Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, December 14, 2010

SINGAPURA AKAN TERUS KUDAKAN MALAYSIA KERANA SIMPAN RAHSIA NAJIB

بسم الله الرحمن الرحيم

Mengapa Najib kata jangan ambil kisah dakwaan WikiLeaks


Tanjung Pagar milik Malaysia sebelum ia diserahkan kepada Singapura oleh Najib

KUALA LUMPUR, 13 Dis — Datuk Seri Najib Razak, dalam komen pertama mengenai laporan pendedahan WikiLeaks, meminta rakyat Malaysia tidak menghiraukan cakap-cakap yang menyentuh hubungan negara jiran serantau, sebaliknya mahu memfokus usaha mencapai matlamat negara.

Laporan akhbar Australia, The Sun-Herald menyiarkan kandungan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat yang dibocorkan oleh WikiLeaks.

Kabel itu, catatan pada 2008 dan 2009, menunjukkan kenyataan yang mengutuk Malaysia, Thailand, Jepun dan India oleh para pegawai kanan Singapura dalam pertemuan dengan para pegawai kanan Amerika Syarikat.

“Kita boleh membuktikan kepada jiran-jiran kita, meskipun kadangkala mereka membuat kenyataan memperlekehkan tentang kita, bahawa rakyat Malaysia boleh mencapai (kejayaan),” kata Najib ketika berucap pada majlis kutipan derma Yayasan Perubatan 1 MCA di sini malam ini.

“Pencapaian terbesar ialah apabila kita menjadi negara maju menjelang 2020,” kata Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Laman web WikiLeaks telah menyiarkan sebahagian daripada sekitar 250,000 kabel diplomatik dari Amerika Syarikat, pendedahan mengenai pandangan dan ulasan yang amat mengejutkan, melibatkan pelbagai negara dan banyak pemimpin dan ketua kerajaan. Sekitar 1,000 kabel pula berkaitan dengan Malaysia termasuk sebahagiannya mengenai keengganan Putrajaya bekerjasama dengan beberapa pihak utama dunia.

WikiLeaks diasaskan oleh wartawan Australia Julian Assange, yang sekarang ditahan Scotland Yard berhubung dakwaan kes seksual yang dibawa oleh Sweden.

Kelmarin, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menyifatkan tindakan WikiLeaks sebagai sesuatu yang “amat dikesali” ketika beliau berbual dengan rakan-rakan sejawatannya menerusi telefon, yang turut bersetuju pendedahan itu tidak harus menjejaskan hubungan dengan Washington.

Diplomat Amerika Syarikat di Kuala Lumpur juga melahirkan sentimen yang sama kepada Wisma Putra meskipun mereka memandang berat tuduhan liwat kedua yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang turtu disebutkan oleh laporan The Sun-Herald.

Menurut akhbar itu, kabel melibatkan kedudukan Anwar merupakan salah satu daripada beberapa kandungan yang mendedahkan pandangan mengejutkan pegawai-pegawai kanan Singapura termasuk dakwaan bahawa “Malaysia berada dalam keadaan terkeliru dan bahasa ekoran ahli-ahli politik yang tidak kompeten.”

Singapura dan Malaysia berpisah pada 1965, hanya dua tahun selepas membentuk Malaysia. Kini mempunyai hubungan kuat tetapi tidak membenarkan akhbar masing-masing diedarkan di negara mereka.

Terdahulu Bernama melaporkan, Singapura menyatakan bahawa laporan terkini WikiLeaks yang membabitkan pemimpin dan pegawainya mengenai kenyataan yang memudaratkan hubungan persahabatan dengan negara-negara sahabat, tidak akan menjejaskan hubungan republik ini dengan negara berkenaan.

“Hubungan ini telah dibina atas landasan yang kukuh dengan berkongsi kepentingan dan kerjasama untuk manfaat bersama dalam banyak bidang,” kata seorang jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar hari ini.

“Singapura mempunyai hubungan, gigih dan positif sekian lama dengan semua negara di rantau ini,” kata jurucakap itu sambil menambah negara-negara berdasarkan hubungan mengenai kepentingan mereka sendiri dan “bukan cakap-cakap atau mengumpat”.

Menurut salah satu kabel yang didedahkan WikiLeaks, Bilahari Kausikan yang kini merupakan Setiausaha Tetap Kementerian Luar Singapura, didakwa memberitahu Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat David Sedney bahawa “ada kemungkinan besar berlakunya konflik perkauman di Malaysia” yang akan menyebabkan orang Cina meninggalkan Malaysia dan “menyusahkan” Singapura.

