Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, October 30, 2009

MAHARAGU-RAGU

بسم الله الرحمن الرحيم



Hamba berjalan merentasi halaman ke satu halaman. Singgah sebentar ke satu halaman. Dari sudut politiknya hamba kenal benar akan panji2 yang tuan empunya blog ini julang. Namun atas dasar rasional dan ukuwah rasanya ia tidak menjadi satu masalah besar untuk hamba menimba ilmu.

Halaman blog ini dinamakan sebagai mahaguru58.blogspot.com. Seperti pada image di atas, tuan blog ini mengelarkan dirinya sebagai mahaguru. Image islamik dengan dahi lebam untuk menunjukkan kuatnya beliau sujud agaknya. Sedangkan pada zamannya Rasulullah dan para sahabat tidak semuanya mempunyai sejadah yang indah2 mcm kita sekarang ni. Seperti yang kita sedia maklum bumi arab adalah bumi yang gersang dengan hamparan terlebarnya adalah pasir dan batu2. Tidak hairanlah jika ada diantaranya yang kuat beramal akan ada tanda lebam di dahi mereka. Jika kita amati akan segala kelengkapan yang ada pada zaman ini dalam kita mengerjakan ibadah, contohnya : karpet atau sejadah dari baldu, timbul satu persoalan bagaimanakah bila kita kuat bersujud dahi kita boleh lebam ? Melainkanlah ada sejadah tapi sengaja xnak guna kemudian bersujud sambil menghentak2kan kepala pada lantai. Paling tidak pun sujud sambil mengosok2kan kepala mereka pada sejadah dgn sekuat hati. Hamba pun kurang pasti.. Nak tahu apa yang di maksudkan dgn tanda diwajah bagi mereka2 yang kuat beramal? Sila klick DISINI Wallahualam.. .

Berkenaan istilah "mahaguru" yang tuan punya blog ini gunakan. Istilah "Maha" itu membawa maksud "amat atau sangat". Artinya "mahaguru" membawa maksud "yang amat tinggi ilmunya".Hamba kurang arif namun ingin bertanya disini. Bolehkah kita gunakan istilah "maha" untuk manusia yang serba kekurangan ini? Bukankah istilah maha itu ditujukan untuk menunjukkan kebesarah Allah ? Adakah Rasulullah atau para sahabat juga ada mengunakan istilah ini? Adakah manusia itu setaraf dgn Allah ? Mengikut pendapat hamba yang cetek ilmunya ini, hanya ada segelintir umat manusia saja yang layak mengunakan "maha" ini. Salah satu darinya adalah Mahathir.. wallahualam.


Maha ragu-ragu bersama Hassan Ali.

Berbalik pada kisah perjalanan hamba tadi sebenarnya ada satu isu yang membuatkan hamba tertarik untuk terus membaca dalam blog "maharagu" ini. Isu ini berkenaan "Rahsia Kenapa ADUN Dan MP PAS Tak Lompat Parti".

Dalam artikalnya penuh kebanggaan dia ingin menunjukan bahawa dialah seorang yang amanah. Seorang yang kuat memegang janji dengan cara beberapa kali mengulangi perkataan yang sama, baik didalam entri mahupun jawapan dari komen2 para pengunjung. Malah pada pandangan hamba, maharagu sengaja membuat artikal itu atas satu tujuan yang boleh dianggap sebagai untuk memecah belahkan serta merenggangkan siratulrahum antara individu dgn individu lain itu sendiri dengan menyelitkan unsur2 fitnah. (jika anda belajar agama anda tahu apa yang dimaksudkan dgn "fitnah" ). Apakah maksud sebenar maharagu ini ? Biar dia sendiri yang jawab dihadapan Rabbul Jalil nanti. Mungkin sahabat kita ni terlupa akan hadis berkenaan namimah ni.

Alquran dan hadis dengan tegas mengutuk pelaku namimah. ''Celakalah bagi setiap orang yang suka mengadu domba dan mencela.'' (Q. S. 104: 1). ''Tidak akan masuk surga,'' kata Nabi SAW, ''orang yang suka mengadu domba.'' (H.R. Bukhari Muslim). Wallahualam.

