Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, October 27, 2010

SIAPA CURI SARDIN ?

بسم الله الرحمن الرحيم

Siapa Curi Sardin Makanan Bantuan Pelajar Miskin?

Kanak-kanak sekolah yang dijanjikan roti sandwich sardin tetapi hanya dibekalkan dua keping roti dengan marjerin.

Perkara itu didedahkan dalam laporan Ketua Auditor Negara 2009 yang mendapati Rancangan Makanan Tambahan oleh kerajaan tidak menepati apa yang serpatutnya seperti yang berlaku di SK Jeroco di Lahad Datu.

Selain sardin, sandwich yang dijanjikan itu sepatutnya juga mempunyai timun, tomato dan salad, tetapi kanak-kanak itu cuma dibekalkan dengan marjerin.

Selain SK Jeroco, pembekal makanan di lima sekolah rendah yang lainj sekitar Malaysia juga didapati membekalkan kualiti makanan yang jauh lebih rendah daripada menu yang dicadangkan mengikut Rancangan Makanan Tambahan di sekolah-sekolah.

"Selepas maklum-balas daripada pakar pemakanan daripada jabatan pemakanan, Kementerian Kesihatan, kami dapati makanan daripada menu yang dibekalkan boleh menyebabkan pemakanan yang tak seimbang dan akan membantutkan perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak,” petik laporan Ketua Audit Negara itu.

Bernilai lebih rendah

Enam lagi pembekal didapati menyediakan makanan yang langsung berbeza dengan apa yang dicadangkan dalam program itu, lazimnya makanan berkenaan bernilai lebih rendah daripada sepatutnya.

Rancangan Makanan Tambahan diperkenalkan 30 tahun lalu bagi memberi kanak-kanak kurang berkemampuan makanan percuma pada nilai RM1.80 (di Semenajung Malaysia) dan RM2.05 (di Sabah dan Sarawak).

Namun, laporan Ketua Audit Negara mendapati beberapa kontraktor terus menipu dalam pembekalan makanan kanak-kanak.

Antaranya adalah apa yang berlaku di SJK(C) Choong Hua 2 di Bidor, Perak. Pembekal makanan kantin menyediakan bungkusan mee segera kepada kanak-kanak, di mana sepatutnya mereka dibekalkan dengan bihun goreng.

Antara alasan lazim yang dikemukan oleh sekolah dan juga pembekal adalah “kesukaran mendapatkan bahan mentah, khususnya untuk sekolah di kawasan pedalaman.

Laportan Ketua Audit Negara itu juga mendedahkan kualiti makanan yang rendah di beberapa hospital.

"Dalam persampelan, kami dapati Hospital Sultan Ismail Hospital membekalkan makanan yang berkualiti rendah. Ayam gorengnya masih berdarah, manakala Hospital Besar Pulau Pinang pula menyediakan sup sayur yang mempunyai rambut di dalamnya,” petik laporan itu.

http://bungamuslim.blogspot.com


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

6 comments:

PUPPETS said...

SARDIN TUH MELOMPAT BALIK KE LAUT KOT, PASAL TAK TAHAN DIPERAM NGAN ASID PEREPUT TULANG..
HMMM GAMAKNYER DAH BERAPA PERINGKAT LER DUIT KENA TOL YEA.. DARI KONTRAK TURUN KE SUB, DARI SUB TURUN..TURUN... TURUNNNN N LESAPPPPPP

Anonymous said...

Shhh.. diam2 la woit. Bik mama yg balun sumer sardin tu. Mat monggol tau pasal ni, tapi dia wat derk je, sbb dia pon balun jugak duit nak beli sardin tuh.

Kamal Sanusi said...

Aku tak salahkan pembekal tu sbb dah adat spesis depa nak untung lebih kerana nak cover duit tol.

Tapi aku salahkan pihak KERAjaan dan agensi berkaitan kerana buta mata, buta perut sampai tak pi check langsung kualiti makanan yg disediakan sekalipun tahu dan mendapat tahu.

Bangsat sungguh spesis ni...

donk said...

salam
duit tu tpm punada share tentunya..sebab dia tu lagi bapak rasuah punya orang..
yang kesian budak budak sekolah anak orang miskin...
umno bee end kan..dah le miskin kena tipu luar dalam..dari emak bapak sampai anak cucu semua di tipu oleh haramjadah ni..itu peruntukan makanan baru..yang lain banyak lagi boleh di tipu..kesian rakyat sabah serawak kena tipu hidup hidup..lepas tu menyokong masih bagai nak gila...padan muka..

chocolate.aholic said...

ish3 kejam sgguh seyh...cian dorg...tamak.

Anonymous said...

kalo camtu,
ape status $ tu kalu ade budak skola yg anak yatim piatu?
ade sesape bleh tolong xplain kan x?
dah dikira mkn duit anak yatim dah tu kot ek?