Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, May 13, 2010

LEMPENG PISANG

بسم الله الرحمن الرحيم



Bahan-bahan :
• 5 biji pisang berangan
• 1 cawan tepung gandum
• 1 biji telur
• ½ cawan kelapa parut putih
• 2 sudu besar gula
• Sedikit garam

Cara membuat:
1. Lenyek pisang hingga halus dan masukkan semua bahan.
2. Gaul sebati dan ketepikan.
3. Ambil sedikit adunan dan tuang atas kuali. Ratakan dan biar hingga garing. Balik-balikkan agar lempeng masak sekata.
4. Boleh dimakan bersama kuah kari atau sambal ikan bilis.



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

6 comments:

Ieda Al-Habsyi said...

uikss..sedapnya! terasa nak mkn lempeng pisang pulak tghari ni, tambah kelapa mmg sedap, lemak skit rasa kan, :)

kitatauke said...

sedap ni bro...nak nak bahagian yg hangit2 sket...memang terbaaeekkkk...

dinaso said...

lempeng mengingatkan sy pada emak sy,beliau sgt suka akan makanan ini~walaupun simple tp bermakan buat dirinya,mengingatkan pada zaman kehidupan masih sempit,makanan juga besederhana,saat2 manis bersama keluarga,susah senang dilalui bersama senyuman,juga membawa ke arah pengorbanan ibu bapa,makannya sedikit kerana diberikan selebihnya buat anak2...

p/s: maaf sy rs mungkin kerana setting pada blog sy mnybbkan blogger2 xdpt tgglkn comment.dah try godek2 td,moga ada perubahan.

ainhany said...

salam BS

aik teliuq pulak dgn menu nie..tambah2 buat menu berbuka....mohon izin cut dan paste.temakasih nooo

Haris said...

haa makanan ini sesuai dijadikan sebagai sarapan pagi..

tengku syahran said...

aku dahlah tengah lapar. msuk blog ni ttiba dhidagkan dgn lempeng. lg lah lapar.. kecur air liur...