Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, September 10, 2009

PEMINTA SEDEKAH ZAMAN CYBER.. KORANG PERNAH KENA X ?

Bismillahirahmannirahim..

BS: Sekarang ni mcm2 cara org nak tipu org.. Salah satunya mcm email yg aku dapat kat bawah nih..No phone xder.. Alamat rumah xder.. Contoh2 bil hutang xder, pastu senang2 jer buat sikit karangan pastu sertakan no account.. perghhh.. Nak menipu pun patut2 ler.. maju betul pengemis zaman cyber nih.. Korang pk la sendiri...

Email:

Assalamualaikum / Salam sejahtera semua...

Saya seorang surirumah sepenuh masa dan mempunyai 4 orang cahaya mata. Sekarang ini saya berasa amat tertekan dengan bebanan kewangan disebabkan suami saya berhutang dengan along. Saudara/saudari apa yang mampu dibuat sekiranya gaji suami saya hanya tinggal RM123 setiap bulan kerana membayar hutang along yang keliling pinggang. Kami juga anak beranak sentiasa dalam ketakutan.

Saya dengan nama Allah S.W.T minta sesiapa diluar sana tolong lah bantu saya dengan dermakan sedikit duit walaupun RM1 ke dalam akaun saya atau membuat arahan bank walaupun RM1 kerana saya amat memerlukan duit untuk membayar segala hutang suami selama ini dengan along kerana saya tiada jalan lain selain berbuat begini..Tolonglah saya...hanya Allah S.W.T yang mampu membalas jasa anda..Saya amat memerlukan sekarang.... tolonglah saya amat memerlukan segera...semoga Allah S.W.T dapat membalas jasa anda..aminnn

Di sini saya sertakan no akaun saya.

Yang benar
Rxxxxh binti Xxxxxxxh
No akaun : 4xxx1xxx6 ( PUBLIC BANK BERHAD)

p/s: Nama dan no account dia ni aku gantikan dgn "xxxx".. untuk tidak mengaibkan tuan punya diri. Wassalam.

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

7 comments:

ayie said...

ish..dunia..dunia..
zaman skrg ni macam2 orang buat utk duit....

Webmaster@Echam said...

Kalau aku, aku tak layan email2 camni. Buang masa je...

anak muallaf said...

Salam Bujang,
Nak bayar hutang tak dak duit..tapi nak bayar bil internet ada duit...atau dia e-mel dari office...banyak keraguan..
Mak cik ni minta dari bujang sebab dia tau bujang masih bujang tapi tak susah..

relevan said...

Eh..kene tolong tu..beliau dlm kesusahan tu..tolong pelangkung..

ijoks2009 said...

Isy,isy sedih nya.nah ambik 10cen ni gi main jauh2.Ingat org percaya ker..

pretty betty said...

klw kat cyber mcm ni
x yh lah nk cayer..
mst diowng nk tpu jer..

ZIRAFAH MUDA!! said...

kira makcik ni banyak duit la kan pasal bil internet pun koman2 rm70.. ish ish ish