
"Kita tak mahu kroni-kroni Umno sahaja dapat, baik (pemimpin) Umno, baik MCA, baik MIC atau Gerakan yang kebas, apa yang rakyat dapat," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bagan di lobi Parlimen pagi tadi.
Sehubungan itu, beliau meminta suatu Suruhanjaya Diraja perlu segera ditubuhkan untuk menyiasat 'penyangak-penyangak' di kalangan kroni-kroni Umno tersebut.
"Kerajaan mesti tangkap penyangak ini, kalau boleh tubuhkan suatu Suruhanjaya Diraja kerana ketirisan RM52 bilion yang hilang ini adalah isu yang besar," ujarnya.
Beliau turut meminta kerajaan menjelaskan tentang kehilangan RM52 bilion baki yang pernah diperuntukkan kepada Bumiputera dan kaum Melayu.
Ini ekoran Bumiputera hanya memegang ekuiti saham sebanyak RM2 bilion sahaja. Beliau mempersoal demikian sebagai mengulas akuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri, seperti yang dilaporkan akhbar elektronik Bernama, Jun tahun lalu.
Pada 30 Jun tahun lalu, Najib berkata, daripada RM54 bilion saham yang diberikan, hanya RM2 bilion saham masih tersisa di tangan Bumiputera.
Disebabkan itu, beliau berkata, ekuiti Bumiputera tidak masih gagal mencecah 30 peratus seperti yang disasarkan melalui DEB.
"Kenapa tinggal hanya RM2 bilion (ekuiti saham Bumiputera), ke mana perginya RM52 bilion lagi," soal Guan Eng.
Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, sekiranya RM54 bilion ekuiti Bumiputera benar-benar dimiliki oleh rakyat, pegangan ekuiti saham Bumiputera melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) boleh meningkat sehingga 45 peratus.
"Kalau RM54 bilion kekal dipegang oleh Bumiputera, saya rasa pegangan ekuiti akan mencecah lebih 45 peratus, bukan 19.4 peratus seperti (yang) diumumkan Perdana Menteri," ujar beliau.
Tambahnya lagi, sekiranya pemimpin Umno jujur mahu mereputasi kedudukan kaum Melayu dan Bumiputera di tanah air, Najib seharusnya bersedia menyiasat kroni-kroni terbabit secara telus dan terbuka. - ISA
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
3 comments:
Assalamualaikum.
Kak G mmg selalu jugak membaca ur entries. Very refreshing. Teruskan dengan misi & visi yg murni. Semoga diberkati.
Misi PRU13: Marilah kita sama-sama menobatkan Barisan Nasional sebagai PEMBANGKANG di Parlimen dan di DUN-DUN yang mereka masih belum lagi jadi pembangkang (i.e. Perlis, Perak, N9, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Sarawak dan Sabah). Selepas PRU13 pastikan Barisan Nasional memikul 'title' PEMBANGKANG pula. ALLAHUAKBAR!
Very simple rmb of yi xiangjia loan issue 100 thousand yuan to armour receipt for a loan, without reason of the second after at the expiration of ones term of office of loan time limit rejects to repay.It uses pure & unaltered hoodia gordonii imported directly fr m south africa. Generally, once a diet supplement is given wide-spread media publicity, it is probably related to something pessimistic. Unique hoodia is a 100 pure hoodia. Even though Hoodia Gordonii is well-known natural appetite suppressant it is always smart concept to chat to your physician doctor before taking any weight-loss pills or additions.
Post a Comment