Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, January 13, 2010

PEMBUNUHAN KEJAM - ROSMAH MENGAPA TAKUT ?

بسم الله الرحمن الرحيم

Misteri Pembunuhan Kejam Ibu Saudara Rosmah - Mengapa Takut?

Minggu lalu negara digemparkan dengan berita empat beranak ditemui mati, termasuk seorang tanpa kepala, dalam insiden pembunuhan kejam di dua buah rumah berasingan yang terletak diberdekatan di Kampung Batang Rokan, Gemencheh.

Rupa-rupanya salah seorang mangsa pembunuhan kejam tersebut adalah Allahyarhamah Sofiah Katas yang merupakan ibu saudara kepada isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. Sofiah Katas, 80 tahun, salah seorang yang dibunuh kejam itu ialah adik kepada Mansor Katas iaitu bapa kandung Rosmah sendiri.

Mangsa lain dalam pembunuhan kejam itu ialah Atan Daud, 90, (suami Sofiah) yang juga bekas imam masjid kampung berkenaan dan Ismail Awang, 76, serta anaknya Siti Khadijah Ismail, 22.

Malangnya diberitakan Rosmah langsung tidak menjengukkan muka menziarahi keluarga ibu saudaranya sendiri yang dibunuh kejam itu!

Dan kelmarin, seorang wartawan akhbar PKR Suara Keadilan Abdul Qayum Abdul Rahman yang cuba merungkai misteri kematian Sofiah dan mengapa Rosmah tidak menziarahi keluarga si-mati telah mendakwa beliau diugut polis sebaik saja selesai mewawancara seorang wanita bernama Saharah yang merupakan saudara kepada Sofiah dan sepupu kepada Rosmah.

Abdul Qayum mendakwa di dalam Malaysiakini, selepas mengetahui beliau seorang wartawan Suara Keadilan, seorang lelaki dikenali sebagai Muhammad memaksanya menyerahkan kad pengenalan dan mengambil nombor pendaftaran keretanya. Beliau turut merampas nota penulisan Qayum dan memadam semua rakamannya dengan Saharah.

Muhammad juga turut merampas semua dokumen pengenalan Qayum, tanpa mendapat kebenarannya. Semua insiden tersebut diperhatikan oleh sekumpulan polis yang menunggu dan mengawal di luar rumah Saharah. Pihak polis dan Muhammad kemudiannya mengugut mahu mencari wartawan itu dan keluarganya dengan apa cara sekalipun jika temu bual tersebut disiarkan dalam Suara Keadilan.

Tiada siapa dapat meneka mengapa Rosmah sampai tergamak tidak menziarahi kematian ibu saudaranya sendiri. Juga tidak diketahui mengapa Rosmah begitu takut jika Suara Keadilan mendedahkan mangsa pembunuhan kejam itu ialah ibu saudaranya.

Apa yang hendak Rosmah malukan, jika dia sendiri tiada kaitan dengan pembunuhan yang menggemparkan di mana suspek utamanya ialah seorang pemuda yang digambarkan kadang-kadang kurang siuman?

Atau mungkin dia malu jika rakyat 1Malaysia tahu Rosmah mempunyai saudara mara yang kurang siuman? Mungkin Rosmah yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan pembunuhan kejam Altantuya tidak mahu dikaitkan dengan satu lagi pembunuhan yang lebih kejam dari itu yang melibatkan saudara maranya sendiri!

Baru kelmarin akhbar-akhbar kita cuba membina karektor baik untuk Rosmah dengan memuji setinggi langit peranannya membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditahan oleh pihak berkuasa Mesir yang terbabit dalam misi memberi bantuan makanan kepada rakyat Gaza.

Tapi manusia berkarektor baik itu tidak sanggup menziarahi ibu saudaranya sendiri yang dibuniuh secara sangat kejam! Dan manusia berkarektor baik itu juga telah mengarahkan polis untuk menghalang sesiapa saja dari mendedahkan dia mempunyai pertalian saudara dengan adik kandung ayahnya sendiri.

Patutlah 2 hari selepas pembunuhan kejam itu, polis membuat kenyataan kes pembunuhan itu telah selesai. Cepatnya!! Rupanya mereka tidak mahu rakyat Malaysia mengingati pembunuhan itu lagi kerana salah seorang mangsanya ialah ibu saudara Rosmah sendiri!

Saya percaya wartawan Suara Keadilan yang baru sebulan menyertai akhbar itu pasti tidak melupakan pengalaman diugut polis di Gemencheh itu seumur hidupnya! - Anak Sungai Derhaka


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

9 comments:

~PakKaramu~ said...

Dtang menziarahi anda

daun kesum said...

apela rosmah,.
laki dia cakap brapi,.nih saudara sndiri mati pon wat dek je,,

Unknown said...

Nak lari pi kemana..???
Siaplah apa yg patut sekiranya boleh pi gertak atau pi ugut atau pi bunuh "malaikat maut" pulak...agar selamat dari mampus wahai manusia berjiwa binatang yg terlibat dalam pembunuhan kejam tersebut ..samada mereka terlibat secara langsong ataupun sekadar memberi arahan..sama saja..hasilnya..
AWAS..mati itu datang tak tau bila..

izazin said...

kalau anda org luar gemencheh, tak faham duduk perkara, jgn sedap mulut je cakap.

umno anjing said...

pukimak lu izazin... koh..koh...koh...koh..

DEWAN MUSLIMAT PAS BUKIT KATIL said...

Keadaan menjadi bertambah kalut...bak kata 'Lanabulu'..nak lari mana?...manusia tak mungkin menembusi langit dan tak mungkin menembusi bumi.....berkeliaranlah diatas muka bumi....namun ... pintu taubat masih terbuka..

greenhall said...

yang salah pasti akan kalah.

waris alam said...

sebagai seorang Islam anda mesti tahu yang mengatakan sesuatu tanpa bukti oleh jadi fitnah..fitnah ini berat dosanya...lebih teruk dari membunuh...jd klu nk paparkan apa2 pun fikir dan cari bukti yg sahih dulu...

waris alam said...

jgn mencarut la umno anjing....ko nie mcm org takdak agama ja...senang2 nk maki hamun org...ingat sikit nk mati esok ko kena pegi minta maaf ngan izazin tue...klu dia tak maafkan ko alamatnya balasan buruk menanti ko....ko pun sama bujang senang..jgn sesedap rasa ja nak menulis....fikir sikit kesan ko menulis tue..boleh jadi fitnah nanti...kot tak tertanggung dosa fitnah nanti...baik cepat bertaubat....minta maaf pada org yang kau fitnah tanpa bukti...setakat dengar ckp org itu blum boleh jd bukti...selamat bermuhasabah diri...