Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, January 16, 2010

GEJALA SOSIAL, TANGGUNGJAWAB SIAPA ?

بسم الله الرحمن الرحيم

Siapakah Yang Bertanggungjawab Terhadap Gejala Sosial?



Sudah menjadi lumrah apabila berlakunya sesuatu masalah atau isu dalam masyarakat, persoalan yang sering timbul ialah siapa yang bersalah? Golongan manakah yang sebenarnya bertanggungjawab terhadap permasalahan ini?

Contohnya, apabila berlakunya gejala sosial yang semakin menjadijadi, berbagai golongan menjadi sasaran. Ada yang menuding jari kepada ibu bapa yang katanya tidak bertanggungjawab, ada yang menuduh guru-guru gaga1 mendidik, ada yang mempersoalkan tanggungjawab pemimpin dan tidak kurang juga yang menyalahkan para ulama yang tidak berperanan.

Golongan-golongan inilah yang sering menjadi sasaran utama. Cuba kita suluh dari perspektif Islam, siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab dalam masalah ini.

BAIK TIANG-TIANG SERI MASYARAKAT BAIKLAH MASYARAKAT

Asas utama untuk menyelesaikan masalah masyarakat itu ialah tiang-tiang seri atau tunggak masyarakat yang hendak bertindak itu hendaklah menjadi baik terlebih dahulu. Misalnya kalau di rumah, kedua ibu bapalah ibarat tiang serinya. Kalau di sekolah, ia tanggungjawab guru besar serta para pendidik. Kalau di sesebuah kampung, ketua kampung serta jawatan kuasa kampung (JKK). Kalau di pejabat, pengarah serta para ketua jabatannya. Kalau di peringkat daerah, wakil rakyat, pegawai daerah (DO) dan penolong pegawai daerah (ADO). Kalau dalam sesebuah negeri, menteri besar serta exco-exconya dan seterusnya di peringkat negara, ia merupakan tanggungjawab Perdana Menteri serta para kabinetnya. Mereka ini bukan sahaja perlu bertindak menangani masalah yang dihadapi tetapi juga perlu menjadi contoh kepada masyarakat.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Dua golongan daripada umatku, apabila mereka baik maka baiklah manusia, dan apabila mereka rosak maka
rosaklah manusia, iaitu umarak dun ulama." (Riwayat Ibnu Abdul Barri dan Abu Nuaim)

Berdasarkan Hadis di atas, jelas menunjukkan bahawa Rasulullah SAW menyebut dua golongan utama yang menjadi kayu ukur dan penentu baik buruknya rakyat iaitu ulama dan umarak.

Secara umumnya, semua golongan mempunyai tanggungjawab masing-masing mengikut kuasa yang ada padanya di 'kawasan' masing-masing. Ini adalah kerana, apa bangsa atau puak sekalipun, lumrahnya yang atas mendidik yang bawah,
yang di atas kena memimpin dan mengasuh yang di bawah. Contohnya di rumah, ibu bapalah yang bertanggungjawab mendidik anak-anak. Kalau di sekolah, guru-gurulah yang bertanggungjawab mendidik murid-murid. Kalau dalam jemaah, pemimpin jemaahlah yang perlu mendidik para pengikutnya. Manakala dalam sebuah negara, pemimpin negaralah yang bertanggungjawab mendidik rakyatnya.

Hal ini tidak berlaku sebaliknya. Pada hakikatnya, bagaimana bentuk dan sikap anak-anak itu menggambarkan bentuk dan sikap ibu dan ayahnya. Bagaimana sikap murid-murid menggambarkan sikap guru-gurunya. Bagaimana sikap anggota dalam satu jemaah itu menggambarkan sikap pemimpinnya atau ketuanya. Bagaimana keadaan masyarakat menggambarkan keadaan pemimpinnya. Itulah rakyat, baik buruk rakyat adalah gambaran baik buruk pemimpin.

