Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, July 24, 2009

SAIFUL GILA MEROYAN GARA2 TAKUT HILANG HABUAN


Hari ini maka bermula kembali isu mendebarkan rakyat iaitu, kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkmah Tinggi Kuala Lumpur. Anwar bakal mendengar apakah mahkamah membenarkan permohonannya untuk menggugurkan kes sebelum perbicaraan sebenar dijalankan. Semua ini bakal terjawab selepas prosiding bermula petang ini. Namun sesuatu yang amat melucukan ialah, dalam kegelisahan sebahagian besar rakyat Malaysia yang cintakan keadilan untuk melihat kes ini tiba-tiba "mangsa liwat" Saiful Bukhari Azlan tiba-tiba merasa gelisah pula. Dalam posting terbaru dalam blognya hari ini, beliau dengan jelas amat kecewa dengan tindakan Anwar Ibrahim yang kononnya bermati-matian untuk berjuang bagi menegakkan keadilan terhadap mendiang Teoh Beng Hock. Sedangkan dirinya yang teraniya tidak dipertahankankan. Menurut Saiful keadilan dan usaha mencari kebenaran tentang apa yang berlaku kepada mendiang Teoh memang perlu dan wajib dilakukan. Ia bukan sahaja untuk kes mendiang Teoh, malah yang lain juga. Diharap, dengan tertubuhnya Suruhanjaya Di Raja dan Inkues baru-baru ini, semua pihak dapat mengetahui kebenaran yang sebenar kelak.

"Seperti diduga, dalam kekalutan kes mendiang Teoh ini, tertuduh (Anwar Ibrahim) mahu menjadi juara memperjuangkan keadilan dan kebenaran untuk mendiang. Namun, pada hemat saya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak untuk bercakap soal keadilan dan kebenaran untuk mendiang Teoh kerana dalam masa yang sama, beliau cuba untuk menafikan hak saya sebagai pengadu/saksi utama untuk memberi keterangan(bersuara) di Mahkamah" katanya. Menurut Saiful lagi, beliau bukannya mahu mencampuri urusan dan keputusan mahkamah. Namun katanya, apa yang dilakukan ialah dia mempersoalkan tindakan Anwar menfailkan permohonan bagu menggugurkan kes tersebut bulan lalu. "Adakan layak tertuduh (Anwar) digelar pejuang Keadilan dengan tindakannya itu?" Janganlah apabila nasib yang sama(mati) terjadi pada saya seperti apa yang berlaku pada mendiang Teoh, barulah masing-masing kelam-kabut mahu mencari kebenaran. Ketika itu, bak kata pepatah, nasi sudah menjadi bubur. Peranan kami sama, iaitu sebagai Saksi Utama, cuma saya juga adalah pengadu dan skop kes kami berbeza" tambahnya.

Daripada kenyataan mamat Saiful ini, jelas sekali beliau amat gusar sekiranya kesnya dibatalkan. Mungkin kerana, jika ia terbatal bermakna beliau sendiri tidak akan dapat bagi habuan yang dijanjikan oleh pihak-pihak berkenaan. Lantaran itulah Saiful perlu merayu dan merintih agar kes itu diteruskan, kerana beliau tahu kemenangan akan berpihak kepadanya. Ini berasaskan kepada keputusan mahkamah untuk meneruskan kes biarpun Saiful disahkan oleh empat orang doktor bahawa beliau tidak diliwat oleh sesiapa. Maknanya "tidak berlaku sebarang tusukan atau kemasukan z**ar Anwar ke dalam dubur Saiful seperti yang dilaporkan". Apa lagi yang mahu dirintih oleh Saiful agaknya, melainkan kerana ganjaran kemewahan yang bakal diterima. Oleh itu, beliau mahu menyamakan perjuangan mempertahankan kes Teoh Beng Hock harus dilakukan terhadap dirinya pula. Saiful "buta mata" agaknya !! Kes Teoh ialah "Kisah Benar" dan ia berlaku didepan mata rakyat. Tetapi "Kes Liwat" beliau sebenarnya adalah "Khayalan" semata-mata, bahkan ia tidak berlaku didepan empat orang saksi yang sepatutnya. Bahkan sudah ada laporan perubatan yang mengatakan dia masih "Suci Dalam Debu". Soalnya kenapa Saifu nampak begitu "gila meroyan" mahu kes yang tidak masuk dek akal ini diteruskan? Bukankah ada "sesuatu yang menanti" beliau jika ia diteruskan kelak. Barangkali pihak terbabit mahu konspirasi ini berjaya dan Anwar harus dihumbankan ke Penjara Sg.Buloh, barulah habuan dikeluarkan sepenuhnya untuk Saiful. Jika ini gagal, maka Saiful akan kempunan dan ketandusan buat selamanya. Bahkan, kelibatnya juga sudah pasti akan "dicemuh dan dihina" oleh sekalian rakyat yang boleh membaca perjalanan kes ini.

[Inilah yang dikatakan takdir sebenarnya. Terkadang kita agak hairan dengan apa yang berlaku terhadap Saiful. Sudah terang lagi bersuluh beliau disahkan masih "suci dan teruna" berdasarkan laporan perubatan hospital, tetapi kenapalah dia masih mahu memalukan dirinya dengan menjaja "cerita katun liwat" ini agaknya?. Apakah beliau terfikir, rakyat akan memperjuangkan nasibnya itu?. Menyamakan dirinya sebagai saksi seperti Teoh Beng Hock sebenarnya "menjatuhkan maruah" beliau itu sendiri. Teoh memang saksi, tetapi Saiful bukan saksi kerana dia mengaku jadi mangsa. Jika beliau saksi, siapakah pula yang menjadi mangsa?. Saiful kini semakin bercelaru dengan perbuatan sendiri. Namun, nantikan sahaja apakah keputusan yang bakal dibuat oleh mahkamah hari ini. Sama-samalah kita doakan agar sinar harapan baru bakal tercipta jua akhirnya].

(CF - Pahang Daily Online)

1 comments:

BUJANG SUSAH said...

Lupa laa... apa cerita kes saman saipul pada pahang daily.. sonyap jo... wakakakkaa... dah terperasan diri buat kerja bodoh la tu...