Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, December 12, 2010

PERKASA MARAH KERAJAAN UMNO KERANA NAMEWEE?

بسم الله الرحمن الرحيم



Perkasa mendakwa kerajaan mengecewakan rakyat khususnya orang Melayu dengan cara pihak berkuasa mengendalikan kes penyanyi rap kontroversi Wee Meng Chee, malah memberikannya “layanan VIP” di bangunan Parlimen.

Sehubungan itu, Yang Dipertua Perkasa Perak Ahmad Zaini Ismail turut mempersoalkan status kes penyanyi itu, yang turut dikenali sebagai Namewee, sedangkan pengetua-pengetua didakwa mengeluarkan kenyataan rasis terhadap pelajar-pelajarnya sudah dikenakan hukuman.

“Kementerian Dalam Negeri dalam kes Namewee sebenarnya mengecewakan rakyat khususnya umat Melayu.

“Apakah status laporan polis masyarakat terhadap kebiadapan Namewee sedangkan guru yang dihinanya telah dihukum tanpa pembelaan begitu juga dengan pegawai-pegawai kerajaan yang teraniaya, lantaran kes yang hampir sama,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Zaini yang juga ahli jawatankuasa pusat Perkasa berkata, “tiba-tiba” Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pula membela dengan memberikannya layanan “VIP”, malah mengumumkan Namewee tidak bersalah.

Kelmarin, Namewee mengadakan pertemuan dengan Nazri di Parlimen dan memohon bantuan kerajaan untuk membiayai pembikinan video 1Malaysianya bertajuk Nasi Lemak 2.0.

Permohonan itu disampaikannya ketika bertemu Nazri bagi menyatakan hasratnya untuk berjumpa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menyatakan niatnya mempromosikan 1Malaysia.

Nazri dipetik berkata, perkara itu akan dibawa ke pengetahuan Najib semasa mesyuarat Kabinet. Kabinet mengadakan mesyuarat mingguannya semalam.

“Dia (Namawee) hadir berjumpa saya hari ini bagi meminta bantuan kerajaan untuk membiayai pembikinan video 1Malaysianya bertajuk Nasi Lemak 2.0. serta hasratnya untuk berjumpa Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata, hasrat dan cara bagaimana kerajaan boleh membantu dalam usaha remaja tersebut mempromosi 1Malaysia menerusi muzik itu akan hanya diputuskan selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri.

Mengenai sentimen perkauman dan gesaan supaya Namewee dikenakan tindakan, Nazri berkata, rakyat perlu memahami undang-undang dan tidak dipengaruhi emosi sehingga meminta kerajaan mengambil tindakan terhadapnya hanya kerana video klip yang dihasilkannya yang didakwa mempunyai unsur hasutan.

“Dalam perkara sebegini, kita tidak boleh beremosi dan perlu melihat setiap kesalahan itu secara spesifik tanpa mengaitkannya dengan kesalahan yang lain,” katanya.

Namewee mencetuskan kemarahan masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan berikutan pengeluaran beberapa video kontroversi yang menyentuh isu perkauman.

Namewee pula berkata, beliau tidak berniat menyakiti hati sesiapa melalui klip video tersebut malahan mendakwa beliau adalah rakyat Malaysia yang patriotik dan sayangkan negara.

Beliau berkata, antara video yang dihasilkannya ialah berkaitan Malaysia sebagai negara terbaik di dunia sebaliknya media hanya menyiarkan kesalahan yang dilakukan.

Note: Kah..kah..kah..kah... tahniah namewee kerana mendapat layanan istimewa dari kerajaan malaysia walaupun selama ini anda adalah pengutuk terhebat... Anda telah berjaya dalam percubaan mempromosikan diri anda sekaligus hampir berjaya mendapatkan dana dari kerajaan... kayalah namewee lepas ni.... kah..kah..kah..kah... PERKASA dapat apa ? dapat lalat untuk makanan katak-katak...? kah..kah..kah..kah... Penyokong tegar UMNO dapat apa? Dapat merasa minyak dan barang-barang keperluan naik harga... Kah..kah..kah..kah....hidup umno...!!!!

Namewee kutuk-kutuk lepas ni mungkin dapat dato'...Namewee maki-maki dapat layanan VVIP... Penyokong umno sokong-sokong selama lamanya kena kelentong.. Penyokong umno sokong-sokong orang lain yang untung... kah..kah..kah..kah...



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

4 comments:

MOH KEMBARA said...

Salam, bertambah lagi sorang 'artis' di negara tercinta ni! sesapa yg takder koje atau nganggur di kalangan ahli politik boleh asah bakat berlakon dlm filem Namewee. Bukan tak biasa berlakon!

lepad kampung said...

har har har har.. semakin jelas kebodohan pengundi umno

Anonymous said...

Haha bodoh punya umngok.mai la kita sama2 undi ngok jadi kepala hangpa.
Politik umpama virus hiv kena 1peratus ja dah cukup untuk lawan lagi 100 peratus antibody..

Mengong

Anonymous said...

lu pun same mengong dgn umngok,..
tengok diri sendiri la baghal,
lu ni same ngok je ngan umngok....

hidop ngok ngan umngok...
kakakaka...
same2 ngok