Lanjutan dari sini dia mempersoalkan berkenaan "bai'ah" yang dilakukan dalam seseorang itu bila dipilih untuk dipercalonkan untuk mewakili PAS di setiap pilihanraya. Hamba pun bukan pandai, apatah lagi untuk mengatakan org lain x berilmu. Namun pandangan hamba, jika tidak berilmu, bertanya dan belajarlah. Jangan mengeluarkan fatwa dangkal mengikut rasa hati yang akhirnya menunjukkan diri tu x pandai dan tiada ilmu. Ilmu letaknya bukan di dahi yang hitam legam serta lebam. Juga bukan pada jelingan yang x menggoda itu. Nak belajar berkenaan bai'ah ? Sila klick DISINI juga DISINI

Korang nak baca apa yang maharagu ni tulis boleh klick DISINI


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.

19 comments:

anak muallaf said...

salam bujang,
kak leha nak copy ya..akak dah baca blognya..lps lunch baru nak start posting tapi tengok bujang dah buat mohon copy paste..ya ampuuuunnn...

BUJANG SUSAH said...

salam kak.. amik la kak..

Mak Su said...

salam ziarah... lompat-lompat blog, terlanding di sini, salam kenal ya bujang susah :)

ijoks2009 said...

Salam,Mahaguru Muslim apanye kalau dah berkawan dengan parpukari dan gomo yg tak ada akhlak tu.

Anonymous said...

pemfitnah paling kuat mahaguru laknat ni......dpt rejam dia smpai mati bagus ni.....nate babi.....

turr punya UMNGOK said...

MAHARAGU PENYAPU...!!! muka pun dah macam penyapu. bodoh nak mampos. kunun alim rupanya bebal nak mampos.

Cik Cookie said...

Cik Cookie tumpang baca je bang.

BUJANG SUSAH said...

baca laa..

Anonymous said...

kenape le pakcik tu,kok ye pun jgn le guna nama 'maha'tu, memang tak sesuai langsung.pakcik tu tak pike ke bertapa kerdil nye dia utk guna 'maha' tu.tak sekolah ke??dah tu buat fitnah lak tu..tanda hitam kt dahi tu tanda alim ke nak tumbuh tanduk..????

seriseroja said...

salam bujang,

lazimnya orang berilmu tidak mendabik dada menggelar diri mahaguru..
seperti orang senang lebih suka merendah mengatakan dirinya susah..
new nick yg encik senang bagi nyata lebih sesuai - maharagu mahagaru..

becce_lawo said...

semoga di tunjukkan jalan yang lurus oleh Sang Maha Penunjuk Jalan...

turr punya UMNGOK said...

oooo maharagu garu ni kuuuuturunan mamak rupanya. lidah bercabang belit kuat punya. kuturunan mamak memang laanat. sekapal dengan zamry, azeez dan parpukari. ho ho ho ho ho... BODOH PUNYA MAHARAGUGARU...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Mungkin inilah seperti yang Rasulullah katakan.

Pada akhir zaman nanti ramai umat manusia yang kita lihat didunianya dia adalah ahli syurga. tapi sebenarnya dia adalah ahli neraka.

Werdah said...

Salam Bujang,

Apa yg kak faham MAHA tu ialah yg satu2nya tidak dua tidak 3 dstrusnya.. makna kalau Allah Maha Mengetahui.. maksudnya hanya Allah saja yg Mengetahui tidak makhluk lainnya.. dstnya dstnya..

BUJANG SUSAH said...

salam kak... ermmm ntah la kak.. manusia akhir zaman.

Anonymous said...

salam
saya ni tak ngaji,setahunya ,mahaguru tkan mahu mengaku diri mahaguru.....yang mengaku tu adalah orang yang tidak cerdik...pasai menampakan kesombongan,kebodohan diri yang dicipta sendiri . mengakulah bahawa yang selayaknya maha adalah untuk allah dengan sifat sifatnya,maha menjadikan dari tiada kepada ada,kita adalah hamba allah yang tiada upaya melainkan dengan kehendak allah

Anonymous said...

keturunan mamak. banyak bulu. orang kata kalau banyak bulu ni keturunan raja.




RAJA BEROK....!!!!!!
RAJA BABUN...!!!!
kah..kah..kah..kah..kah...

MOBYDICK said...

Salam kak,adik nak mintak keizinan nak link blog akak kat blog saya @mobydick

MOBYDICK said...

kurang sopan sedara nih!!!!!!!