Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, September 29, 2009

KERAJAAN, MINYAK ATAU KITA YANG BODOH..?

Bismillahirahmannirahim..

Siapa Berani Kata Minyak Ron95 dan 97 Baik Untuk Kereta Kita..?
Saya telah melakukan perjalanan yang agak jauh dari KOta Belud ke Ranau yang jauhnya lebih kurang 78 km. Perjalanan ke sana adalah melalui cerun bukit yang paling panjang di Sabah.

Dalam pengalaman saya, perjalanan ini amat menyakitkan hati saya kerana perjalan yang SANGAT lambat , tidak pernah saya lalui sebelum ini. Walaupun kereta besar dengan kuasa 2.7 liter namun kereta saya tidak dapat bergerak dengan laju, balik-balik semput. Saya juga tidak pernah menggunakan gear 2 sebelum ini untuk naik bukit, ini tidak semana-mana pula guna gear 2. Saya rasa, kereta saya seolah-olah mengangkat beban 1 tan. Dalam keadaan seperti ini, pelbagai pertanyaan keluar dalam kepala saya.

Saya singgah di pekan Kundasang dan bertanyakan masalah saya dengan seorang pomen kereta. Dari perbualan kami, saya mendapati bahawa masalah kereta saya adalah disebabkan oleh minyak Ron 97. Sangkakan minyak baru ini baik punya, rupa-rupanya indah khabar dari realiti sebenar. Kita tertipu dengan kenyataan yang minyak ini berprestasi tinggi.-hajinalba

BS: Itu kisah saudara kita. Tapi kisah aku sendiri yang guna motor buruk jer ni pun lebih kureng jugak. Sejak minyak naik harga aku guna start guna RON95. Dan start tu la jugak motor buruk aku susah nak start, jalan pun jadi semput2, asap jadi berkepol2... Aku pun start hangin..!! Aku tukar kepada RON97.. Aku mengalami masalah serupa. Nasib baiklah aku ni pomen. Dan terpaksalah aku membuat top overhoul pada motor buruk aku tu. Masalah yang aku jumpa ialah lapisan carbon yang tebal, sedangkan sebenarnya aku baru jer servis moto aku sebelum ni. Yang lebih memburukan keadaan, bila motor2 yang aku setting untuk perlumbaan (drag race). Beberapa kali piston serta ring aku jahanam dan bersepai. Puncanya adalah dari bahanapi RON95 dan RON97 yang kita terpaksa gunakan sekarang ni. Buktinya mudah jer. Jika korang menghadapi masalah ni, korang cuba la cari minyak biru (shell V power). Tapi bukan semua pam minyak shell ada jual. pandai2 la korang cari sendiri. harganya pun lebih mahal.

So lanie untuk motor2 race aku terpaksa gunakan shell Vpower. untuk moto buruk aku aku belasah jer la minyak bodoh RON95 yang aku dipaksa mengunakannya. Ramai dari pelanggan aku datang bertanyakan masalah yang serupa mcm yang aku alami. Aku nak kata apa lagi.. aku kata jer laa.. "Dah kita ni rakyat yang BODOH..!!! Kerajaan naikkan harga minyak sedangkan kualiti diturunkan pada tahap paling bawah sekali, sampai jahanam semua kenderaan kita.. tapi kita pangkah BN jugak.."

Kesimpulan dari kisah ni..

a. Malaysia adalah negara "pengeluar" minyak yang paling berkualiti. Tapi malaysia juga negara "pengguna" minyak paling tak berkualiti.

b. Minyak RON92 yang sebelum ni (sebelum minyak naik harga)yang kita guna adalah lebih baik dan berkualiti dari minyak RON95 dan RON97 yang ada dipasaran sekarang.

c. Harga minyak dinaikkan ke paras maksimum. Kualiti diturunkan keparas minimum.

d. Minyak RON95 dan RON97 mengandungi acetone yang lebih. Acetone ni la yang menjadi punca penghakisan pada silinder block, piston ring, seal2, gasker serta hose2 pada kenderaan kita.

e. Untuk yang baru beli kereta tu, tunggu jer laa.. x sampai 5 tahun confirm terbarai kereta korang.. hehehe.. hutang sepuluh tahun lak tu.. tu x cerita bab riba lagi tu... hehehehee

f. Sokong la lagi BN

g. Siapa kena tipu dan siapa yang BODOH... kerajaan, minyak atau kita ?

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

4 comments:

Che La said...

shell v power mahal kan.. kopak la kita.

BUJANG SUSAH said...

tau xper... hehehhee

nohas said...

Salam ziarah..

Minyak berkualiti M'sia dieksport utk dapat duit, utk kroni, utk buat Iskandar M'sia, team F1 M'sia..agak2nya team F1 M'sia guna minyak RON95 ke RON97..hehehe..

Rakyat didahulukan, Satu M'sia diperbodohkan..

sha said...

jadik..yg guna minyak tuh = moRON..ALAMAK