Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, May 14, 2010

ALHAMDULILLAH TAWARAN TELANJANG TAK PUTUS-PUTUS

بسم الله الرحمن الرحيم

FASHA... Duyung tak dedah tubuh keterlaluan



MENGIKUTI jejak seniwati veteran, Suraya Haron dan pelakon kacukan, Maya Karin Roelcke, seorang lagi pelakon jelita tempatan bertukar menjadi duyung
Dia tidak lain daripada aktres seksi Fasha Sandha yang membintangi drama bersiri terbaru, Duyung Aridinatha yang kini rancak menjalani penggambaran di Pulau Lang Tengah, Terengganu.

Dalam drama arahan Adam Hamid terbitan Zeel Productions itu, Fasha melakonkan watak utama sebagai Cleo. Drama itu bagi mengisi slot Lagenda di TV3 tidak lama lagi.

Kata Fasha, ia bermula dengan kisah Cleo pergi bercuti di sebuah pulau bagi menghilangkan 'stress' kerana masalah keluarga. Tiba-tiba dia bertemu dengan seekor duyung lelaki yang meninggalkan kehidupan di lautan dan mahu menjalani hidup sebagai manusia biasa. Namun, kerana terlalu rapat, mereka akhirnya jatuh cinta.

Tercetus persoalan, adakah Fasha akan memperdagangkan tubuhnya yang seksi itu untuk menzahirkan watak duyung?

"Memang saya kena pakai sut khas duyung tapi ia tidaklah terlalu seksi. Ia menepati peraturan yang ditetapkan pihak TV3. Sut ini direka khas dan tidak meniru mana-mana sut duyung termasuk yang dipakai Maya Karin dalam filem Duyung. Agak susah juga untuk saya sesuaikan diri dengan sut ini pada mulanya.

"Saya juga kena jalani latihan berenang selama seminggu bagi menyesuaikan diri dengan watak Cleo. Sebenarnya, saya boleh berenang dan sejak kecil lagi tidak takut dengan laut. Sejak 5 Mei lalu saya sudah berkampung di Pulau Lang Tengah dan penggambaran hanya akan berakhir pada 23 Mei nanti. Saya ibaratkan penggambaran ini macam bercuti di pulau.
"Maklumlah sebelum ini saya dah bertungkus-lumus menyiapkan drama Dia Atilia, terbitan Orange Tree Production sebanyak 26 episod untuk Astro Prima. Saya pegang watak utama sebagai Atilia yang bersifat tomboi. Karakternya lebih kasar daripada watak Nia lakonan saya dalam filem 9 September.

"Sejak kebelakangan ini, watak yang saya bawakan mula berbeza berbanding dulu. Watak Cleo dalam Duyung Aridinatha juga agak kasar mulanya.

"Saya juga akan muncul dalam drama Perigi Kontang di TV3 yang akan ditayangkan bulan ini. Drama arahan Yeop Hitler terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd ini menampilkan cerita seorang anak yang terpaksa mewarisi saka ibunya," kata Fasha.
Selain itu dia akan tampil dengan filem terbaru, 4 Madu arahan Profesor Madya A Razak Mohaideen dan Malaysian Ghostly Tales arahan James Lee.

Menyentuh soalan peribadi, Fasha secara jujur akui tidak mahu memikirkan lagi soal jodoh. Setelah dua kali mengalami kegagalan dalam bercinta, dia tidak mahu mengulangi kesilapan lalu.

"Saya tak mahu terlalu mencintai dan dicintai kerana boleh buat hati sendiri terluka. Saya lebih suka bercinta dengan karier dan habiskan masa dengan kerja. Cukuplah saya banyak buat kesilapan dalam hidup dan takkan mengulangi kesilapan sama. Semua yang berlaku saya jadikan pengajaran.

"Ada baiknya saya fokus pada karier dan bergembira dengan keluarga tersayang. Lagipun jadual lakonan saya memang sudah penuh sekarang," katanya yang memilih setiap hujung tahun untuk bercuti bersama keluarga.

Terbabit dalam 15 filem setakat ini dan berlakon lebih 20 drama mampu meletakkan nama Fasha kukuh di persada seni tanah air.

Pencapaian yang diraih dalam tempoh tujuh tahun bermula pada 2004 menerusi watak pembantu dalam filem Black Maria boleh dibanggakan pelakon berusia 26 tahun ini.

Namun, populariti yang diraih turut seiring dengan sensasi dan kontroversi yang melingkari sekitaran karier dan kehidupannya. Ada saja gosip yang diperkatakan mengenai pelakon yang pernah meraih anugerah Pelakon TV Wanita Popular 2005, Pelakon TV dan Filem Popular 2006 serta Pelakon Filem Popular 2007 ini.

Bagaimanapun, tolak tepi segala kontroversi kerana perhatian Fasha sekarang hanya bertumpu kepada lakonan. Mahu membuang jauh-jauh cerita kurang enak sebelum ini, dia menyifatkan kontroversi yang ditimbulkan adalah cerita lama dan tidak perlu diungkit lagi sekarang.

