بسم الله الرحمن الرحيم
Perkasa ‘rompak’ identiti kami – Orang Asli
OLAK LEMPIT (Selangor): Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang menimbulkan kekecuhan di kalangan parti Umno, kini berdepan pula dengan satu lagi kumpulan yang tidak diduga, Orang Asli.
Dewi Malam, wakil Tok Batin dari Kampung Orang Asli di Pulau Kempas berkata NGO Melayu itu telah "merompak" identiti mereka dengan menggunakan perkataan "pribumi" pada singkatan nama pertubuhan itu.
Perkasa, bermatlamat untuk mempertahankan hak dan keistimewaan orang-orang Melayu telah ditubuhkan dan diterajui oleh pemimpin bersuara lantang, Ibrahim Ali, bagaimanapun mempertahankan penggunaan nama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia.
"Tetapi pribumi bermakna orang asal, bermaksud merekalah yang pertama memiliki tanah di Semenanjung ini. Pribumi bermakna mereka tidak perlu membayar atas tanah mereka kerana mereka adalah pemilik tanah.
"Itulah apa yang dimaksudkan dengan pribumi, dia adalah tuan, dia adalah sultan dan dia adalah raja," kata Dewi.
Dan Perkasa tidak mempunyai hak eksklusif terhadap pribumi katanya, kerana ianya berbeza dengan perkataan "bumiputera", istilah yang dicipta oleh Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman untuk mengiktiraf kedudukan istimewa orang-orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.
"Perkasa tidak boleh mendakwa mereka sendiri adalah pribumi. Ia sepatutnya digugurkan dari nama singkatan mereka. Mereka hanya boleh mendakwa mereka adalah bumiputera," katanya.
Kami telah hilang identiti ‘Melayu’
Menerangkan lebih lanjut, Dewi berkata, malahan orang-orang Melayu berasal dari enam jenis sub-etnik pribumi, termasuk, Jakun, Kuala, Kanap dan keturunannya, Temuan.
"Tetapi sub-etnik ini telah dipinggirkan dan tidak pernah diiktiraf tetapi mereka yang berasal dari Banjar atau Jawa diiktiraf sebagai Melayu. Apa yang tinggal kepada mereka tidak ada apa-apa lagi kecuali sejarah," kata Dewi.
"Sekarang ini Temuan terutamanya, dikategorikan sebagai Sakai, satu lagi puak pribumi yang kadangkala merupakan satu penghinaan apabila disebut perkataan itu.
"Jadi apabila identiti Melayu kami hilang dan malah disebut sebagai Orang Asli, kesemua hak kami telah diambil termasuk tanah nenek moyang kami.
Malahan orang-orang Melayu, di mana identiti mereka boleh dipersoalkan, merompak hak kami. Macam mana kami nak kata mereka adalah orang Melayu?" soal Dewi.
Dan apa yang orang tidak sedar ialah perkataan "Melayu" itu berasal dari bahasa Temuan, yang bermaksud "orang-orang yang bekerja", katanya.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
1 comments:
Bismillah...
Jenis mamat seko ni memang tak tahu malu pun...
Post a Comment