Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, December 16, 2010

HATI-HATI DENGAN AIR REVERSE OSMOSIS

بسم الله الرحمن الرحيم



BUKIT BERUANG - Penggemar air reverse osmosis (RO) dinasihatkan supaya berhati-hati apabila membeli air berkenaan daripada mesin jualan yang terdapat di merata tempat.

Ini berikutan penemuan beberapa mesin air RO yang diragui kandungan airnya, selain faktor kebersihan yang tidak terjamin.

Nasihat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) itu berikutan hasil penemuan empat mesin sedemikian dalam operasi bersepadu di negeri ini, semalam.

Dalam operasi berkenaan yang turut disertai pegawai Metrology Corporation Malaysia Sdn Bhd (MCM), empat mesin air RO, yang setiap satunya bernilai hampir RM6,000, turut dirampas.

Ketua Penguat kuasa KPDNKK Melaka, Abd Hafidz A Rahim berkata, mesin berkenaan dirampas kerana ketika pemeriksaan ia didapati tidak ditentusahkan (calibrated).

Menurutnya, kajian awal yang dijalankan menunjukkan bahawa walaupun mesin berkenaan mengenakan bayaran 20 sen untuk satu liter air, namun air diperoleh cuma sekitar 900 milimeter.

“Selain itu, walaupun mesin ini dikatakan sebagai mesin air RO, namun kandungan airnya meragukan,” katanya. - [SH]


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

5 comments:

Anonymous said...

tak pernah percaya mesin air ro tepi jalan ni.

cik sue said...

kadang2 air dia rasa ait paip je... penapis x pernah cuci la tu.. eeeeeeee

Anonymous said...

penjual air tersebut tidak berbohong bila menyatakan air jualan mereka air 'reverse osmosis'. bukan ker air hujan adalah proses air dari bumi,diserap ke awan pas tu turun balik,berulang -ulang. yg beli jer asal ada istilah baru dah ingat ada system baru heeee

MOH KEMBARA said...

Salam, aiyahhh...air mana pulak nak minu. Nak beli kat kedai mahal, yg kat mesin jer murah. Kat rumoh tak bersih!

Anonymous said...

hahahaha...jgn risau guys,
tahun depan kite ada minuman pelbagai utk org pertengahan dan org miskin d malaysia, contoh air yg bakal dminum (stelah pengurangan cukai bajet rosmah 2011) adalah spt:
-gucci
-LV
-versace
-polo
-davidoff
-Ck
-etc yg bole ddapati d pasaraya berdekatan... makanan yg bakal turun harga juga berjenama seperti di atas.
TQ.