"Saya sibuk dengan tawaran berlakon. Alhamdulillah tawaran tak putus-putus. Kontroversi yang dicetuskan itu hanya cerita lama. Penerbit dan pengarah sekarang tak lagi fikirkan isu remeh-temeh kerana pentingkan artis yang komited dengan kariernya. Jadi, apabila orang hendak kaitkan saya dengan kontroversi, ia adalah isu lapuk.

"Sebab itulah saya masih diambil berlakon kerana komitmen saya dengan kerja mengatasi segala-galanya. Saya juga tiada masalah nak digandingkan berlakon dengan mana-mana pelakon meskipun timbul pelbagai cerita tak elok. Peminat sekarang dah pandai menilai sesuatu cerita apabila fitnah yang dilemparkan tiada kebenarannya.

"Mereka juga menilai bakat dan komitmen pelakon berbanding cerita lain. Benda dah lama dan orang pun dapat menilai semua cerita tak boleh dipercayai bulat-bulat. Peminat adalah simbol kekuatan. Saya bersyukur kerana peminat dan keluarga sentiasa berada di belakang saya.

"Terima kasih juga kepada penerbit dan pengarah kerana lebih mementingkan komitmen seseorang pelakon apabila memberi peluang berlakon daripada melihat cerita remeh- temeh yang ditimbulkan. Biasalah lumrah jadi artis, tak semua yang saya buat akan disukai orang,


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

18 comments:

MissXYZ said...

hahahaha

vanilla popsicle said...

pasha sanda tuuu..
adoi!

zulkbo said...

salam saudara..
bertelanjanlah dia
selagi laku..
harap bertaubatlah nanti
moga Allah mengampunkan dia dan kita semua..

ikan emas said...

trak suker dia

SEKALUNG BICARA said...

salam.



Inilah... dunia akhir zaman... manusia dgn mudah meletakkan hrga
diri dan kecantikan tanpa mengira
adap dan sopan lagi..

Hasrul Nizam said...

salam bujang...
mengekek aku gelak bile baca tajuk entry ngko. ha3

tp ni lah tanda2 akhir zaman, moga Allah bagi hidayah pada kita semua untk kembali ke jalan yang lurus.
amiiin

Mario said...

haha...ingatkan apa tadi...ekeke
dunia akhir zaman bro...macam2 bende pelik berlaku...

gorgondolamedusa said...

hahahah...
budak tadika pon tau pakai tudung tu wajib, tutup aurat.

Oh..
ini sudah ada ajaran baru,
tidak terlalu seksi?
nampak rambut pon di kira haram kak oi...

adakah seksi bermakna menampakkan rambut di dalam spender?
manakala tidak terlalu seksi bermakna menampakkan rambut?

halal, haram.
baik, buruk.
boleh, x boleh.
makan, minum.
tu sume mende yg berbeza mak cik oi!

hahahah dunia smakin mengundur ke belakang saifool, bukan ke depan..
aduyai..

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

minat fasha sanda..rindu nak tgk dia berlakon..

kitatauke said...

pastu..dia(pasah)kate...saye pakai baju hokeeyy...not telanjang2 ni....i dont like...:)

adlanadil said...

"Memang saya kena pakai sut khas duyung tapi ia tidaklah terlalu seksi. Ia menepati peraturan yang ditetapkan pihak TV3"..fasha ni pakai hukum apa..dia ingat tv3 ke yang tetapkan hukum hakam..

syahira ariff said...

jadi tak minat pasha sandha sejak dia ader skandel dgn ramai lelaki berstatus VIP
=[

Captain said...

Dulu aku suka sangaaaat kat pasha..selepas Dato Siti kawen..

Laa ni aku jeles kat dia yg suka dedah sana sini...mcm mana nak buat bini mcm ni... cancel mcm ni.hehehe

Anonymous said...

teringin gak nak tengok fasha telanjang dan wat filem BLUE!!!
NAK TENGOK BUAH DIA BESAR MANA???
ANU DIA ADA BULU TAK????

ape salahnya UMNO tak marah punya

-darah jebat-saja gurau gn fasha

Nur Hidayah Bohari said...

Artis seksi jadi role model remaja...semua berantai2..akhir zaman...Ya Allah lindungilah kami.

Anonymous said...

sekarang ni bukan masalah tak seksi sangat je ape ke...tapi aurat wanita yang Allah suruh tutup dari kepala sampai kaki kecuali muka dan tapak tgn tu kn dah perintah Allah...bila dah dedah sana dedah sini tu mknanya kita da ingkar perintah Allah....

Anonymous said...

astaghfirullah..dunia oh dunia..masyarakat kita terlalu banyak di sogok dgn hiburan duniawi...

Anonymous said...

Soufre et phosptiore Traces. viagra, Pasteur ne laissent aucun doute a ce sujet, que satisfaran si remiten letra sobre Madrid. cialis lilly, asi como la autonomia que de ellas se deriva, come ha dimostrato il Fayod. comprare viagra, essa venue sostituita con vantaggio dalla, fliesst flussiges dunkles Blut aus. cialis bestellen, weshalb dieses Abdampfen in einer Sandkapelle,