Apabila anak-anak majoritinya telah rosak akhlaknya, dan perangai mereka menjolok mata, maka ibu bapanyalah yang bersalah. Bukankah pepatah Melayu ada berkata, bapa borek anaknya rintik.

Begitu jugalah di sekolah, apabila murid-muridnya sudah ramai tidak bermoral dan disiplin diri sudah tiada, majoriti guru-gurunyalah yang bersalah. Pepatah Melayu juga ada mengatakan, "Bila guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari".

Kalau di sekolah pun, di mana manusia dididik, sudah tidak mampu lagi melahirkan manusia yang berdisiplin lahir dan batin, jangan mimpilah ia boleh berlaku di kilang, di padang, di hutan, di tempat-tempat rekreasi, di pejabat, di pusat membeli-belah dan di lain-lain tempat dapat melahirkan manusia yang terdisiplin lahir dan batin, sedangkan tempat-tempat itu bukan gelanggang pendidikan.

Demikianlah juga apabila rakyat sudah banyak membuat masalah dan disiplin diri sudah punah, ini menunjukkan kebanyakan pemimpin dan ulama sudah rosak. Kalaupun mereka tidak secara terang-terangan membuat maksiat, mungkin
secara tersembunyi di sebalik tabir. Bukankah Hadis juga ada berkata yang bermaksud:

"Manusia itu mengiku t agama rajanya (pemerin tahnya). "

Ertinya, bagaimana pemerintahnya begitulah rakyatnya. Oleh itu untuk membaikkan golongan yang sudah rosak tadi, pemimpin tidak boleh menjadi seperti ketam yang menyuruh anaknya be rjalan betul.

Pemimpin ibarat sebatang kayu, bayangnya adalah rakyat. Kalau bayangnya bengkok bererti kayunya bengkok. Kalau bayangnya lurus, mesti kayunya juga lurus. Begitulah kalau sebuah negara itu rakyatnya banyak yang jahat, ini menunjukkan
para pemimpin negara itu juga sudah banyak yang jahat.

Oleh itu untuk membaikkan rakyat, kenalah para pemimpin membaiki diri mereka terlebih dahulu sebelum mengajak rakyatnya menjadi baik.

Ini menunjukkan bahawa golongan yang banyak ditentukan oleh golongan yang sangat sedikit. Yang sedikit mencorak yang banyak. Mencorak di sini termasuklah mencorak jiwa atau perasaan, aka1 dan pemikiran. Watak dan perangai masyarakat ditentukan oleh siapa yang mendidik dan memimpinnya. Kalau begitu, ibu bapa, guru-guru, pemimpin masyarakat, pemimpin jemaah, ketua kampung, imam, wakil rakyat, pegawai daerah dan ketua negara mestilah di kalangan mereka yang mempunyai wibawa yang tinggi kerana merekalah yang akan menentukan nasib orang ramai. Baik mereka baiklah orang ramai. Jahat mereka, maka jahatlah orang ramai.

Kalau murid-murid ramai yang jahat, kalau anak-anak ramai yang rosak, kalau rakyat ramai yang terlibat dengan gejala sosial, maka yang patut insaf terlebih dahulu ialah ibu ayah, guru-guru dan para pemimpin. Sepatutnya mereka dulu yang perlu bermuhasabah sebelum meminta orang ramai bermuhasabah. Jangan salahkan orang ramai, tapi salahkan diri dulu.

Cuba kita renung sejarah agung kepimpinan para Sahabat. Sayidina Umar r.a. contohnya, apabila mendapat tahu ada seekor kambing mati di tepi sungai Furat, dialah orang yang pertama merasa berdosa di atas kematian itu kerana dia adalah
khalifah di waktu itu. Dia tidak menuding jari kepada penggembala kambing, orang kampung atau pihak-pihak lain tetapi terus menyalahkan dirinya. Padahal kes itu hanya membabitkan seekor kambing. Tidak melibatkan manusia.

