Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.
Saturday, July 25, 2009
YAHUDI MASUK MASJIDIL AQSA
REMAJA Palestin melaungkan slogan anti Israel ketika berhimpun di depan Masjid Kubah Batu bertentangan Masjidil Aqsa, baru-baru ini
Rejim Zionis rancang bina semula kuil di tanah suci ketiga Islam
BAITULMAQDIS: Polis Israel membenarkan 45 rakyat Israel memasuki kawasan Masjid Al-Aqsa, tanah suci ketiga Islam, dalam apa yang disifatkan rakyat Palestin sebagai satu cubaan untuk menimbulkan kemarahan ummah.
Kumpulan penduduk Yahudi terbabit melawat kawasan berkenaan sempena bulan kesembilan dalam kalendar Yahudi dipanggil 'Av', bagi memperingati kemusnahan kuil Yahudi pertama dan kedua, yang dikatakan di bawah Masjid Al-Aqsa.
Masjidil Aqsa terletak bertentangan Masjid Kubah Batu iaitu lokasi Nabi Muhammad diangkat ke langit dalam peristiwa Perjalanan Malam (Israq Mikraj).
Masjid Kubah Batu yang disebut juga sebagai Masjid Omar adalah kawasan yang disifatkan sebagai maruah rakyat Palestin.
Ia amat sensitif berikutan kumpulan pelampau Yahudi mahu memusnahkan masjid yang ada pada masa ini dan membina 'Kuil Ketiga'.
Pengarah pejabat Waqf Islam di Baitulmaqdis, Sheikh Azzam Al-Khatib berkata, polis Israel turut mengiringi penduduk Yahudi terbabit dan melindungi mereka.
SEORANG wanita Palestin duduk di rumahnya sebagai memprotes rancangan Israel menempatkan penduduk Yahudi di kawasan Sheikh Jarrah, timur Baitulmaqdis.
Beliau memberitahu, kumpulan penduduk Yahudi itu berada dalam kumpulan antara 12 hingga 15 orang. Tiada pergaduhan meletus setakat ini.
Sabtu lalu, Azzam dipetik sebagai berkata: "Jangan harap orang Yahudi akan dapat bina kuil mereka di tanah suci al-Aqsa. Ia tidak akan berlaku. Mereka hanya bermimpi di siang hari jika menganggap orang Islam akan lepaskan masjidil Aqsa."
Kata-katanya disambut jeritan dan tepukan gemuruh beribu-ribu kanak-kanak Arab yang berada di sekitar masjid itu bagi menyambut pesta tahunan Dana Kanak-kanak Al-Aqsa.
Selasa lalu pula, kumpulan sayap kanan Israel berarak di Baitulmaqdis berhampiran kawasan al-Aqsa. Polis menutup jalan Al-Wad bagi melindungi mereka dan memudahkan demonstrasi terbabit. Pemilik kedai Palestin juga diarahkan menutup perniagaan mereka pada 6 petang.
Ada rakyat Israel menyerang penduduk Palestin dan harta benda mereka berhampiran sekolah perempuan Silwan dekat Pintu Mughrebi yang menjadi laluan ke al-Aqsa. Enam warga Palestin cedera dalam kejadian itu.
Perkembangan di Aqsa menyusuli tindakan kerajaan Israel membuang perkataan 'bencana' atau 'al-Nakba' dalam buku teksnya yang digunakan kanak-kanak Arab.
'Al-nakba' merujuk pembentukan negara Israel pada 1948 sekali gus menandakan permulaan penjajahan Yahudi tanah Palestin. Agensi
BS: Kat Malaysia, Zahid hamidi yg mengaku islam relax jer bermuqabalah dgn ehud barak tanpa sedikitpun rasa bersalah. Pengkhinat Agama...!!!!!
0 comments:
Post a Comment