Mengenai kepimpinan BN pula, kata beliau, “masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa.”

Ini kerana Najib perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa, secara jelas mengaitkan Perdana Menteri dengan skandal pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dan Presiden Umno itu terancam disebabkan kes pembunuhan tersebut.

Seorang lagi pegawai diplomatik bernama Peter Ho pula dikatakan mengutuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana “membaling batu” kepada penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dia juga mendakwa Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin akan ditikam dalam Umno kerana tiada orang yang menyukainya kerana beliau naik dalam politik akibat pertalian keluarga.

Ho juga didakwa mengulangi tuduhan yang mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan Altantuya dan menyifatkan Najib seorang yang suka mengambil kesempatan. - Malaysian Insider


Kini diserahkan dan menjadi milik Singapura kerana takut rahsianya terbongkar.

Sharpshooter - Ibarat meludah ke langit akhirnya timpa ke batang hidung Najib sendiri. Terlalu mudah rakyat dapat membaca mengapa Najib membuat kenyataan sedemikian. Sudah pasti Najib terlalu takut rahsia Najib bersama Altantuya di Singapura terbongkar.

Umno mengaku mereka pejuang bangsa Melayu dan anti Cina dan terbukti dalam kursus Biro Tata Negara yang selalu mereka tekankan kepada Melayu bahawa Cina adalah pendatang dan jahat kerana mahu merampas kuasa Melayu. Tetapi sekarang mereka percaya pada Lim Kuan Yew pula. Sejak bila umno percaya pada Cina pula. Bukankah isu perkauman yan sering umno mainkan untuk kekal berkuasa.

Rakyat masih menunggu juga dakwaan yang lain, kata ada seribu kabel berkaitan Malaysia. Sudah pasti yang Najib takut tentang rundingan di Singapura yang tiba-tiba sahaja Najib mahu serahkan Tanjong Pagar kepada Singapura. Mengapa Najib dengan mudah mahu serahkan tanah kepada Singapura jika tidak ada rahsia besar yang mampu Singapura ugut Najib.

Mahathir juga percaya mungkin Singapura mempunyai gambar Najib bersama Altantuya di Singapura sebab itu Najib terlalu takut.Rakyat akan menyumpah dan tidak rela Najib menyerahkan tanah kepada Singapura, dahulu Singapura adalah milik Malaysia.

Apakah Najib fikir tanah Malaysia ini milik mak bapanya? Rakyat akan lebih bersyukur jika Najib serahkan Rosmah milik Najib kepada Singapura bukannya serahkan tanah milik Malaysia.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

9 comments:

UMNO bangang said...

Bahana dari memilih pemimpin yg bermasalah. Habis harta negara jadi mak bapa dia punya. Takut pecah rahsia habis semua tanah negara diberi kepada cina singapura

Kamal Sanusi said...

Org melayu dlm um-NO kata "Tak pa aihhh... Janji kita masih berkuasa utk kaut harta"

Org melayu luaq um-NO kata "Jenih pemimpin macam ni harus malah wajib ditendang keluar"

Org cina pulak kata "Wakakakakakak.... let's go to the bank"

Anonymous said...

ni la sekoq berok, ingat mak bapak dia punya tanah ka,dia pun rakyat bayaq gaji,yang paling celaka tangaN2 yang mengundi BN MASA PILIHANRAYA.ingatlah saham2 mereka yg memangkah tu tak kan habis sampai mampuih,jahanam umno puihhh

MOH KEMBARA said...

Salam Yob, takkan had citer Nuar jer kuar dr Wiki Wonker ni...citer Najib, Rosmah, Mahadey dan yang segerombolan denganya bila weh?

Anonymous said...

ko same bangang je ngan penyokong umngok...
ape kejadah nye ckap dlam ni...
kalu lu brani kluar tonjol kan diri...
kan lu cakap pandai sangat....
yang pntg ku ni ckap je pandai..
habuk pun tarak..
same je

UMNO bangang said...

anon. nak tonjolkan diri kat mana? tonjolkan pongkuq hang ka?

Anonymous said...

kakaka
lu ckap x pkai otak...
ting kosong la ni...
baghal
kah kah kah

Miss Fairladyjim said...

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu”- Sahih Muslim

Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.

“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar”- Riwayat Ahmad

pesara ala komando said...

betul betul jauhkan dirimu dari pendusta pendusta nie....aku akan jauhkan diri dan memukul canang agar jauhkan diri dari pendusta pendusta nie....untuk pengetahuan politik tu bagus tapi semua ahli politik tu pendusta....aku memang dah buangpun mereka mereka ni dari diri aku...