Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, May 9, 2010

POLIS MENGGILA ATAU POLIS SEKARANG MEMANG DAH GILA ?

بسم الله الرحمن الرحيم

Lagi remaja ditembak, konstabel digantung tugas



Seorang konstabel polis digantung tugas dan ditahan selepas didakwa menembak remaja remaja berusia 17 tahun yang enggan memberhentikan motosikalnya ketika dikejar kereta peronda di persimpangan Kampung Ujong Pasir, Jalan Seremban-Jelebu, 3.30 pagi tadi.

Anggota polis itu dipercayai baru berkhidmat kira-kira setahun. Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, anggota polis berkenaan digantung tugas serta merta kerana melepaskan tembakan tanpa sebab kukuh dirinya terancam.

“Saya menganggap kejadian ini sebagai kesalahan menggunakan kuasa. Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara. Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga mangsa," katanya.

Cedera parah

Pada kejadian itu, Mohd. Azizi Aziz, 17 cedera parah di bahagian perut setelah terkena tembakan yang dilepaskan seorang anggota polis keran enggan berhenti.

"Berikutan itu, polis telah melepaskan satu das tembakan dan kena pada bahagian perut sehingga tembus ke bahagian usus," kata Osman kepada pemberita.

Mangsa yang dipercayai berasal dari Senawang itu menjalani pembedahan di perut dan usus kini berada dalam keadaan stabil di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.

Osman berkata mangsa dalam satu kumpulan kira-kira 20 orang yang menaiki motosikal berhampiran sebuah pasaraya di Jalan Datuk Siamang Gagap dan kumpulan itu berpecah apabila terserempak dengan sebuah kereta peronda polis, manakala angsa melarikan diri arah Jalan Seremban-Jelebu.

"Anggota polis yang melepaskan tembakan ini mendakwa dia melepaskan tembakan amaran tetapi dalam keadaan kereta yang laju dan mangsa juga menunggang motosikal secara bahaya.

"Satu das tembakan telah dilepaskan dan selepas kira-kira dua kilometer baru mangsa dapat ditahan dan mendapati mangsa terkena tembakan di bahagian perut."

Mengulas kejadian itu Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop yang ditemui Bernama ketika merasmikan lapang sasar polis bantuan Felda di Felda Bukit Rokan berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak bertolak ansur dalam kes tersebut.

"Bagi kita, perkara ini sangat serius. Kita akan meneruskan dengan siasatan dahulu. Kalau anggota polis terbabit terbukti bersalah, kita akan mengambil tindakan mengikut prosedur yang diperuntukkan.

"Dalam kes ini kita masih menyiasat dan buat masa ini anggota polis terbabit telah ditahan kerja," katanya.

Bapa terkilan

Abu Seman turut melawat mangsa di HTJS. Beliau meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk melihat keadaan mangsa. Turut hadir Osman dan dua anggota exco kerajaan negeri Datuk Ismail Lasim dan Datuk Ismail Taib. Sementara itu, Bernama melaporkan ayah mangsa, Aziz Omar, 42, berkata beliau sangat sedih dengan kejadian yang menimpa anaknya itu.

"Saya dihubungi pihak hospital pada pukul 4.20 pagi tadi yang menyatakan anak saya mengalami kecederaan dan kini berada di hospital. Saya kemudian bergegas ke hospital dan baru mendapat tahu bahawa anak saya cedera ditembak polis.

"Dalam hal ini saya amat terkilan kerana yang menghubungi saya adalah pihak hospital tapi mengapa tidak polis. Mohd Azizi adalah anak sulung daripada enam orang adik beradik," katanya. - malaysiakini

Note: Mat rempit yang menganggu lalulintas serta memerbahayakan pengguna jalan raya yg lain memang menyusahkan semua. Namun itu bukan alasan polis boleh tembak org sesuka hati. Agak2 la klau nak menipu pun. org lain pun polis jugak. xkan tak tahu undang2 melepaskan tembakan amaran? Kalaupun budak tu "superman" pun bukan atas udara yang sampai boleh terkena tembakan hanya dari tembakan amaran yang sepatutnya dihalakan ke atas. Wira abu seman ko org melaka kan. Org melaka ni memang kaki pusing. Jangan nanti janji tinggal janji jer nak siasat.



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

10 comments:

Webmaster@Echam said...

Dah macam-macam dah polis skang ni. Melampau dah ni.....

KangNasir said...

salam semua.

bila kita rasa bersalah,
kita sedar diri bersalah,
kita akan berhenti mohon taubat sebelum padah,

kadang2...
kita tahu kita salah.
tapi kita masih mengaku kita tidak bersalah,
malah kita dakwa tiada akta menyatakan kita salah,
malah kita tuduh undang2 yg salah.
akhirnya kita sesat dalam keadaan parah.

pandangan saya selanjutnya disini.
http://kangnasir.blogspot.com/2010/05/jangan-sampai-memakan-diri.html

MissXYZ said...

polis sila la jwb... =)

mak_ngoh_selamoh said...

polis yang baru bkhidmat setahun..mcm gak kisah arwah amirul rasyid..polis baru leh lesen...

adakah polis baru2 nih keje skadar utk gaji jer dan tak ikhlas dalam menegakkan undang2.

OR polis lama ngan polis baru nih sama jer

Roronoa Zoro said...

pada pendapat aku, polis yg tembak budak tue sebenarnya nak tunjuk hero la kononnya, sebb dapat pistol... tapi hampeh!!!

polis yg rosak akhlak banyak skg nie.. umpama harapkan pagar, pagar makan padi...

bukan semua polis. tapi kalo xnak kena marah dgn rakyat, jagalah disiplin sikit.. kalo x semua nama polis buruk umpama kerana nilai setitik, rosak susu sebelanga!!

KangNasir said...

tksh komen anda.
sejauh mana kita ikhlas dalam setiap perkara,
ibadah, tugas & sebagainya.
sejauh mana kita taat pada perintah ALLAH, Ibu & bapa juga undang2.

jika kita benar mengapa kita takut.
tetapi malangnya kebanyakkan kalangan kita,
mereka takut polis, penguat kuasa dan individu2 badan2 pencegahan.
tetapi mengapa kebanyakkannya tidak gentar dgn hukum2 ALLAH sedia ada. bah kan tidak takut azab ALLAH.

jika kita ikhlas memperjuangkan utk kebaikan.
kita fikirkan jln yg terbaik utk kebaikan bersama.

adlanadil said...

memang tak ptut polis tu tembak..bukannya budak tu serang polis tu pn..ak syorkn polis pkai pstol mainan sudah..

myMelLan2U said...

jaga anak2 kita...mahgrib jaga...midnite jaga...

Anonymous said...

Orang Melaka saja ke yang kaki pusing??? Orang negeri lain tu alim sakan2 le?

Carlykvfj said...

memang tak ptut polis tu tembak..bukannya budak tu serang polis tu pn..ak syorkn polis pkai pstol mainan sudah..