Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, October 29, 2010

ORANG MISKIN KALAU SAKIT SILA BELI SELUAR DALAM

بسم الله الرحمن الرحيم

Pesakit macam bola, akhirnya mati atas katil


KUALA LUMPUR, 27 Okt: Ahli Parlimen Pendang, Datuk Dr Hayati Othman (gambar) meminta kerajaan memberikan perhatian yang serius kepada tabung bantuan perubatan yang sepatutnya memberi kemudahan kepada rakyat yang tidak berkemampuan.

"Kerajaan perlu memberi perhatian kepada tabung ini, kadang-kadang pesakit yang memerlukan bantuan kewangan ni macam bola ditendang ke sana ke mari untuk mendapatkan bantuan ini.

"Saya pernah menghadapi pesakit-pesakit yang datang ke hospital, hospital suruh pergi ke pejabat kebajikan. Pejabat kebajikan suruh pergi ke JKK, JKK suruh pergi kepada penghulu, akhirnya anak mati atas katil, tidak dapat lakukan pembedahan kerana tidak dapat menyediakan kos rawatan," katanya.

Beliau meminta kerajaan turut memansuhkan duti import alat-alat perubatan yang lebih diperlukan rakyat, selain barangan pelancongan.

Dr Hayati ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini berkata, alat-alat yang digunakan untuk melakukan rawatan atau pembedahan terhadap pesakit lebih perlu dimansuhkan duti importnya berbanding 300 barangan pelancongan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Sepatutnya 300 barang ini masukkanlah barang-barang perubatan untuk kemudahan rakyat. Kenapa hanya nak mansuhkan duti import kepada barangan pelancong sahaja. Takkanlah pelancong datang Malaysia nak beli beg tangan, seluar dalam, selimut, kelambu," katanya.



Beliau turut mempersoal kos rawatan di Institut Jantung Negara yang didakwa sangat tinggi.

"Apakah salahnya tabung bantuan perubatan ini dimudahkan untuk rakyat yang tidak berkemampuan untuk mendapat rawatan terutama sekali rawatan melibatkan pembedahan jantung di IJN yang memerlukan kos yang tinggi.

"Kenapakah kosnya begitu tinggi sekali. Adakah kerana wujudnya pusat-pusat perubatan swasta yang nak merawat orang luar yang datang?

“Itu hak mereka tapi pihak IJN mestilah memberikan lebih perhatian kepada rakyat yang mempunyai masalah kewangan ini," katanya.

Turut diutarakan beliau mengenai kekurangan katil di hospital untuk memberikan rawatan kepada pesakit jantung di Utara.

"Saya mendengar keluhan daripada pakar-pakar di sana, kita tidak mempunyai banyak katil di hospital sebelah utara untuk nak merawat pesakit jantung. Diharap pusat rawatan jantung di Hospital Sultanah Bahiyah disegerakan untuk kemudahan rakyat di sana," katanya. - harakahdaily


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

4 comments:

Anonymous said...

salam BS. sluar dlm bik mama ke tu? hihihi

Dear Jim said...

Rosmah sakit bukan takat katil jer...hospital pun dia leh beli ngan RM111juta tue,suar dlm Victoria Secret pakai buang jer tue..tue yang nak duty import benda tak bape penting tue dimansuhkan...hape2 ntah

Anonymous said...

kuikuikiu...
bola golf pon xde tax,
tax buggy golf pon dmansuhkan serta merta...
terima kaseh malaysia!
esok luse bole la minum perfume ramai2, kalu lapar mkn ler bag tangan ke, spendar ke.. pasni merasa la aku pakai pyjamas buat tido...
kuikuikkui...
tu pon adeee gak yg masih menyokong kuat jahnam2 ni.

Puteri said...

lawak seh.,
(komen2 di atas :))

♥♥♥ Entry Puteri Terkini:
"I'm scared"