بسم الله الرحمن الرحيم
KUCHING: Angkara cemburu buta, seorang gadis bukan saja dipukul dengan tukul, malah kemaluannya turut dirodok dengan botol deodoran oleh tunangnya selepas berlaku pertengkaran antara mereka berdua di sebuah rumah di Matang, dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, mangsa berusia 23 tahun yang bersendirian di rumahnya didatangi tunangnya, berusia lingkungan 20-an.
Difahamkan, pertemuan itu mencetuskan pertengkaran dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu buta lelaki terbabit terhadap mangsa sebelum mengambil tukul dan membelasah mangsa.
Akibat perbuatan ganas itu, mangsa cedera hampir seluruh badannya, namun keganasan lelaki berkenaan tidak berhenti di situ apabila dia mengambil botol deodoran milik mangsa lalu merodok kemaluan wanita itu.
Selepas melihat mangsa dalam kesakitan, suspek melarikan diri. Mangsa menghubungi seorang ahli keluarganya bagi memaklumkan kejadian itu sebelum membuat laporan polis.
Mangsa yang ditemani beberapa anggota keluarganya dibawa mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan keadaannya dilaporkan stabil walaupun masih trauma dengan kejadian itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kok Keong ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Beliau berkata, polis menerima laporan daripada mangsa pada hari kejadian sebelum gerakan mencari suspek yang juga tunang kepada mangsa dijalankan.
“Sehingga kini belum ada tangkapan dibuat namun polis sudah mengenal pasti identiti suspek,” katanya.- HM
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
4 comments:
Salam Bujang.. smoga drahmati Allah swt.
Astaghfirullah hal'aziimmm...
Apa nak jadi org sekarang yer..
Tak berperikemaknusiaan langsung. Kalau ye tunang tu jahat/curang ke, putus tunang je laa, belambak lagi gadis2 lain yg boleh dijadikan pasangan..
Jangan la buat macam ni.. 2 pihak sama2 rugi, sorang sakit/cedera, sorang lagi sah2 masuk penjara..!
Manusia ni dah lebih bangsat dari binatang...
Binatang pun takde wat keje camni...
Syaitan gelak puas2 tgk kelakuan anak Adam..
assalammualaikum...
erm bile baca jadi geram pulak.
semakin lame semakin kearah kebinatangan je manusia ni...
kekadang mendatang kan ketakutan pulak untuk berkawan...
dunia sekarang tak boleh silap sikit.. tak pukul saman.. erm ape lah kan.......
Salam..
Astafirullahalazim..... baru jadi tunang dah lebih...Allah maha kaya... nasib Allah tunjukkan awal sikap si tunang ada hikmah di sebalik kejadian. Kepada si mangsa banyak kan bersabar
Post a Comment