan Allah swt bersama hukum2nya tanpa mengira tempat n masa. wsslm.
Abdullah bin Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya akan terdapat (akan ada) orang-orang dari umatku yang pandai (amat faham dan ahli) tentang urusan agama dan membaca Al-Quran, mereka berkata:“Kami datang kepada para Raja (pemimpin), biar kami memperolehi keduniaan mereka dan kami tidak akan mencampurkan mereka dengan agama kami.” Tidak terjadi hal yang demikian itu, seperti (umpamanya) tidak akan dapat dipungut dari pohon yang berduri melainkan duri. Demikian pula, tidak akan dapat diambil manfaat dari mendekatkan diri kepada mereka itu melainkan beberapa kesalahan belaka.
- Riwayat Ibnu Majah
salam bujang..
skrg nih jihad yang paling akbar adalah melawan pemerintah yang zalim...
sekiranya pemerintah biasa dgn kezaliman malah seperti ketagihan dan dibiarkan terus melakukan kezaliman azab Allah amatlah pedih.
yang terima kitalah....
langkah paling segera ialah melawan Apco Woridwide,sekiranya sudah membiak malapetaka didunia akan kita dapat.
wallahua'lam...tq bujang info yg baik.
Post a Comment