Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, January 14, 2011

1 LAGI PILIHANRAYA KECIL

بسم الله الرحمن الرحيم



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau,Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan dimasukkan ke Hospital Putra di sini hari ini akibat serangan jantung.Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

menurut laporan dari UTUSAN menyatakan bahawa Pemandu peribadinya,Hassan Rahim berkata,Datuk Mohamad Hidhir mengadu sakit dada ketika berada di Japerun Merlimau kira-kira pukul 1 tengah hari ini.

''Saya terus membawanya ke Hospital Putra untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi semalam.Katanya,Datuk Mohamad Hidhir sering mengadu sakit dada sejak pulang dari Taiwan baru-baru ini.

Sementara itu jurucakap Hospital Putra memberitahu,keadaan wakil rakyat itu stabil sejak dimasukkan ke ICU.Turut melawat beliau di Hospital Putra malam se,malam ialah Setiausaha Kerajaan Negeri,Datuk Omar Kaseh.Datuk Omar ketika ditanya mengenai keadaan Mohamad Hidhir enggan mengulas mengenainya.

MARILAH KITA BERSAMA-SAMA BERDOA AGAR DATUK MOHAMAD HIDHIR ABU HASSAN SIHAT

Note: Nak baca utusan dalam format politik ni kena baca terbalik.. Kalau utusan kata setabil bermaksud... kena bersiap sedia menghadapi satu lagi Pilihan Raya Kecil di Merlimau Melaka.. Kah...kah...kah..kah...



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

2 comments:

tuyuk said...

kuikuikui.. baca utusan terbalik.. betul jugak ye.. cool!

Anonymous said...

hehee