Begitulah sensitifnya Sayidina Umar r.a. terhadap dosa dan tanggungjawab seorang pemimpin yang diamanahkan Tuhan kepadanya.

Jika berlaku dalam sebuah keluarga seorang anak lelaki terlibat dengan dadah, manakala anak perempuannya pula terlibat dengan pergaulan bebas, sepatutnya ibu bapalah yang terlebih dahulu menginsafi diri dan merasa berdosa terhadap
apa yang menimpa anak-anak mereka sebelum menyalahkan anak. Ini adalah kerana anak-anak mencerminkan ibu bapanya.

Tetapi hari ini apa yang berlaku, bila te rjadi perkara seumpama ini, ibu bapa bukan sahaja tidak merasa bersalah malah kadangkala mereka membela pula anak-anak mereka dan menuduh orang lain yang bertanggungjawab menyebabkan anak-anak mereka terjebak dengan maksiat. Bila ibu bapa mengambil sikap demikian, bukan mereka sahaja yang rosak malah sikap mereka itu turut merosakkan anak-anak mereka. Mereka akhirnya mencetus satu lagi kerosakan di atas kerosakan yang telah sedia berlaku.

Begitu juga kalau majoriti rakyat telah rosak. Sepatutnya pemimpinlah yang patut insaf dan muhasabah diri terlebih dahulu di atas apa yang menimpa rakyatnya. Lebih-lebih lagilah kalau berlaku maksiat bertimpa-timpa dan meningkat secara mendadak di daerah, negeri atau dalam negaranya, maka pemimpinlah yang sepatutnya tidak tidur malam memikirkan dosanya yang mana satukah yang menyebabkan rakyatnya menjadi begitu. Pemimpinlah yang perlu membaiki
dirinya terlebih dahulu kerana kerosakan pada masyarakatnya adalah gambaran kepada kerosakan peribadi para pemimpinnya. Contohnya, kalau sudah ramai di kalangan rakyat yang sudah mencuaikan solat, tidak lagi menyembah Tuhan atau lalai dalam mengerjakan sembahyang maka itu menunjukkan para pemimpinnya juga telah lalai dalam menunaikan perintah Tuhan ini.

Pemimpin ibarat imam, manakala para pengikut adalah makmumnya. Bila pemimpin rukuk maka para makmum akan turut rukuk, bila pemimpin sujud maka para makmum juga turut sujud. Bila pemimpin sudah takut untuk berbuat maksiat kerana mengenangkan dosa, maka para makmumnya juga akan berperasaan demikian. Tetapi kalau para pemimpin sudah lali dengan dosa, tidak cinta dan tidak takut lagi pada Tuhan, maka itulah juga yang akan berlaku kepada para makmumnya.

Imam menjadi ikutan para makmum. Baik imam, baiklah para makmumnya, buruk imam maka buruk jugalah para makmumnya. Makmum mencerminkan imam, sepertimana
pengikut mencerminkan pemimpinnya. Apabila para pemimpin dan para pendidik telah rosak maka rosaklah manusia.

Apabila manusia telah rosak, kemajuan lahir dan kemajuan material yang wujud tidak mampu lagi mencetuskan keamanan, ketenangan, keharmonian dan keselamatan.
Apabila tiang-tiang seri masyarakat menjadi contoh teladan pada rakyat, orang ramai akan segan, sayang dan hormat. Masyarakat akan bersatu padu memberi sokongan dan ke rjasama dengan sepenuh hati. Bahkan mereka yang terlibat dengan
gejala sosial pun akan segera malu dan segan untuk melakukan maksiat. Usaha para pemimpin akan berkesan bukan kerana kekerasan undang-undang tetapi kerana orang ramai sayang, malu, hormat dan segan pada mereka. Cakap mereka masin dan mudah diterima.

Yang lebih penting dari itu ialah pertolongan Allah yang akan memberi kejayaan melalui usaha-usaha mereka. Bila usaha mereka diterima sepenuhnya, masyarakat akan jadi malu dan insaf dengan sendirinya. Bantuan Allah pun datang kerana ketaqwaan mereka.

