Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, September 11, 2009

PENDEDAHAN RAJA PETRA KAMARUDDIN TERKINI

Bismillahirahmannirahim..

Pendedahan Raja Petra Kamaruddin



Hari ini ulang tahun kedua, Pengendali Blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin ditahan bawah akta keselamatan dalam negeri (ISA).Beliau ditahan selama 53 hari tanpa sebarang pertuduhan.

Pagi ini, 10 September 2009, seawal jam 8.59 pagi satu wawancara ekslusif bersama Raja Petra disebarkan secara menyeluruh menerusi talian Facebook dan juga Twitter.Temuramah itu menjelaskan butiran dan latar belakang pengakuan bersumpah yang ditanda tangani Raja Petra pada 18 Jun 2008 berhubung matlumat yang beliau perolehi mengenai pembunuhan model Monggolia, Altantuya Shariibuu.Video itu boleh dicapai menerusi laman sesawang: http://www.youtube.com/watch?v=f4yE5vv73DA

Dalam temuramah itu, Raja Petra juga menceritakan pengalamannya dalam tahanan di Kem Kemunting, pandangannya terhadap perlembagaan persekutuan, Islam, pembunuhan kejam Alatntuya serta liku liku hidup beliau sebagai aktivisosial dan blogger.Beliau dibebaskan daripada tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan habeas corpus untuk mengisytiharkan penahanannya tidak sah.Hakim Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad membuat keputusan itu selepas mendapati alasan penahanan yang dikeluarkan Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Syed Hamid Albar mengikut Seksyen 8 ISA tidak mematuhi undang-undang. - Kedahlanie


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

1 comments:

Easy To Me said...

See my blog http://lobbyingactivist.blogspot.com/