Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, July 27, 2010

HARUS MENIPU SANA SINI

بسم الله الرحمن الرحيم

AKHIRNYA HARUSSANI MENGAKU MENIPU...

Saya sebenarnya tidak tergamak untuk menggunakan tajuk ini. Tetapi saya tercari-cari apakah tajuk yang lebih sesuai selain daripada tajuk ini.Tidak ada tajuk dan istilah yang lebih sesuai.Sebelum ini akhbar pengampu dan penipu milik Umno menyiarkan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bahawa beliau mengadakan perjumpaan dengan seorang pemimpin Pas untuk membincangkan kerajaan perpaduan Pas-Umno.Begitu bermati-matian sekali beliau mempertahankan kenyataan tentang wujudnya perbincangan dengan pemimpin Pas itu isu kerjasama dan kerajaan Perpaduan Pas-Umno.

Apabila terdapat banyak blog dan portal mempertikaikan kenyataan beliau, Harussani berkata " Saya ni mufti tak kan nak menipu..."

Hari ini segala dakwaan blog dan portal terbukti benar apabila Harussani yang cukup tertekan dan terdesak akhirnya mengaku bahawa perjumpaan dengan pemimpin Pas ( Dato Hassan Ali) tidak menyentuh langsung isu kerajaan perpaduan Pas- Umno. Tidak ada perbincangan politik, hanya isu perpaduan orang Melayu.

Kata Harussani, kedua-dua mereka tidak membincangkan kerjasama politik Umno dan PAS tetapi mengenai perpaduan orang Melayu di negara ini.
“Kami memang tidak membincangkan langsung pasal kerjasama Umno dan PAS tetapi perpaduan orang Melayu di negara ini kerana kami melihat orang Melayu semakin berpecah.
“Kami hanya membincangkan soal bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian untuk menyatukan perpaduan di kalangan orang Melayu, itu sahaja.
“Langsung tidak menyentuh soal kerjasama politik Umno dan PAS,”.

Ternyata Harussani telah merendahkan martabat dan jawatan mufti yang disandangnya. Kenyataanya amat malang dan memalukan khasnya kepada rakyat Perak dan umat Islam di Malaysia ini amnya.

Perbuataan menipu dan bercakap bohong amat ditegah dalam Islam, lebih-lebih lagi seorang yang bergelar mufti. Maka amat wajar Harussani memohon maaf secara terbuka serta secara lebih terhormat meletak jawatan sebagai mufti daripada berterusan memburukkan imej Islam di mata umum. - angkasanuri

Note: Manusia akhir zaman. Demi kedudukan dan pangkat dalam politik sanggup mengadaikan maruah diri dan agama...

Abdullah bin Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya akan terdapat (akan ada) orang-orang dari umatku yang pandai (amat faham dan ahli) tentang urusan agama dan membaca Al-Quran, mereka berkata:“Kami datang kepada para Raja (pemimpin), biar kami memperolehi keduniaan mereka dan kami tidak akan mencampurkan mereka dengan agama kami.” Tidak terjadi hal yang demikian itu, seperti (umpamanya) tidak akan dapat dipungut dari pohon yang berduri melainkan duri. Demikian pula, tidak akan dapat diambil manfaat dari mendekatkan diri kepada mereka itu melainkan beberapa kesalahan belaka.- Riwayat Ibnu Majah.

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

3 comments:

daun kesum said...

fitnah, tipu aka bohong, maklumat x sempurna, mmg berleluasa.,.,

akbajalil said...

Jika Tok Peti pun sudah tidak bercakap benar, yang lain macam mana?

paklong119 said...

ASSALAAMU 'ALAIKUM!

Saya tak pandai nak komen-momen, tapi sedar apa yang anda nyatakan ada kebenaran dan ada dalilnya, namun perlukah kita menceritakan atau mendedahkan keaiban orang? Ya zaman moderen ini dengan adanya alat komunikasi canggih, memacam boleh kita lakukan. Kan elok kalau hanya membuat bayangan tanpa menyentuh nama dan kedudukan seseorang itu? Nabi pernah larang sahabt memaki bapa rakan sahabat, kan? Di khuatiri orang akan memaki bapa kita pulak, Betul Tak. Kalau salah, sya minta ma'af kerana saya hanya orang biasa sekadar sijil MCE aja.