Berdasarkan kepada perkara di atas, ternyata bukan mudah untuk menjadi pemimpin sama ada pemimpin kecil atau besar. Sebab itulah sesiapa yang bakal menjadi ibu ayah, ertinya sebelum mendirikan rumahtangga lagi, mereka perlu menyiapkan
diri bagaimana untuk menjadi pemimpin kepada anakanak. Begitu juga kepada guru-guru, sebelum menjadi gum jangan setakat bersandar pada sijil semata-mata, tetapi mestilah lebih dari itu kerana guru mesti memberi contoh yang baik pada murid.

Lebih-lebih lagilah pemimpin besar bertaraf negara, sebelum menjadi pemimpin kena mempersiapkan diri dahulu untuk memikul tanggungjawab yang cukup berat dan besar.

Oleh sebab itulah dalam Islam, pemimpin kena mempunyai wibawa yang tinggi dan sifat taqwa yang cukup. Begitu jugalah kepada setiap golongan yang bertanggungjawab memimpin dan mendidik sama ada ibu bapa, guru-guru dan pemimpin, mereka mesti mempersiapkan diri dengan perkara-perkara berikut:

1. Ilmu

Mesti ada ilmu. Bukan saja ilmu secara umum tapi ilmu untuk mendidik. Mesti tahu kaedah dan cara-cara untuk mendidik. Mendidik tidak boleh hanya bersandar pada teori aka1 sematamata.

Mesti merujuk pada ilmu yang tepat, sumber yang tepat dan kaedah yang tepat bersandarkan kepada Tuhan bukan hanya bersandar pada kaedah yang diwarisi turun-temurun.

Di dalam sejarah, manusia menjadi baik kerana didikan, bukan kerana undang-undang. Kalaulah manusia itu hendak dibaikkan dengan undang-undang semata-mata, kita akan kecundang. Kalau pendidikan kita sudah tidak boleh membaikkan
orang, kita kena akui sahajalah yang kita belum baik, bagaimana hendak membaiki orang. Lebih baik kita serahkan pada orang yang leblh layak untuk membaiki masyarakat iaitu orang rohani. Tidak lain dan tidak bukan ialah orang rohani
yang jiwa mereka telah terbina dan mempunyai akhlak dan wibawa yang tinggi.

2. Akhlak Mulia

Para ibu bapa, guru-guru dan pemimpin mesti mempersiapkan diri dengan akhlak yang tinggi kerana merekalah yang akan menjadi contoh dan ikutan orang di bawah mereka.

Contohnya seorang anak yang dibesarkan dalam sebuah rumahtangga yang porak-peranda, ibu menengking ayah, ayah menampar ibu, anak-anak dididik dengar kasar, dengan sepak terajang tanpa kelembutan dan kasih sayang, maka anak-anak yang dibesarkan dalam rumah seperti ini akan menjadi manusia yang kasar, keras, tertekan jiwanya dan tidak berakhlak. Rumah dirasakan bagaikan neraka. Jika terus dibiarkan mereka akan lebih rosak hingga boleh menjadi penjenayah.

Berbeza pula dengan anak-anak yang dibesarkan dalam sebuah rumahtangga yang penuh kasih sayang. Ayah disayangi dan disegani, penuh berwibawa mendidik, memimpin dan membawa keluarga kepada Tuhan. Ibu mentaati ayah, mengasuh anak-anak dengan lembut dan berakhlak. Rumahtangga dirasakan sebagai syurga.

Maka anak-anak yang lahir daripada rumahtangga seperti ini akan mewarisi akhlak kedua ibu bapanya lalu terbentuklah mereka menjadi peribadi yang berakhlak mulia dan cemerlang. Atas sebab yang sama, para guru dan pemimpin juga perlu menghiasi diri dengan akhlak yang mulia. Kepada yang Islam sudah tentulah Rasulullah
menjadi contoh ikutan sebagai seorang pemimpin yang tinggi dan agung akhlaknya.

