Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, October 21, 2009

NAK PUTIH MACAM JACKO

Bismillahirahmannirahim..

JOHOR BAHRU: Gara-gara ingin kelihatan menarik dan menawan hati kekasih, seorang remaja lelaki berkulit gelap sanggup menawarkan RM300,000 untuk kos memutihkan kulitnya sama seperti yang dilakukan raja pop dunia, Michael Jackson.

Bagaimanapun, hasrat remaja anak orang kaya itu untuk mengubah warna kulit hitam manisnya menjadi cerah ternyata tidak kesampaian kerana tawaran RM300,000 itu ditolak seorang doktor perubatan di sebuah klinik estetik.

Pengarah Perubatan Klinik Liposis dan Mediceutical, Dr Ungku Mohd Shahrin Mohd Zaman, 39, berkata kunjungan remaja berkenaan ke kliniknya dengan harapan luar biasa itu amat mengejutkan.

Menurutnya, remaja berkenaan bukan saja sanggup membayar sejumlah wang lumayan untuk menjalani rawatan pencerahan dan pemutihan kulit, malah sanggup menanggung sebarang risiko melakukannya.

“Remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu cuba menggunakan pengaruh wang yang dimiliki bapanya, seorang ahli perniagaan berjaya dan kaya-raya, bagi memastikan kami melakukan rawatan terhadapnya supaya dia memiliki kulit seperti Michael Jackson,” katanya.

Beliau berkata, alasan remaja berkenaan mahu melakukan rawatan itu kerana ingin mengambil hati kekasihnya selain dapat sepadan dengan kekasihnya yang berkulit cerah.

“Lebih mengejutkan, dia juga mahukan perubahan di seluruh badan itu dalam tempoh singkat bagi memastikan hubungan percintaan lebih kukuh dengan kekasihnya yang berketurunan Tionghua,” katanya.

Katanya, meskipun pihaknya berusaha menasihati remaja berkenaan untuk melupakan hasratnya, namun remaja itu tidak mempedulikannya dan tetap mahu meneruskan hasratnya.

“Kami memberi penjelasan kepada remaja berkenaan bahawa di klinik ini tidak dibenarkan menjalani rawatan seumpama itu kerana ia mungkin memerlukan penggunaan banyak bahan kimia yang boleh mengundang masalah kesihatan serius termasuk kanser kulit.

“Kami menasihati remaja itu supaya tidak merasa rendah diri dan hilang keyakinan selain mengamalkan gaya hidup sihat.

“Remaja itu terpaksa beredar dengan penuh kekecewaan,” katanya ketika ditemui di Klinik Liposis dan Mediceutical di Suite 23A-03, level 23A, City Square Office Tower di Jalan Wong Ah Fook di sini, semalam.

Dr Mohd Shahrin berkata, pihaknya kerap berdepan permintaan luar biasa sesetengah penduduk yang ingin mengubah penampilan mereka secara drastik.

Beliau berkata, hasrat itu sebenarnya berbahaya dan perlu dielakkan.

“Keinginan untuk tampil lebih menawan terutama di kalangan golongan bekerja semakin meningkat pada masa kini termasuk bagi mengatasi masalah kegemukan dan kulit muka bermasalah.

“Mereka perlu memastikan sesebuah klinik sudah didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan selain mengikut peraturan rawatan diamalkan itu,” katanya.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

4 comments:

BezBuddy said...

bersyukurla dgn pe yg kite ade....
sume ciptaan Allah tu dh memg cntik...xyah nk ubah2 dah

merah_s said...

1. begitu lah penangan CINTA, sanggup melakukan apa saja sehingga sanggup merubah apa yg telah diciptakan Allah pd dirinya..
2. Inilah feel manusia, tidak pernah puas dgn apa yg ada..
3. Perasaan rendah diri itu lahir krn tidak ada kesyukuran dlm diri..
4. keinginan yg meluap2 menyebabkan hati buta untuk menilai baik dan buruk perkara yg hendak dikerjakannya..

~~zAnAfAhMi~~ said...

salam....
jiwa remaja....begitu la kehendaknya, tak sabar. sedangkan kalau betul perempuan tu cintakan dia seikhlas hati, tak perlu pandang kulit yg hitam...

itulah bahana duit banyak!

fyena said...

sbb nk cinta sgup putihkn diri...klu dah pmpn tu suka walau hitam cm mana pun kita, dia akan trima kita seadanya....

lebih baik mencari pasangan yang memandang kecantikan dalaman dari yang memandang kecantikan dalaman~~~itu lebih ikhlas dan insyaAllah hubungan akan bertahan lama..