Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, July 25, 2010

PENUNTUT LIAR

بسم الله الرحمن الرحيم



KUALA LUMPUR: Umpama penari bogel yang sinonim dengan ‘joget tiang’, segelintir penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) masa kini dikesan rela menggadai maruah melakukan perbuatan keji itu di pusat hiburan.

Dengan alasan melepaskan tekanan belajar, aktiviti itu popular di kalangan penuntut IPT yang menjadikan pusat hiburan, terutama disko, sebagai rumah kedua.

Perkara itu didedahkan seorang penuntut IPT yang aktif berfoya-foya di disko, termasuk menari tiang, sehingga membiarkan tubuh dibaluti pakaian ketat dan singkat dijadikan ‘santapan mata’ lelaki hidung belang.

Mahu dikenali sebagai Rozita, 23, tiada siapa sangka dia yang sopan pada siang bertukar liar apabila tiba malam.

"Siang saya rasakan diri ini mulia, terutama ketika menuntut ilmu, tetapi apabila malam menjelma saya akui diri ibarat syaitan. Kehidupan di disko bagaikan syurga kerana itu tempat paling sesuai untuk melepaskan tekanan.

"Apabila mabuk, setakat melakukan tarian tiang untuk tontonan pengunjung disko bukan masalah untuk saya. Ketika itu saya hanya mahu seronok, tetapi berasa ‘glamor’ juga sebab jadi perhatian," katanya.

Menurut Rozita, tujuan ke disko pada mulanya sekadar berseronok, termasuk mabuk, kemudian buat tarian tiang, tetapi lama-kelamaan mengambil pula pil khayal.

"Kesudahannya apabila mabuk dan khayal, pulang beriringan bersama pasangan ke hotel atau rumah sewa," katanya.

Lebih mengejutkan, Rozita mengakui dia dan beberapa rakan yang ‘satu kepala’ dengannya sanggup menggadai tubuh demi mendapatkan wang untuk menampung perbelanjaan berhibur dan pengajian di IPT.

"Apabila habis wang, saya sanggup meminta ‘perkhidmatan’ yang diberi dibalas dengan wang. Dengan wang itu dapatlah saya tampung perbelanjaan untuk berhibur dan belajar.

"Apapun, bukan bermakna saya selalu buat begitu, sebaliknya kalau dah ‘sesak’ saja," katanya.

Jika ada bajet lebih, dia dan rakan menganjurkan parti bebas yang dihadkan kepada tetamu tertentu saja.

Parti itu dipenuhi aktiviti menghisap ganja, minum arak dan seks bebas.

"Akibatnya, pelajaran saya hampir musnah dan terpaksa mengulang subjek yang gagal kerana sering ponteng kelas.

"Akibat terlalu memikirkan keseronokan, ada rakan saya mempunyai ‘sugar daddy’ yang membelikan mereka telefon bimbit canggih, pinjamkan kereta mewah dan kadangkala tidur di rumah besar," katanya.

Seorang lagi pelajar IPT yang mahu dikenali Zura, 23, berkata, dia ke disko kerana terpengaruh dengan rakan daripada golongan berada.

"Saya masuk ke kelab malam sebab mahu menari, tidak kira menari biasa atau menari tiang, dan saya tidak perlu bayar sebab rakan belanja.

"Inilah untungnya bila berkawan dengan orang kaya, semuanya dibelanja, termasuk bayaran masuk ke disko dan arak, "katanya.

Zura mengakui bukan aneh jika melihat ramai penuntut IPT menjadi pengunjung tetap disko, dengan ada antara mereka pandai melakukan tarian tiang dalam keadaan mabuk.

KESAN TAPAK KAKI

KULIM: Cubaan seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk melarikan diri daripada ditangkap penguat kuasa agama gagal apabila kesan tapak kaki di dinding rumah teman wanitanya menjadi petunjuk.




GAGAL... cubaan menyorok di atas siling rumah gagal kerana meninggalkan kesan di dinding.

TAHAN... penuntut berusia 21 tahun ini ditahan khalwat bersama pasangannya. Dalam kejadian jam 1.30 pagi Khamis lalu di sebuah taman perumahan di sini, penuntut berusia 21 tahun itu ditemui di siling rumah teman wanitanya selepas penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK) menemui kesan tapak kakinya di dinding.

Jurucakap PADK berkata, sejurus membuka siling, mereka menemui seorang lelaki lengkap berpakaian menyorok di belakang tangki air di atas siling rumah.
"Pemeriksaan di atas siling dilakukan kerana kami meragui kenyataan teman wanita suspek yang mendakwa kesan tapak kaki itu sudah lama di dinding, sebaliknya itu kesan baru," katanya.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati pasangan itu tidak mempunyai hubungan mahram yang sah. Katanya, penguat kuasa PADK menjalankan operasi hasil maklumat awam.
"Selepas pemantauan, kami membuat pemeriksaan dan mendapati seorang perempuan berusia 20 tahun berpakaian baju tidur membuka pintu dan mendakwa tinggal seorang diri kerana rakan serumah bekerja," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 9 (1)(2) Enekman Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 dan jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 setiap seorang. Pasangan itu dibawa ke Balai Polis Kulim untuk dibuat laporan tangkapan.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

5 comments:

fizacaldina said...

salam...makin liar plaja2 ipta skang ni..ni ker yg bakal menerajui di masa akn dtg..wat maksiat cam wat kenduri jer..Ya Allah bukakn lh pintu2 hati hamba2mu ini..supaya kembali ke pangkal jalan..ameenn..

fizacaldina said...

sory lh..cam emosional sgt td..sy risau jer sebenarnyer..

Kuda Perang said...
This comment has been removed by the author.
Kuda Perang said...

Memang patut risau... akhlak remaja Malaysia sudah berada pada tahap terburuk, natijahnya masa depan negara terancam. Bagaimanakah nasib anak2 generasi baru Malaysia nanti!!!!!!!! Kesan daripada tiada usaha kerajaan memperkasakan pendidikan agama...

Anonymous said...

jgn risau,
kerajaan negeri melaka di bawah pimpinan ApNo akan membela anak2 haram, pelajar2 yg terlanjur dan sbg nya dgn menubuhkan sekolah khas!
siap ada elaun lagi derrrrr......
rm500 derrrrrr bagi penzina2 di melaka....

almaklumlah, melaka bandar bersejarah, so sejarah baru telah terbina dibawah pimpinan ApNo yg ngok!