Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, September 11, 2009

AIR KOTAK HARAM

Bismillahirahmannirahim..

Awas semua muslimin dan muslimah!

GREEN BEAN SOY DRINK. Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia . Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.


Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya........
Cuba lihat kat pic ini. Cuba lihat dekat-dekat....... Apa ke benda ni? Rupa-rupanya E471 is derived from pig.



MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS??? Belek punya belek..... hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!
Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS "Green Bean Soy Drink", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.

LAA ILAAHA ILLALLAH
MUHAMMADARRASULULLAH
HAI JIWA YANG TENANG,
KEMBALILAH KAMU KEPADA TUHANMU DENGAN HATI PUAS LAGI DIRHEDAI
MAKA MASUKLAH KEDALAM GOLONGAN HAMBA HAMBAKU
MAKA MASUKLAH KE DALAM SURGAKU
AYAT 27-30 SURAH AL-FARJ


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

9 comments:

ansaree said...

time kasih atas informasi ni.. xtau pun ...

akukay said...

oh my..
how come they did this..

kakipolitik said...

Kebanyakan makanan dan minuman dlm negara kita ni mengandungi bahan2 yang haram,macammana nak buat tu.Susah lah mcm ni,kerajaan kena buat sesuatu..

Anakkhas said...

e471 yer. kena HATI-HATI NIE TQ BUJANG

Ummi Kalthum said...
This comment has been removed by the author.
Ummi Kalthum said...

Salam.

E471 ada sumber dari soy lecithin, and yes, ada juga dari khinzir.Soalan saya, adakah anda sudah bertanya kepada Syarikat Yeo's sendiri, which E471 yang digunakan?
Atau sudahkan anda rujuk badan bertanggungjawab, sudah diluluskan HALAL kah minuman ini?

Jika belum, nasihat saya, buat perkara2 ini dahulu. Jika maklumat ini salah, sudah dikategori fitnah, berdosa tutup periuk nasi orang, MashaAllah.

Ingat, E471 juga ada dari tumbuhan. Buat kajian terperinci.

Siasat dulu, baru sebar. Bukan sebar, baru siasat.

Wallahualam.

tegar blogger said...

Betul tu puan ummi.. puan ummi memang seorang yang perihatin. Mana boleh main kata mcm tu jer kan.

Tapi jika dibaca betul-betul entry ni, perkara ni berlaku di singapura. Mungkin puan ummi terlepas pandang. Atau puan ummi saja nak melepas geram.

"Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini."

Seterusnya pula, muskilnya kat kotak tu tak ada pun logo halal. Sedangkan yang ada logo halal pun x pasti lagi halalnya, inikan pula yang langsung tiada logo. Saya tidak pasti jika singapura ada atau tidak penguatkuasa berkenaan makanan halal atau haram ini.

Persoalannya tetap nak minum juga atau lebih baik menghindari sesuatu yang kita tak pasti? Kalau nak juga terpulanglah.

Cuma yang perlu diingat makanan dan minuman menjadi darah daging. Jangan pula nanti kita marahkan anak-anak kita bila mereka tidak mahu mendengar kata, degil dan jahat akibat makan makanan yang haram.

Dan jika puan benar-benar perihatin, ada lebih baik puan umi sendiri tolong tanyakan pada yoe's dari puan hanya pandai buat komen.

Wallahualam.

Ummi Kalthum said...

Salam.

Terima kasih atas teguran.
Ya, saya maklum perkara ini berlaku di Singapura.

Jikalau kotak itu tiada tanda halal, sememangnya produk itu tidak ditujukan kepada Muslim, bukan? Jadi janganlah dituduh Yeo's sebagai tidak peka, jika pembeli Muslim itu sendiri tidak peka mencari tanda HALAL. Lainlah ceritanya jika sengaja Yeo's menipu mata Muslim dengan meletak HALAL sewenang2.
Tiada persoalan "mahu minum atau tidak" di sini. Jikalau seperti kata saudara tiada tanda HALALnya, usahlah tergoda juga untuk mencuba, bukan?

Seperti kata saudara, perkara ini berlaku di Singapura. Di Malaysia, saya masih belum jumpa produk ini di pasaran. Jadi, bukanlahh tempat saya untuk bertanyakan hal produk ini.

Cuma saya ingatkan, kepada penulis blog yang sendiri memegang kotak itu dan dapat belek ada atau tidak HALAL, dia lebih layak merujuk kepada Yeo's.

Komen saya hanya berdasar post blogger ini sahaja. Sebagai saudara seIslam, saya kagum dengan tujuan supaya kita berjaga2. Tetapi, nasihat saya, siasat betul2 dulu, jangan sebarkan kata2 buruk tentang produk ini sebelum disahihkan statusnya.

Itu sudah jadi fitnah kan?

Wassalam.

oxalis said...

Sedikit maklumat berkaitan Emulsifier E471

http://fakarudinft.blogspot.com/2008/09/emulsifier-e471.html

harap dapat membantu...