Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, September 29, 2009

SAKIT BADAN LAMA MEMANDU

Bismillahirahmannirahim..

Kegembiraan memang dapat digambarkan dalam diri kita apabila tibanya Syawal. Malah ada yang sanggup memandu berjam-jam lamanya tanpa henti untuk segera sampai ke kampung.Namun sedarkah kita akan bahaya yang mungkin boleh menimpa jika tidak memberi peluang tubuh badan dan minda kembali segar sepanjang pemanduan tersebut.

Kemalangan sering berlaku apabila kita pulang semula ke rumah untuk bekerja selepas menghabiskan cuti di kampung. Minda yang kurang semangat untuk balik bekerja semula serta ciri-ciri pemanduan yang tidak ergonomik juga merupakan faktor penyebab kemalangan ini.Perancangan dan persediaan pemanduan ini amat penting bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini seperti kemalangan dan kesakitan seluruh badan kita daripada berlaku.Sistem tubuh badan utama yang mungkin akan berlaku kepenatan dan gangguan akibat pemanduan yang jauh ini adalah Sistem Otot dan Tulang (musculoskeletal system); Sistem Jantung dan Pengaliran Darah (cardivascular system); Minda atau Psikologi (psychology) dan sistem-sistem lain badan

Kesemua sistem badan ini saling berkaitan dan memberikan tanda dan aduan akibat pemanduan yang jauh. Kepenatan Sistem Otot dan Tulang banyak bergantung kepada sejauh mana keselesaan kita semasa memandu di mana faktor reka bentuk dan posisi kerusi kenderaan semasa memandu amat penting bagi mengelakkan kepenatan ini.Reka bentuk kerusi pada kenderaan mestilah mampu memberikan ciri-ciri ergonomik yang baik kepada tubuh badan. Kerusi kenderaan anda mestilah mempunyai penyokong di bahagian leher dan tulang belakang bahagian pinggang (waist/lumbar) dan di bahagian leher (cervical). Ciri ini perlu ada pada setiap apa jua jenis kenderaan sama ada kenderaan mahal atau murah, kenderaan persendirian atau syarikat.Lumbar roll atau cervical roll boleh dibeli di farmasi atau pusat membeli-belah untuk diletakkan di kerusi pemanduan anda jika sekiranya kenderaan anda tidak mempunyai ciri ergonomik ini.

Posisi kerusi pemanduan anda mestilah membenarkan sendi-sendi berada pada kedudukan berfungsi dengan selesa (functional position) di mana pergelangan kaki dalam kedudukan 90 darjah, lutut dalam kedudukan bengkok 45 darjah ke 60 darjah manakala sendi pinggul dan badan berada di kedudukan tegak 80 darjah ke 90 darjah.Kedudukan ini akan menyebabkan otot tubuh badan kita bertindak secara seimbang dan akan menggunakan tenaga yang minimum sepanjang perjalanan kita.Otot-otot tubuh badan kita akan menggunakan tenaga yang lebih bagi menampung daya luaran yang ditanggung disebabkan oleh ketidakseimbangan sistem tulang apabila duduk di kerusi yang jauh ke belakang atau jauh ke depan.

Posisi kerusi yang betul, selain mengelakkan kepenatan otot ini juga memberikan ruang pandangan yang luas dan membolehkan kita bertindak balas dengan cepat apabila sesuatu perkara tidak diingini berlaku seperti memperlahan atau memberhentikan kenderaan dengan serta-merta.Ia juga mengelakkan otot-otot mata kita daripada mengalami kepenatan akibat terlalu fokus terhadap jarak pandangan dan kenderaan di hadapan kita.

Pemanduan tidak ergonomik

Tanda-tanda dan paduan berikut mungkin akan anda alami akibat pemanduan yang jauh dan keadaan tidak ergonomik semasa memandu:

* Keletihan serta mengantuk akibat kepenatan otot-otot bahagian mata.

* Psikologi kurang fokus dan kurang sabar semasa memandu akibat gangguan bekalan darah ke otak.

* Sengal atau sakit otot (muscular aching) di bahagian leher, bahu, belikat, tulang belakang serta kaki.

* Bengkak di bahagian kaki atau kesekatan saluran peredaran darah (thrombosis) akibat gangguan bekalan darah balik dari kaki dan lain-lain aduan.

Apa yang anda boleh lakukan bagi mengelakkan keadaan seperti di atas daripada berlaku ialah dengan mengamalkan langkah-langkah berikut:

* Rancang perjalanan dan waktu pemanduan yang betul.

* Cukup rehat sebelum melakukan pemanduan dan berehat sebentar pada setiap 1 ke 2 jam pemanduan.

* Tentukan kerusi kenderaan anda mempunyai ciri ergonomik dan memberikan sokongan pada badan.

* Melakukan senaman regangan di bahagian leher, bahu, siku, tangan, tulang belakang serta kaki sebelum, semasa dan selepas pemanduan. Lakukan regangan 5 - 10 regangan dengan menahan 8 - 10 saat pada setiap regangan pada bahagian-bahagian tersebut.

* Lakukan senaman pengaliran darah (circulatory exercise) di kaki seperti membengkok dan meluruskan sendi lutut dan pinggul, mengerakkan sendi pergelangan kaki mengikut arah/lawan jam atau dengan mengetatkan (contraction) dan mengendurkan (release) otot kaki semasa pemanduan 10 - 15 kali.

* Digalakkan memakai stokin pencegah pembekuan darah atau travel stockings bagi mengelakkan bengkak atau deep vein thrombosis (DVT) jika anda mempunyai sejarah penyakit jantung dan salur darah, paru-paru, renal, diabetes atau anda sedang mengandung.

* Lakukan senaman otot-otot mata dengan melihat pokok-pokok yang berwarna hijau, memandang pemandangan yang jauh serta dekat atau membuka mata dengan luas dan rehat beberapa kali bagi mengekalkan perjalanan darah ke bahagian otot-otot mata.

* Niat atau set minda anda tentang gambaran yang menggembirakan untuk anda balik semula bekerja selepas cuti hari anda. Minda yang positif akan memberi semangat untuk anda pulang dengan selamat ke rumah atau tempat kerja selepas bercuti raya.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

4 comments:

sitiarac said...

sesungguhnya.....
Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai MATI!.............dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini beserta segala kemewahan dan pangkat kebesaran tidak lain hanyalah KESENANGAN bagi orang yang terpedaya."

anak muallaf said...

Salam BS,
Dah 2 hari akak drive jarak jauh.Perak ke Bagan Pinang.Hati ini hanya mengingati yang satu.
Kekadang riak dijalanan pun ada juga.Na'uzubillah.Bila lihat kancil memotong dengan cara yang membahayakan..Kereta yang slow berada di lorong kanan..

Abu Aiman said...

Salam singgah,
Saya enjoy driving long distance, cuma kalau mengantuk ke nap dalam 10 minit pun cukup, especially tengahari. Yang tak tahan driving di Malaysia, tol mahal...
Selamat Hari Raya

ijoks2009 said...

Terima kasih tuan dokter,atas penjelasan yg panjang lebar.