Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, November 28, 2010

SAMI PUN "SELARAS" JUGAK

بسم الله الرحمن الرحيم

Sami rakam aksi 600 wanita mandi dipenjara 17 tahun

PHNOM PENH: Sebuah mahkamah Kemboja mengarahkan seorang bekas sami Buddha dipenjara 17 tahun kerana merakamkan aksi dua remaja perempuan mandi berbogel di kuilnya, kata pegawai mahkamah, semalam.

Net Khai, 37, ditahan dan statusnya sebagai sami dilucutkan pada Jun lalu selepas didakwa merakam secara rahsia lebih 600 wanita dan remaja mandi berbogel menggunakan air di kuil dan berkongsi imej berkenaan dengan orang lain.

Sejak perbuatannya terbongkar, seorang demi seorang wanita tampil mengadu kepada media, termasuk dua daripadanya berusia di bawah 18 tahun ketika kejadian berlaku.

Pegawai pendakwa, Plang Sophal, berkata sami itu dipenjara atas kesalahan menghasil dan mengedarkan bahan pornografi membabitkan dua gadis.

Mahkamah sama turut mengarahkan tertuduh membayar ganti rugi RM36,700 kepada kedua-dua mangsa.

Kata Plang, hukuman itu diharap menjadi pengajaran kepada semua pihak, termasuk sami.

“Orang ramai mesti menjauhkan diri daripada aktiviti seperti itu,” katanya.

Bulan lalu, Net Khai dijatuhi hukuman penjara setahun atas tuduhan sama membabitkan wanita berusia 25 tahun. - Agensi



Note: Kah..kah..kah..kah..



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

3 comments:

zmah said...

Naluri manusia ingin mengetahui segalanya.

Anonymous said...

zmah, tu naluri manusia x berakal. manudis dgunakan akal utk bfikir, tu je beza manusia dgn binatang.

MOH KEMBARA said...

Salam Yob, sami, paderi, ustaz...hmmm semua manusia! Kalau dah nama manusia... Thanx for ur advice pasal makan ubat tu Yob. Yong makan ubat doktor kawan punya, tp Yong kata paracetamol, tak tau dia ubat apa, tulis demam kat plastic tu , telan jer 2 biji. Alhamdulillah dah segor. Ni nok gi nyongket lagi ni!