Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, November 3, 2009

TARIKH PEMERIKSAAN WAJIB KERETA TUA

بسم الله الرحمن الرحيم

Tarikh pemeriksaan wajib kereta tua belum putus



KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) semalam menjelaskan tarikh pelaksanaan pemeriksaan mandatori bagi kenderaan penumpang persendirian berusia lebih 15 tahun bukan 1 Januari 2010 seperti dilaporkan.

Ketua Setiausahanya, Tan Sri Abdul Rahman Mamat, dalam satu kenyataan semalam berkata, tarikh pelaksanaan itu hanya akan diumumkan selepas Kementerian Pengangkutan menyiapkan pelan jangka panjang Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan (ELV). Abdul Rahman berkata, penyediaan pelan jangka panjang itu akan mengambil kira pandangan semua pihak melalui perbincangan bersama persatuan pengguna dan badan bukan kerajaan (NGO).

Miti merujuk kepada beberapa isu yang dibangkitkan orang ramai mengenai pemeriksaan mandatori tahunan sebagai syarat bagi pembaharuan cukai jalan untuk semua kenderaan berusia 15 tahun atau lebih dan pemansuhan secara berperingkat pengimportan alat ganti dan komponen terpakai di bawah Kajian Automotif Nasional yang diumumkan pada 28 Oktober 2009.

Abdul Rahman berkata, tujuan utama kerajaan memperkenalkan pemeriksaan mandatori tahunan itu adalah untuk memastikan setiap kenderaan adalah selamat dan sesuai digunakan serta tidak bermaksud kerajaan mahu melupuskan kenderaan berusia lebih 15 tahun. Katanya, kenderaan itu masih dibenarkan berada di jalan raya sekiranya lulus pemeriksaan keselamatan, malah sekarang pun, pemeriksaan seumpama sedang dilaksanakan bagi pertukaran hak milik kenderaan persendirian dan pembaharuan cukai jalan bagi kenderaan perdagangan.

Pada masa ini, ada 2.7 juta kenderaan penumpang melebihi usia 10 tahun, merangkumi 14.5 peratus daripada keseluruhan kenderaan berdaftar di negara ini.

"Berbanding Australia, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Indonesia, Thailand dan India, Malaysia mempunyai kadar pelupusan kenderaan lama yang rendah dan purata usia kenderaan yang tinggi," katanya.

Miti juga berkata, pemansuhan berperingkat pengimportan alat ganti dan komponen terpakai akan berkuat kuasa pada Jun 2011.
"Langkah ini hanya membabitkan alat ganti dan komponen terpakai yang diimport saja dan ini selaras dengan usaha jangka panjang kerajaan untuk tidak membenarkan lagi pengimportan produk automotif terpakai yang standardnya rendah dan tidak selamat," katanya. Bernama

Posted By SYuN to SYAMSYUN84


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.

6 comments:

anak muallaf said...

Salam bujang,
Itu statement KSU yang tak dak hati perut..Why he need to compare with US,Indonesia,South Korea and Thailand..Dia tak tau ka negara ni harga kereta murah..boleh tukar kereta selalu...Ada negara tu road tax pun tak perlu bayar..
Harga kereta di 1Malaysia hampir 200% mahal nak mampuih..

BUJANG SUSAH said...

hahahaha... tau xper kak... undilah BN... hehehhee

turr punya UMNGOK said...

mintak tan sri abdul rahman mamat yang bangang ni belikan kereta baru laa. Si bodoh ni kaya raya mana dia nak tahu susah orang kat bawah ni. babik betul la kerajaan malaysia ni!!!!

Cik Cookie said...

Cik Cookie pakai keta malaysia

deeja said...

salam....,hihihi..kereta tua bukan nyer tua...tapi dah nyayuk.mata pun dah tak nampak....kira2 nyer kuat jugak too....masih cun

BUJANG SUSAH said...

Cik cookie cuba tengok harga kereta malaysia yang dijual ke luar negara.. sila klik kat sini