Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, May 20, 2010

TRANSFORMASI NAJIB YANG BASI?

بسم الله الرحمن الرحيم

PM: Transformasi besar akan berlaku



PUTRAJAYA 14 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak percaya transformasi besar akan berlaku di negara ini jika momentum ekonomi dan program transformasi kerajaan dapat dipupuk dan diperkukuhkan. Perdana Menteri menegaskan, sebab itu tempoh 10 tahun akan datang ini memerlukan semua pihak terutama para penjawat awam menunjukkan kecergasan dan kehebatan luar biasa dalam menggalas cabaran mencapai matlamat negara maju 2020.

Beliau menarik perhatian bahawa Malaysia ketika ini belum mencapai peringkat kemantapan tetapi dalam perjalanan untuk merapati fasa akhir negara maju. ''Kita sudah dekat dengan garis penamat, kita kena pecut dan bukannya sudah habis angin... tercungap-cungap.

''Saya tidak mahu sesiapapun memperlekehkan Malaysia dan sedikit sebanyak apabila saya jumpa Presiden (Barack) Obama (baru-baru ini), saya tidak fikir dia bagi pertemuan dua hala dengan saya kalau dia tidak lihat Malaysia ini negara yang stabil dan berjaya. ''Dalam hal ini, kita perlu menjadi kerajaan yang berkesan supaya dapat mengisi jangkaan dan harapan rakyat yang semestinya semakin kritikal.

Oleh itu tanda aras kita mesti global, kelas dunia dan bukan sekadar slogan," kata Najib. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Awam 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. Hadir sama Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman dan beberapa menteri Kabinet. Dalam aspek ini, Perdana Menteri turut menjelaskan maksud kerajaan berkesan yang ingin dilihat oleh beliau berlaku iaitu berkesan pada peringkat makro (keseluruhan) dan berkesan dari segi memenuhi jangkaan dan harapan rakyat. ''Ini kerana dari sudut makro penting kerana kalau (kerajaan) tidak diuruskan dengan baik dan tepat, maka sesebuah negara boleh terjerumus dalam lembah yang tidak menentu dengan pelbagai masalah dalaman seperti rusuhan. ''Perkara ini (rusuhan) tidak terbatas di negara membangun tetapi juga berlaku di negara-negara Kesatuan Eropah (EU) yang tidak sepatutnya terjadi seperti di Greece yang dibebani masalah hutang," katanya. Kata beliau: ''Apabila kerajaan tidak diuruskan dengan baik, maka yang sengsara adalah rakyat dan pekerja. ''Sebab itu soal dalam menghasilkan kerajaan yang berkesan ini menjadi tanggungjawab bersama dan Alhamdulillah, berkat kerjasama bekerja sebagai satu pasukan, pertumbuhan ekonomi dalam suku pertama tahun ini melonjak kepada 10.1 peratus." Menurut Perdana Menteri, pencapaian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) itu bukan kerana dasar fiskal, kewangan dan usaha kerajaan semata-mata tetapi juga disebabkan bantuan serta komitmen para penjawat awam. - Utusan Malaysia 15/05/10

Transformasi Najib Yang Basi?

Note: Nampaknya Najib beria-ia benar dengan agenda transformasinya yang dicanang ke sana-ke mari. Sedangkan jika kita meneliti dengan secara ikhlas, kita akan dapat melihat bagaimana laungan transformasi beliau hanyalah sekadar retorik semata-mata. Hakikatnya saat ini beliau hanyalah sekadar meneruskan sistem sekular Kapitalisme seperti para pemimpin yang sebelumnya. Beliau hakikatnya tetap terus memandulkan Islam ke sudut ruang lingkup ajaran spiritual semata-mata sepertimana yang dilakukan sebelum darinya. Bukti yang jelas dan terbaru serta masih panas lagi ialah apabila kerajaan pimpinan beliau dengan rasa tanpa berdosa sedikitpun telah meluluskan lesen pertaruhan atau judi Piala Dunia 2010 dengan alasan yang cukup lemah!

Wahai Najib! Islam adalah suatu mabda yang mencakupi ruang lingkup spiritual dan juga politik. Yang mengatur seluruh kehidupan manusia samada secara individu, masyarakat mahupun negara Yakinlah dengan jaminan dari Allah SWT bahawa sekiranya Islam itu diterapkan di tengah-tengah kehidupan manusia maka ia akan pasti membawa rahmat ke sekian alam. Firman Allah SWT: “Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam”. [TMQ al-Anbiya (21) : 107]. Berdasarkan ayat di atas jelas bahawa ideologi selain dari Islam tidak akan mampu membawa kemakmuran kepada alam ini.

Hakikatnya, mana-mana ideologi, samada Kapitalisme mahupun Komunisme tidak akan dapat memberi kemakmuran sepenuhnya kepada. ‘Kemakmuran’ hanya terpalit bagi segelintir golongan sahaja - mereka yang memegang kekuasaan dan kroni-kroni mereka semata-mata. Kini, Komunis telah berkubur sementara Kapitalisme pula sedang nazak di hujung hayatnya. Oleh itu, jika benar Najib bersungguh-sungguh ingin membawa transformasi maka beliau sewajarnya menukar dasar Kapitalisme yang ada selama ini kepada Islam. Itulah jawaban yang sebenarnya. Itulah transformasi yang sebenarnya. Hanya Islam sahajalah yang telah terbukti mampu membawa kesejahteraan yang hakiki kepada manusia sebagaimana kejayaan Rasulullah SAW membawa perubahan dan transformasi kepada masyarakat Arab jahiliyyah. Firman Allah SWT: “Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata”.
[TMQ al-Jumu'ah (62) : 2]. - jebbat.blogspot.com



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

2 comments:

Anonymous said...

Takkan maju satu masyarakat itu kalau jiwanya lemah...setakat maju yang nampaknya di mata, terbentang bangunan sana-sini, kekayaan melimpah-ruah,senyuman terukir di bibir orang-orang atasan (sedang di kampung-kampung rakyat menangis hiba, tak cukup makan)...itu plastik namanya. sedangkan hakikatnya hati sendiri mengakui,jiwa itu kosong tanpa siraman hidayah daripada Allah, akal itu selalu tersasar dipandu nafsu yang ditunggangi syaitan. kerana apa? kerana diri tak kembali pada Tuhan, pada sirat al-mustaqim seperti dikhabarkan Allah dalam ummul-furqan. sudah-sudahlah mengejar material, soal jiwa dan akhlaq yang lebih utama. Allah sudah berjanji, jika berlaku maksiat di satu tempat, yang menerima balanya seluruh tempat itu, tapi jika berlakunya kebaikan di satu tempat, hanya orang yang melakukan kebaikan itu akan mendapat ganjaran atas kebaikannya...sanggupkah kita menerima musibah lagi? tak cukupkah dengan balasan yang telah Allah tunjukkan selama ini?

arus perjuangan said...

Transformasi najib hanya untuk dia n rosmah aje