Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, January 11, 2011

TAK TAKUT TERTANGGAL GIGI PALSU KE?

بسم الله الرحمن الرحيم



Barisan Nasional (BN) Kelantan menyasar memenangi sekurang-kurangnya 23 kerusi daripada keseluruhan 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum akan datang berdasarkan perubahan dan minat rakyat terhadap Umno dan BN akhir-akhir ini.

Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata perubahan sikap turut berlaku di kalangan rakyat di kawasan kubu kuat PAS seperti Rantau Panjang, Pasir Mas dan Kuala Krai.

"Kerajaan PAS yang memerintah sekarang gagal menangani masalah seperti penyediaan pembekalan air yang sempurna, masalah banjir, berlaku rampasan tanah rakyat di Lojing dan kekurangan kemudahan asas walaupun PAS diberi peluang memerintah Kelantan selama 20 tahun," katanya di sini.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata BN akan memberi tumpuan khusus terhadap kawasan yang sukar ditembusi selama ini di samping mengekalkan sokongan di kawasan yang dijangka BN boleh mencapai kemenangan.

Beliau berkata kesemua pemimpin Umno bahagian telah diarah supaya turun padang untuk bertemu rakyat bagi menerangkan mengenai masalah yang gagal diatasi oleh PAS, sehingga menjelang pilihan raya kelak.

Majlis penerangan mengenai isu semasa di Kelantan juga akan dibuat melibatkan pengundi yang berada di luar Kelantan seperti di Johor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, katanya.

"Sokongan mereka ini yang merupakan 15 peratus daripada jumlah pengundi yang berdaftar di Kelantan sangat perlu bagi merubah senario politik di Kelantan," katanya.

Mengenai kemungkinan berlaku lagi amalan "cah keting" atau sikap menikam dari belakang di kalangan ahli Umno sendiri menjelang pilihan raya, Mustapa berkata perkara itu sudah dapat dibendung. - Mstar

Note: Kah..kah..kah..kah... 34 tahun sebelum PAS perintah kelantan siapa pula yang memerintah? Kah..kah..kah..kah... Cakap tak pakai otak... Kah..kah..kah..kah...Jangan terlalu yakin sangat mustapa.. Takut nanti kalau tak tertanggal, tertelan pulak gigi palsu tu... Kah..kah..kah..kah...


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

2 comments:

mariah said...

salam.. as usual, BN hanya beri alasan untuk sedapkan hati mereka.. disebalik senyuman mereka, tersimpan 1001 perasaan... perasaan KALAH. InsyaAllah! Allahuakbar!

Kuda Perang said...

Na'uzubillah... minta berlindung kpd Allah Taala drp UMNO-BeEND perintah Kelantan.. simpangkanlah Ya Allah..