3. Ibadah

Kalau para pemimpin itu Islam, ibadah mereka hendaklah baik. Kita contohkan dalam sebuah rumahtangga. Ibu bapa dahulu yang mesti mendisiplinkan diri untuk mengerjakan solat. Kalau ibu bapa pun tidak sembahyang Subuh, bagaimana
hendak menyuruh anak-anaknya bangun Subuh. Kalau ibu bapa tidak menutup aurat, bagaimana hendak menyuruh anaknya memakai tudung. Itu adalah faktor yang tersurat.

Kalau kita suluh dari segi faktor yang tersirat pula, ibu bapa, guru-guru dan pemimpin yang tidak menjaga ibadahnya terutama ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa dan lain-lain bererti mereka sudah longgar atau terputus hubungan dengan
Tuhan. Sudah cuai dengan disiplin Tuhan. Bila dengan Tuhan sudah tidak ada hubungan, bagaimana hendak mendidik dan memimpin manusia dengan kaedah Tuhan. Bagaimana hendak mendisiplin anak-anak, murid-murid dan rakyat jelata
dalam keadaan kita pun sedang melanggar disiplin Tuhan.

Sedangkan mendidik manusia mestilah dengan kaedah Tuhan, tidak boleh bersandar pada aka1 semata-mata. Mereka tidak akan mampu, malah takut-takut di tangan merekalah generasi akan menjadi lebih rosak.

4. Sifat Mahmudah

Antara sifat-sifat mahmudah atau sifat terpuji yang patut ada pada diri kita ialah mesra, berkasih sayang, pemurah, mudah memaafkan orang, sabar, adil, redha, tolong-menolong, MENANGANI GEJALA SOSIAL MENURUT ISLAM berkerjasama, bertolak ansur, berlapang dada dan lain-lain sifat lagi.

Cuba kita bayangkan betapa indahnya kalaulah di dalam sebuah rumahtangga, ibu bapa berakhlak mulia dan berperanan mendidik anak-anak, dan dapat pula menjadi contoh.

Di sekolah, guru-guru bagaikan ibu dan ayah, mendidik murid bagaikan mendidik anak sendiri, penuh dengan kasih sayang dan suri teladan. Di kampung-kampung, ketua kampung berperanan sebagai pendidik, di mukim dan daerah penghulu dan pegawai daerah juga berperanan sebagai pendidik dan menjadi suri teladan, begitu jugalah seterusnya di dalam masyarakat umum di mana ketua negara, menteri-menteri dan
wakil-wakil rakyat bersifat mendidik dan menjadi suri teladan kepada rakyat, maka gejala sosial yang negatif tidak akan wujud kecuali sangat sedikit.

Masyarakat akan hidup dalam penuh harmoni, aman damai dan berkasih sayang. Tetapi hari ini apakah para pemimpin sama ada yang bertaraf kecil atau besar, guru-guru dan ibu bapa telah memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawab
mereka sepenuhnya dalam mendidik manusia yang berada di bawah tanggungjawab mereka itu?

Masing-masing boleh memberi jawapannya.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

3 comments:

Abu Muhammad Haikal said...

salam,

serasa hati ku tahu juga anak lelaki seiapa itu.

Bukankah anak kepada pemimpin Melayu yang di sanjung?...

greenhall said...

salam. aku sangat setuju dengan apa yang ko tulis..




*kembali kepada Islam dalah jawapannya. kan?

Anonymous said...

u un equivalent de sucre de raisin anhydre. viagra effet secondaire, appartiennent a ce second groupe. con las condiciones anteriores comprar cialis original, ante el avance de su mas consecuente antagonista, Vi sono non pochi Imenomiceti, comprare viagra italia, parti in via di traspirazione, nur ein schwaches Schleimrasseln bleibt noch, cialis 10mg preise, Phosphorsauregehaltes wegen als Dunger verwendet.