Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, January 12, 2011

GADIS UKIR NAMA TEMAN LELAKI DI PUNGGUNG

بسم الله الرحمن الرحيم

Artis Cun Ini Melukis TATU Nama Teman Lelakinya di Punggung

Arumi Bachsin yang hampir dua bulan setengah lari dari rumah dikatakan melukis tatu nama pelakon berasal dari Malaysia, Miller di punggungnya.

Hal itu disahkan ibunya, Maria Lilian Pesch yang mendakwa tatu itu dibuat Arumi tanpa pengetahuannya. Wanita berketurunan Belanda itu bertekad ingin menghapuskan tatu di punggung anaknya ketika dia pulang ke pangkuan keluarga.

“Ya, tatu itu dibuat tanpa pengetahuan saya. Saya sangka dia sudah tiada hubungan lagi dengan Miller tetapi ternyata telahan saya salah. Saya tahu Arumi pasti terpengaruh dengan pujukan Miller untuk melakukan tatu itu. Saya akan menyuruh dia menghapuskan tatu itu jika dia kembali kepada kami,” tutur Maria ketika ditemui, semalam.

Maria turut memberitahu sepanjang ketiadaan Arumi, tawaran berlakon yang sudah diterimanya terabai. Dia berharap Arumi tidak akan didenda atau ada penerbit yang akan menyaman anaknya itu.

“Saya harap Arumi tidak akan didenda atau disaman. Saya juga berdoa semoga Arumi terbuka hati untuk kembali ke pangkuan keluarga secepat mungkin,” tambahnya. - Agensi


Arumi dan Miller

P/s: Saya "speechless". Gadis cun bernama Arumi Bachsin ini baru berusia 16 tahun. Dia dilahirkan di Jakarta oleh pasangan Rudy Bachsin dan Maria Lilian Pesch. Arumi berdarah Palembang-Bengkulu-Jerman-Belanda dan beragama Islam.

Menurut ibunya, gadis ini melarikan diri kerana dikatakan telah dipengaruhi artis kelahiran Malaysia yang bernama Miller. Seperti yang diberitakan di atas, gadis cun ini sudah hampir dua bulan setengah meninggalkan rumah dan keluarga.

Yang kurang enaknya, perbuatan Miller ini turut memburukkan nama negara. Menurut ibu Arumi: "Akhlaknya kurang baik, sopan santunnya enggak ada. Kasar, berapa kali saya lihat bicara sama anak saya. Belum lagi dia menghina kita. Malaysia datang ke sini jadi artis, Indonesia datang kesana jadi babu, enak kamu digituin?,"ungkap Maria, di Reskrim, Polda Metro Jaya, Jum'at (7/1/2011). Miller juga dikatakan berstatus suami orang.

Jika artis remaja ini sudah melukis tatu nama teman lelakinya di punggung, saya biarkan minda anda untuk membuat spekulasi selanjutnya...Mudah-mudahan tidak begitu! - duniacacamarba


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

6 comments:

donk said...

siapa miller tu..tak pernah dengar pun..dia cuma kelahiran malaysia contohnya anak anak orang lain yang lahir ikut emak ayah diorang..nape nak sebut malaysia pula...indon tu memang bangang pun...

apa nak diherankan ..kat indon sana isteri islam suami kristian pun amat banyak...suami islam isteri krestian pun banyak...

nape nak mention macam tu...ada indon juga yang datang malaysia jadi artis..penyanyi...filem menimbun nimbun indon punya di tayangkan kat sini...

anak gadis malaysia pun banyak jadi hamba abdi kat sana terutama dari lombok...

yang indon tu bising sangat nape..indon lagi takda akhlak..bukan semua le...lagi kurang ajar...bodoh punya indon...

Dama-Ulan said...

Salam,

gambor punggung dia yg ada tatu x de ke?....

June Usri said...

astaghfirullah hal azim , rase malu pulak june bace . .

Anonymous said...

Siapa2 yg nak tengok tattoo yg dipahat di buntut dia boleh tengok kat SINI

linn said...

sedih.

sakuraspicelife said...

isyh x takut ke azab Allah