Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, August 11, 2009

WANITA PERLU WASPADA

Bismillahirahmannirahim..
PERISTIWA seorang remaja perempuan yang menghuni sebuah rumah anak yatim di Marang mendakwa dirogol lelaki yang baru dikenali selepas menerima pelawaan untuk menginap di sebuah hotel murah amat perlu dipandang serius oleh remaja perempuan lain.

Ia boleh dijadikan pengajaran kepada remaja perempuan lain untuk lebih berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan ajakan orang lain terutamanya lelaki. Apabila sesuatu perkara buruk berlaku akibat dari diperdaya, kesan dan trauma yang berpanjangan kepada mangsa dan juga terhadap keluarga mangsa terutama dalam menjalankan tugas perkembangannya sebagai seorang wanita boleh berlaku.

Nasib bertambah malang apabila wanita diperdaya untuk melakukan jenayah seperti yang banyak berlaku kepada wanita yang ditangkap menjadi ejen sindiket pengedaran dadah. Banyak kejadian berlaku di mana wanita negara ini ditahan kerana menjadi ejen sindiket pengedaran dadah peringkat antarabangsa hanya kerana sikap mudah terpedaya dengan pujuk rayu pihak yang mengambil kesempatan.

Banyak kejadian yang membabitkan mangsa rogol dan bunuh di kalangan wanita bermula dari sikap mudah terpedaya dengan ajakan dan pujuk rayu pihak yang ingin mengambil kesempatan. Sikap mudah mempercayai orang lain sering kali digunakan sebagai senjata untuk melakukan perkara tidak baik. Adalah lebih baik untuk mempunyai sikap wasangka dan syak terhadap individu yang baru dikenali untuk mengelak diri dari terpedaya.

Sikap terlalu mudah meletakkan kepercayaan kepada orang yang baru dikenali sering mengundang padah. Kejadian buruk tidak akan berlaku sekiranya tidak ada pihak yang mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain, terutama golongan yang lemah yang memerlukan bantuan. Remaja perempuan yang menghadapi sebarang masalah boleh menghubungi pihak yang berkuasa serta ahli keluarga dan pihak yang sememangnya boleh dipercayai dan biasa dikenali. Mereka boleh menghubungi polis jika menghadapi sebarang masalah seperti kehilangan dompet atau kehabisan wang di tengah perjalanan.

Rogol bukan saja dilakukan oleh orang tidak dikenali. Justeru, wanita juga perlu berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan pujuk rayu orang yang dikenali. Kesan rogol adalah trauma. Mangsa rogol secara psikologinya terpaksa menderita seorang diri atau mungkin berasa 'kotor' ataupun berasa dia yang bersalah. Rogol juga boleh mengakibatkan kecederaan fizikal yang serius, termasuk juga kehamilan, dan jangkitan penyakit sebaran seksual. Kesan paling biasa pada mangsa rogol adalah kesan psikologi. Bantuan secara psikologi perlu diberikan kepada mangsa rogol.


DR SAPORA SIPON,
Universiti Sains Islam
Malaysia (USIM),
Nilai,
Negeri Sembilan.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

8 comments:

cahaya malam said...

salam..

jika kita sayangkan kebun mahupun ladang kita,

pasti kita pagarkan dengan kawat duri,samapai ada yang letak parit bagi mengelakan di makan dan diganggu binatang buas.

jika kita sayangkan negara kita?

pagarlah dengan politik islam,
dipayung syiar islam,ditunjangi syariat islam, untuk apa?
bagi mengelakn gejala sosial,dan pelbagai sifat2 mazmumah meresap ke dalam masyarakat kita.

jika tidak?

inilah hasilnya,
lelaki dan wanita sama-sama bersalah..

taubatlah..

;)

*bujang susah..
ada iklan baek untuk dilihat,
insyAllah tak mudharat.

datang lah..;)

salam.

galeri photo said...

Info yang bagus. Terima kasih karena Anda telah mengingatkan kami kaum wanita.

stones said...

salam bujang ....tanya soalan banyak ni.aku try edit read more kat blog aku hancus silap teknik macam mana nak setell kan balik jadi normal aku punyak blog..memang susah jadinya..

syahbandar87 said...

lelaki yg br dikenali mmg kne jg2,,tp tula walaupun x semua tp still de lg perempuan yg terlampau percayakan laki..maybe ats dasar sayang@lelaki tu boleh melindungi mereka kut..ak de kata2 yg ak pun x tau dpt dr mane..sj just nk kongsi nga bujang susah and pembace..tp nk ckp betul x jgk.nk ckp x betul pun x jgk.so ak just sokong 50% jerk ..50%lg ak x sokong la.hehe..pepatahnye cani

"perempuan ibarat kain putih..lelaki la yg mencorakkannya"..klu laki tu kurang baek,sme jgk la nga perempuan tu..agak2 ko sokong berape peratus pepatah ni wahai sahabatku.hehe

BUJANG SUSAH said...

Hehehe.. apa yg ko dah buat tu stone... ada ym x? klau ada ko ym aku jer.. nnt aku ajarkan mcmana nak kembalikan pada asal semula.. xper.. kita kena belajar dari kesilapan.. bila kita dan tau kita silap lain kali kita x kan ulangi kesilapan yg sama untuk kali yg kedua dan seterusnya. Org yg x melakukan kesilapan adalah org yg xpernah berusaha untuk memajukan dirinya.. wallahualam.

BUJANG SUSAH said...

geleri photo.. terima kasih melawat blog saya..

BUJANG SUSAH said...

Rasanya x sokong langsung.. Sbb perempuan atau lelaki, iman dan agama yg mencorakkannya.. x kira lelaki atau perempuan jika tersasar dari iman, akan hanyut entah kemana.. Rasulullah bersabda.. "Dua perkara yg aku tinggalkan dan kita kamu berpegang kepadanya, xkan kamu sesat didunia maupun akhirat.. iaitu al-quran dan hadis". Wallahualam..

maaf yer syahbandar sbb x sokong.. hehehe.. sbb rasa x betul mcmana nak sokong... i luv u full... hehehe

Hamiza said...

pada sy...yg penting didikan awal dr rumah..kalau cara didikan tu betul tentu gadis skrg x kn mudah nk percaya lelaki or mudah terpedaya..yg pertama sekali didikan agama...insyaallah diri kita akan selamat dunia akhirat...sayangi diri jaga maruah keluarga..