Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, October 31, 2009

KISAH IBU YANG BERDENDAM TERHADAP MENANTUNYA

بسم الله الرحمن الرحيم

Ibu, Anak Dan Menantu

Suzana (nama sebenar)dan razman(nama sebenar) adalah pasangan yang paling bahagia dari sejak zaman sekolah..mereka sering kelihatan bersama di kantin, di dlm kelas mahupun waktu belajar di luar kelas... Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuah U swasta yg terletak di sekitar kuala lumpur... mereka bagaikan belangkas yang x dapat di pisahkan lagi........ .tetapi dalam setiap percintaan mesti ada dugaan nya.. ‘

Salmah seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya supaya mengikuti sgala kehendak nya.. Salmah adalah ibu kpd Suzana.

Pada suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar dgn seorang lelaki iaitu Razman. Dia mendengar khabar itu drpd jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sgt marah terhadap Razman & mnyimpan dendam terhadap Razman.. Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U itu........dengan niat utk memisahkan mereka.

Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dgn rombongan meminangnya ke rumah Suzana. Ibu nya terpaksa akur dgn perhubungan percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman.

Setelah setahun berlalu mereka pan di ijab qabul kan ...... Mereka berdua bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman...... tapi malang telah menimpa mereka......

Razman dan Suzana telah mendapat kemalangan semasa dalam perjalanan ke Pulau Tioman. Salmah bertambah marah kerana kemalangan itu menyebabkan muka Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit muka nya tersiat. Malah meninggalkan kesan yang amat menakutkan..

Sejak kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu membuak2. Razman berasa kecewa akan sikap Ibu mertuanya... tambahan mengetahui berita tentang wajah anaknya akan menjadi cacat seumur hidup.

Razman cuba utk memperbaiki keadaan..... ...Razman bertemu dengan doktor bagi merawat muka isterinya dengan cara mendermakan kulitnya. Perkara ini Razman telah memohon agar doktor berjanji akan tidak menceritakan kepada isteri dan ibu mertuanya.

Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu gembira melihat perkembangan muka anaknya dan memeluk cium muka anaknya. Namun dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam. Doktor tersenyum melihat kegembiraan Suzana dan ibunya.

Salmah bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan yang sanggup mendermakan kulit untuk pembedahan muka anaknya. Doktor terdiam seketika lalu menjawab.... ..penderma tersebut menyuruh saya agar tidak memberitahu akan identitinya kepada puan. Salmah akur dan kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut dan mencium muka anaknya berkali-kali.

............ ......... ....

Sebenarnya Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah mendermakan kulit punggungnya untuk pembedahan muka isteri kesayangannya. Cuba lah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah (ibu mertuanya) tahu yang pipi anaknya di cium berkali-kalai itu adalah kulit punggung menantunya yang dibenci. Macamana erkkk reaksi ibu mertua

*HAHAHAHAHA

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.

9 comments:

Cik Cookie said...

lawak gila wehh.
st time bc entry abg bujang ada lawak cam gini.

anak muallaf said...

sepatutnya di beritahu..biar ego seorang ibu yang angkuh dan bodoh sombong itu dididik secara psokologi..dah banyak kes begini berlaku dalam masyarakat hari ini..anak yg di hina dicaci..akhirnya anak itulah yg akan menjaga ibu ini dihari tuanya..Ya Allah jadikan kami ibu yang berlapang dada terhadap anak menantu kami yang akan datang...

ijoks2009 said...

Terkena aku kalini,
Mula-mula ingatkan cerita sedih mcm kisah "ibu mertuaku"
rupanya cerita lawak.kita kena tipu,ha ha ha.
Yg doktor pun satu hal ade ke kulit punggung letak kat muka.
ha ha ha ha.lawak lawak.

BUJANG SUSAH said...

cik cookie yang x perasan kot.. cuba tengok kat label "lawak" pada sidebar blog ni.

Kak... saya nak jadi menantu leh?

Ijoks... bila nak kawin ni...? hehehhe..

Cikgu Jang .. said...

baler awok, cerite ni memang ade daya penariknya.....kelakar...hehehe

ijoks2009 said...

Terkena lagi,adoi...
Sifu la dulu,mana boleh langkah bendul.ha ha ha.
Saya ni sama macm sifu juga la.bujang susah..

BUJANG SUSAH said...

alaa ijoks... cari la org yg nak kat kita seadanya. Mcm Rasulullah kata "Sebaik2 wanita adalah yang maharnya (hantaran atau maskhawin jika di kelantan)rendah.

Memang susah nak cari yg mcm tu pada masa sekarang ni. Tp yakinlah pada Allah akan ketentuanNya. InsyaAllah ada la tu nnt.

Saya jika tiada aral melintang ni antara bulan 2 atau bulan 3 ni kot nikah. masih dalam perbincangan berkenaan tarikh ni. InsyaAllah.. dpt orang limbang sarawak. Dah confirm tarikhnya nnt sy postingkan E-card jemputan buat semua sahabat. insyaAllah.

bellar0ssa said...

muahahaha.cet...puas den dok mnghayati cite neh...sengal sunggoh..tp siyes lawak la..

bule said...

mengapa harus pelihara dendam macam cite tu,anak telah berkahwin dapatkan suami soleh,patutnya macam bangga senang maknya pada menantunya tu,napa pulak macam mak sihir,mantu laki anak pulak lah,ia wajib bakti bagi ibunya,sebaik ibu kandung juga ibu istri.