Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, December 17, 2010

KG TELUK KUMBAR : GUAN ENG PERSOAL MOTIF KL METRO

بسم الله الرحمن الرحيم



Lim Guan Eng hairan dengan tindakan KL Metro Land Development Sdn Bhd yang didakwa begitu tergesa-gesa mahu meroboh rumah di Kampung Teluk Kumbar, Pulau Pinang tanpa perundingan susulan dengan penduduk terbabit.

Bahkan, pemaju turut dipersoal kerana memaksa, mengancam dan mengugut penduduk terbabit supaya berpindah keluar dari kampung tersebut tanpa meneruskan jalan perbincangan yang baik.

“Usaha meroboh rumah Kampung Teluk Kumbar oleh pemilik tanah KL Metro Land Development menimbulkan soalan sama ada ia adalah syarikat pemaju yang tulen dan bukannya bermotif lain untuk sengaja mahu menyusahkan rakyat dan kerajaan negeri.

“Syarikat pemaju masih beria-ria nak teruskan tindakan dan menakutkan penduduk akan datang minggu depan. Adakah ini tingkah laku seorang peniaga yang waras?” kata Ketua Menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kelmarin, Timbalan Ketua Menteri 1 Mansor Othman berkata, kerajaan DAP Pulau Pinang memberi amaran kepada pemaju KL Metro supaya tidak mengambil tindakan meroboh rumah-rumah di Kampung Pekan Teluk Kumbar kerana ia masih dalam proses rundingan.
Kata beliau, kerajaan negeri bersedia untuk mewakili penduduk kampung tersebut untuk berbincang dengan pemaju.

Lim yang juga Setiausaha DAP Kebangsaan berkata, walaupun pemaju itu mendapat perintah mahkamah, mereka juga mendapat kebenaran MPPP untuk merobohkan kediaman-kediaman di kampung tersebut.

Sehubungan itu Lim berkata, pihaknya bersedia menunggu Pengerusi KL Metro Mat Hassan Esa untuk datang berjumpa dan membincangkan perkara ini dengan kerajaan negeri. - minsider

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH..woit… LIHAT..SEMUA INI DI RANCANG… kah kah kah… SEMUA INI SENGAJA DILAKUKAN…. kah kah kah.. DENGAN TUJUAN UNTUK MEMBERI GAMBARAN BAHAWA KERAJAAN PAKATAN SUKA ROBOH RUMAH…. kah kah kah.. TAPI HAKIKATNYA…. PROJEK INI TELAH DILULUS OLEH KERAJAAN GEROMBOLAN… kah kah kah… PEMAJU INI MESTI PEMAJU KRONI… kah kah kah... MENYELAM MINUM AIR SAMBIL BIKIN KACAU LAGI… kah kah kah.. - Tukar Tiub

Note: Tengok perkataan yang di bolt tu.. ni semua kerja MPPP dan mahkamah... Tahniah LGE kerana tindakan pantas anda... kita sama-sama tengok nanti apa puak-puak umno nak kencing.



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

3 comments:

Anonymous said...

melayu juga yg menghapuskan dan menindas kaumnya sendiri...
melayu camni namenye melayu ApNo...
dasar lahanat!

Anonymous said...

harap DAP dapat halang kali ini supaya tak jadi isu

KELUHAN PEMBAYAR CUKAI

Puteri said...

hidup DAP!