Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, May 14, 2010

PERSATUAN KATAK SEMALAYSIA DAPAT AHLI BARU

بسم الله الرحمن الرحيم


Anggota Parlimen Wee Choo Keong Keluar PKR

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Anggota Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong hari ini mengisytiharkan keluar Parti Keadilan Rakyat(PKR) kerana kesal dengan kepimpinan PKR dan pakatan pembangkang yang gagal mengambil tindakan terhadap skandal pasir di Dengkil, Selangor.

Katanya beliau setakat ini tidak bercadang menyertai mana-mana parti dan akan menjadi anggota Parlimen Bebas.

"Saya mengumumkan keluar parti dan meletakkan jawatan dalam PKR setelah kecewa dengan kepimpinan tertinggi PKR dan pakatan rakyat yang gagal mengambil tindakan sewajarnya berkenaan isu pasir di Dengkil.

"Saya merasakan saya tidak boleh lagi menyumbangkan khidmat dalam keadaan sebegini terutamanya isu-isu yang saya sendiri tidak boleh percayai," katanya pada sidang akhbar di sini.

Wee, seorang peguam berkata beliau telah memaklumkan peletakan jawatannya kepada majlis tertinggi PKR.

"Saya tidak bercadang untuk menyertai mana-mana parti politik setakat ini kerana saya ingin menumpukan pembangunan di kawasan saya dulu. Kepentingan rakyat mestilah didahulukan dan bukannya semata-mata untuk tujuan politik," katanya.

Katanya beliau mengambil keputusan keluar parti kerana berpegang pada prinsip menentang sekeras-kerasnya rasuah di kalangan anggota pakatan pembangkang sendiri.

Beliau turut menafikan tindakannya keluar parti disebabkan pilihan raya kecil Parlimen Sibu Ahad ini.

"Ini semua tidak berkaitan dengan pilihan raya Sibu kerana saya berpegang kepada prinsip saya yang menentang sekeras-kerasnya rasuah di kalangan ahli Pakatan Rakyat itu sendiri," katanya.

Wee berkata skandal pasir "amat menjelikkan" kerana Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedar mengenai perkara itu sejak awal Februari tahun ini kerana anggota Parlimen Puchong Gobind Singh Deo dari DAP telah membuat laporan rasmi kerpada anngota Exco kerajaan negeri Ronnie Liu.

Abdul Khalid tidak mengambil tindakan dan lebih-lebih lagi, apabila dokumen mengenai skandal itu diserahkan kepadanya, "beliau mencabar YB Manikavasagam untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa," kata Wee.

Beliau merujuk kepada anggota Parlimen Kapar S.Manikavasagam yang membuat laporan polis semalam terhadap beberapa pengarah sebuah syarikat pasir milik kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), yang dikawal sepenuhnya oleh kerajaan negeri menerusi pejabat Abdul Khalid selaku Menteri Besar.

Wee turut menyelar penasihat DAP Lim Kit Siang.

"Kita semua tahu yang YB Lim Kit Siang dengan cepat mengeluarkan kenyataan menggesa ditubuhkan Suruhanjaya Diraja berhubung perkara yang beliau anggap sebagai kepentingan awam. Tetapi apabila melibatkan perkara serius seperti ini, orang akan fikir yang YB Lim akan mengambil tindakan ke atas anak didiknya, YB Ronnie Liu, kerana gagal bertindak pada Februari 2010," katanya.
- BERNAMA



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

8 comments:

AzamDin said...

bunyi katak ni...

wee...weee...wee....weee

cooo kiongggggggggg

ahahahahhaa

Anonymous said...

hahahahahaha ada lagi yg keluar PKR.Masuk PKR ada x kasi info bodoh sikit

Anonymous said...

Lama kelamaan parti Pkr tinggal Anwar anak beranak dan mereka yg suka kunyit.

Roronoa Zoro said...

anonymous pengecut.. telur xdak..

Sasha2020 said...

Itulah...Allah maha Adil. Dulu, Anwar yg ajar orang guna pintu belakang nak bentuk kerajaan persekutuan..

Betullah tu, sekarang semua YB PKR nak cuba dan nak buktikan pada Anwar...Padan muka Anwar!!!

Kepada pencacai DAP dan PKR siapa lagi kalau bukan PAS, insaflah..kapal Pakatan rakyat dah nak karam dah...Keluarlah dari pakatan Rakyat dan marilah bersama-sama UMNO kita perjuangkan orang melayu dan islam

Anonymous said...

semua politik...pas kena blek pada asal...perjuangan seperti zaman datukfadzil nor...tgna sudah menyimpan skrg..sebagai ahli pas sy amat sedih dgn apa yang berlaku skrg..pemimpin pas byk yg terbabas dr landasan asal...pas tak perlu bergabung dlm pakatan...bt mcm dulu..pembangkang yg dihormatii..skrg byk pemimpin pas mengejar jawatan..berpuak2.....insaflah..kembali perjuangan yg lalu..

Hamba Allah said...

Marilah kita kembali kepada UMNO. Dapatlah sama2 kita merasakan dosa shubahat. Kerana dosa org2 yg shubahat lebih berat dari org yg melakukan dosa itu sendiri. Jika org yg melakukan dosa itu sendiri mendapat 1 dosa, bagi org yg shubahat secara automatiknya akan mendapat dua dosa. Pertama kita kena tanggung dosa org berbuat dosa itu. dan yg kedua dosa shubahat.

Bermakna jika pemimpin umno meluluskan dan menghalalkan judi, najib dapat satu dosa... kita yg menyokong umno ini yang dok hari2 tak tinggal solat senang2 dapat dua dosa. Pertama kita tanggung dosa2 najib dan yg kedua kita tanggung dosa2 shubahat. Itu kalau najib buat satu dosa jer tu... Tp yg setau aku x cukup jari nak kira si sial ni punya dosa.

Aku komen ni untuk org yg belajar agama dan tau apa hukum shubahat. Tp kalau dah bgtau pun xnak dengar jugak nanti kat padang masyhar jawab la sendiri dengan Allah .

Anonymous said...

HOI SASHA 2020 YG BODOH!!!!
PANDAI2 KO KATA UMNO ISLAM...
KALO UMNO ISLAM DAH LAMA DAH TGNA BUBAR PAS
KO TAK SEDARKAH UMNO TU KAPIR LAKNAT SEMBAH YAHUDI!!!!
BODOHLAH KO SASHA SAMPAI KO MAMPUS!!!!!

-darah jebat-saja gurau gn sasha 2020