بسم الله الرحمن الرحيم
Mengapa tidak ada orang yang sanggup menaja Najib dan isterinya naik haji.Najib memang mampu naik haji setiap tahun kalaupun tidak ditaja oleh sesiapa. Begitu juga dengan TGNA, kalau dia mahu berbuat demikian tetapi mengapa tiada orang yang sanggup menaja Najib tetapi sebaliknya pada TGNA.
KOTA BAHARU, 16 Nov (Bernama) -- Ketika isu kontroversi haji ditaja hangat diperkatakan, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan kesanggupannya untuk menerima tajaan mana-mana pihak bagi membolehkan beliau menunaikan ibadat haji pada tahun hadapan. Beliau, yang juga Mursyidul Am PAS, berkata sama ada ditaja ataupun tidak beliau mahu menunaikan ibadat haji pada musim akan datang, setelah pada tahun ini beliau membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji.
Mari kita membuat andaian:
Pertama, Seseorang yang mahu menaja Najib secara terang atau tersembunyi mempunyai niat-niat tertentu yang boleh dipertikaikan.
Kedua, jika tidak mempunyai apa-apa niat, penaja akan berfikir untuk apa dia menaja Najib dan isterinya naik haji kerana belum tentu Najib dan isterinya akan dapat melakukan ibadah haji dengan sempurna. Ini kerana selain dari kurangnya ilmu agama, Najib dan isteri juga tidak akan ada masa untuk belajar bab haji ini.Penaja akan merasa membazirkan wang ringgit saja.
Ketiga,dikuatiri juga oleh penaja (tentunya orang UMNO) kiranya Najib dan isterinya menunaikan haji tajaannya dan beroleh haji mabrur, Najib akan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar di dalam pemerintahannya ( Insya Allah ).Ini akan menimbulkan kebimbangan di kalangan penyokong-penyokong Najib yang mengharapkan Islam tidak akan ditegakkan di bumi Malaysia yang tercinta ini.
Keempat, sekiranya Naib dan isteri melanggar peraturan hal-hal haji dalam ibadah yang dilakukannya,dan tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu akan kesalahannya ( kerana kurangnya ilmu agama yang berkaitan )dikuatiri dosa yang dilakukannya itu akan ditanggung bersama oleh penaja.
Jadi kesimpulannya, kita jangan taja Najib dan isterinya pergi menunaikan haji.Hal ini berlaku sebaliknya sekiranya kita mahu menaja TGNA naik haji. Sebenarnya di dalam kehidupan kita seharian kini, memang ramai di kalangan kita yang menaja orang tertentu menunaikan haji tetapi tidaklah menjadi isu besar.Baru-baru ini saja nampaknya kes ini menjadi isu negara. Oleh itu mari kita taja orang-orang kuat SPRM naik haji supaya mereka mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah ( Insya Allah ).
Baca keratan akhbar seterusnya.
Ekoran kenyataan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung perkara itu. Disebabkan timbul pelbagai polemik, Nik Abdul Aziz membatalkan hasratnya berlepas ke Mekah pada 18 Nov ini. Semalam, Pemuda Umno Kelantan menyerahkan memorandum kepada SPRM mendesak siasatan dijalankan dan meminta Nik Abdul Aziz meletak jawatan sebagai Menteri Besar. Sementara itu, Pesuruhjaya PAS II Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata Menteri Besar Kelantan membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji berikutan isu tajaan hajinya dipolitikkan.
"Untuk elak keadaan akan datang menjadi lebih serius lebih baik dia tidak pergi kerana dalam politik ni macam-macam boleh jadi. Ia menyebabkan persepsi yang kurang elok sedangkan di dalam Islam menaja haji itu tidak salah," katanya.
Mohd Amar berkata ia menjadi salah atau rasuah apabila individu itu memberikan sesuatu atau wang dengan menyatakan dia ingin sesuatu sebagai balasan daripada apa yang diberikan.
--DetikDaily
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
3 comments:
Najib tak mampu dari segi kelapangan.
bayangkan berapa lama nk pi haji tu.
abis tu negara siapa nak jaga?
Then bila ada apa2, ada la pihak sana berbuyi "pergi haji nak tunjuk baik konon. Negara tinggal tak ada orang jaga"
oo mcm tu ke jawapan bangang dari pengikut umngok anjing ni.. ? bistu kalau najib mati malaysia pun hilang la dari peta dunia? bodoh punya jawapan.. pergi haji xder kelapangan pergi paris boleh plak.. bapak hang yg mengajar mcm tu ke bahalol...!!!!
hahaha..
bgus jgk post ni sahabat..
kpd pembace, renung2kan la ye..
p/s: jemput2 la ke blog sye ye..
Post a Comment