Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, January 16, 2010

SEKOLAH AGAMA DI NEGARA YANG MENPERJUANGKAN ISLAM

بسم الله الرحمن الرحيم


Menyedihkan,Sekolah agama Islam dalam kabin.

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Batu Tian Chua menyifatkan kedudukan sekolah agama rakyat yang serba daif sehingga terpaksa ditempatkan di dalam kabin membuktikan bahawa kerajaan persekutuan Barisan Nasional tidak peka terhadap pendidikan agama Islam.

Beliau berkata demikian ketika melawat ke Sekolah Rendah Agama Hidayatul Mustaqimah di Taman Beringin Jinjang Utama, di sini, hari ini.

"Saya pernah hantar surat kepada Menteri Wilayah Persekutuan Zulhasnan Rafique sebelum ini. Dan, dia (Zulhasnan) kata yang dia akan usahakan sesuatu untuk menyelesaikan masalah pembelajaran agama untuk anak-anak murid di sini.
"Saya akan menulis surat semula kepada Menteri Pelajaran Muhyiddin Yassin agar beliau dapat mengambil perhatian semula ke atas hal ini," kata beliau.

Tian Chua berkata, pendidikan agama Islam tidak sepatutnya dianggap sebagai pendidikan sampingan dan bersifat pinggiran.

"Dalam negara ini, pendidikan agama Islam sepatutnya menjadi pendidikan arus perdana, apatah lagi pendidikan ini bersifat meningkatkan kualiti akhlak rakyat," kata beliau lagi.

Dalam lawatan bersama tenaga pengajar dan ibu bapa ke sekolah agama tersebut, beliau turut menyatakan rasa kesal berhubung prasarana yang sangat daif.

"Saya lihat tandas ini cukup merbahaya," kata Tian Chua, "kalau berpuluh-puluh orang memijak lantai tandas yang dibuat daripada kabin ini, tandas ini akan runtuh tak lama lagi. Ini akan membahayakan mereka."

Seorang wakil ibu bapa di situ ketika bermesyuarat bersama Ahli Parlimen itu, turut supaya dipercepatkan pemindahan sekolah itu ke sebuah tempat yang lain.

"Ada tempat yang lebih selesa di tempat lain. Untuk sementara, pindahkan dulu pelajar-pelajar di sini ke tempat tersebut. Keadaan di sini tidak selamat," kata beliau. malaysiabersih

10 comments:

~UmmU SoLehah~ said...

p mana sume duit kerajaan..???

sape makan..? mai cek pwot dorang sume..huhu.

sangat zalim..sampai ati x buat skolah agama elok2..tggu balasan dari Allah..bersedialah korg pemimpin zalim..!

greenhall said...

tu la pasal. something wrong somewhere..

malu beb bila orang bukan Islam lebih peka dan prihatin berkenaan hal ni berbanding orang islam sendiri.

mana pi umno yang kononnya memperjuangkan melayu islam?

umno anjing said...

kah..kah..kah..kah... nampak sgtlah umngok ni anjing.. sekolah agama xnak dibela. pastu menyalak plak "KRISTIAN JANGAN MENGUNAKAN PERKATAAN ALLAH".. ayat tu x habis sebenarnya.. tambahan dihujungnya yg terpaksa disembunyikan "untuk kristian semenanjung saja.. sabah serawak dibolehkan". Bangsat punya umngok...!!!! korang takut x dpt undi kat sana, korang main2kan isu "ALLAH" ni ek... umngok ni memang hanjing...!!!!

PeNgEmiS dUniA said...

malu giler r!org bkn Islam lak terhegeh2 nak care sal skolah agama,org Islam cm UmNGOK tu plak tau nak ttp sekolah agme ADELA!truk2...malu aku

Anonymous said...

Aik? delete ke komen aku tadi? atau aku silap komen.

Tp mmg btl kan. blog islam. tapi isi dia tak macam islam langsung. memalukan islam sama mcm article ni.

BUJANG SUSAH said...

Salam anonymous. pihak admin tidak pernah memadam komen-komen anda atau pengunjung-pengunjung semua kerana segala komen-komen daripada anda semua bukan tanggungjawab kami. Cuma jika tidak silap saya komen anda itu bukan di entri ini. Cuba anda lihat komen anda di entri "APA KES UMNO NI ? TEMBELANG SEMAKIN PECAH NAMPAKNYA..". Sekian terima kasih.

izazin said...

menangguk ikan di aquarium ke Tian Chua?

Anonymous said...

Hey Guys
I've been around here for a while now, and I finally found something worth writing about: I found a great deal on custom [url=http://www.milesgershon.com][b] Modern Entertainment Centers[/b][/url]. These guys have 24/7 call-in service and they installed AND delivered my custom [url=http://www.milesgershon.com][b] Plasma Armoires [/b][/url]all for Free!!! I just bought from them, and I've never had a more seamless internet buy -they ACTUALLY called me to confirm the order and talk about delivery time… unreal!

Have a good One

Anonymous said...

Rasa-rasanya di negara arab islam tu pun banyak macam tu cuma tak dimaklumkan je. Jangan cepat melatah le wahai orang politik. Awak ingat bila dah ambil alih kerajaan pun awak ingat masalah ini tak kan terjadi ke? Yang kita nampak boleh le ambil tindakan tapi yang kita tak nampak camna? Korang pun bukannya perfect sangat pun...

Anonymous said...

Semoga org yg bkn islam tadi fpt hidayah dri Allah untuk memeluk islam dan terus memperjuangkan agama islam kite ini