Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, November 6, 2009

PASANGAN KEKASIH YANG RAJIN KE SURAU

بسم الله الرحمن الرحيم


SURAU lelaki di pusat beli-belah Mid Valley, Kuala Lumpur yang didakwa kerap berlaku kes kecurian membabitkan satu pasangan kekasih.

KUALA LUMPUR - Kepakaran pasangan 'tangan kilat' mencuri barang berharga jemaah ketika beribadat dalam surau di pusat beli-belah Mid Valley di sini tidak berpanjangan apabila mereka ditahan Khamis lalu. Pasangan kekasih masing-masing berusia 21 tahun dan merupakan operator pengeluaran sebuah kilang ditahan pada pukul 6 petang berhampiran surau itu sejurus mereka mencuri dompet milik seorang pelajar perempuan yang sedang menunaikan solat Asar di surau itu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, dengan tertangkapnya pasangan itu, polis yakin telah dapat menyelesaikan 23 kes kecurian di surau pusat beli-belah tersebut dalam tempoh sebulan lalu.

"Selepas menunaikan solat pada pukul 5.55 petang, pelajar itu menyedari dompet miliknya yang disimpan dalam beg tangan hilang sebelum dia membuat laporan di balai polis berhampiran," kata beliau di sini semalam. Menurut beliau, polis yang menjalankan siasatan telah menahan pasangan itu yang dilihat mencurigakan ketika berada berhampiran kawasan surau itu.

"Ketika ditahan, polis menemui lima buah telefon bimbit yang dipercayai dicuri daripada jemaah lain di surau sama pada hari tersebut," kata beliau.
--

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.

4 comments:

mamawana said...

Sudahnya Peringatan utk semua, brg2 berharga letak jer dlm kocek baju/seluar sewaktu solat kat pusat membelibelah. Jgn letak tepi sejadah sekalipun bleh dikebas org. Usahakanlah jaga brg2 sendiri, jgn mudah percaya dan terpedaya dgn wajah baik org asing di sekeliling kita. Hmmm...

Sohra Rusdi said...

pelajaran yangberharga nian salam ziarah

Guru Tajwid said...

Assalamualaikum,

Selain dari kurangnya kefahaman dan pengamalan agama, keadaan ekonomi yang semakin menekan sekarang ini saya rasa menjadi salah satu sebab kepada meningkatnya jenayah ini.

Saya rasa dengan semakin meningkatnya jenayah ini, pihak yang berwajib sepatutnya mengkaji apakah puncanya kadar jenayah semakin meningkat.

Jenayah tidak akan selesai tanpa kita cegah dari akarnya.

sejenakseketika said...

klo nk bercinta wat r cre brcinta....
ni wat kje len lak...
mgkn ade misi d sblik prcintaan mereka...
cthnyee klo dpt curi 100 wallet cinta mereka brkekalan hingga ke akhir hayat kot..wakakkakaka...