Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, January 11, 2010

ALANGKAH BAIKNYA KALAU PM DIINGATKAN KEWAJIBAN UNTUK MENERAPKAN ISLAM.

بسم الله الرحمن الرحيم

Prof Dr Yusuf Al-Qardawi selaku Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1431 Hijrah sempat bertemu dengan Perdana Menteri selepas bertemu dengan Anwar Ibrahim dan Presiden PAS. Kesimpulan dari perjumpaan beliau dengan PM adalah antara lainnya beliau mengharapkan agar perpaduan umat Islam di Malaysia dapat dipertahankan. Ya, umat Islam wajib bersatu. Tetapi realitinya kini umat Islam di Malaysia bersatu atas asas acuan ashobiyyah yang 'dihadiahkan' oleh penjajah.

Seruan bersatu ini sepatutnya didasarkan atas asas aqidah Islam yang melangkaui sempadan negara bangsa, warna kulit, bahasa dan yang seumpamanya. Alangkah baiknya ketika Syeikh Yusuf Al-Qardawi yang berkesempatan bertemu dengan PM itu menyeru dan mengingatkan Najib akan kewajibannya menerapkan Islam dalam kehidupan
individu, masyarakat dan bernegara. Amat wajar jika Tokoh Maal Hijrah itu mengingatkan Najib bahawa sambutan yang diadakan setiap tahun itu sebenarnya tidak akan membawa apa-apa makna selagi mana sistem kufur peninggalan Lord Reid itu masih lagi diletakkan sebagai perlembagaan yang tertinggi mengatasi Al-Quran dan As-Sunnah.

Hijrah bermakna perpindahan dari Darul Kuffur kepada Darul Islam. Mana mungkin sambutan Maal Hijrah yang diraikan saban tahun membawa makna jika Darul Islam tidak muncul tiba bahkan sebaliknya Darul Kufur masih terus wujud sebagaimana hari ini. Semoga ada kebaikan bagi Najib yang menerima hadiah buku Fiqh Jihad dari Tokoh Maal Hijrah itu. Bagaimana Najib? - http://hembusan- amal.blogspot. com


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

1 comments:

Unknown said...

semakin lama memerintah,semakin banyak kekejaman yg berlaku...sedih..