Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, December 6, 2010

TOYOL DAH KENA TANGKAP?

بسم الله الرحمن الرحيم

Khir Toyo didakwa atas tuduhan rasuah



Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan rasuah. Kedua-duanya tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut. Khir Toyo, 45, didakwa berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Seksyen 7, Shah Alam.

Beliau mengaku tidak bersalah ketika tuduhan itu dibaca di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

khir toyo mansion 060709 06Khir Toyo didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

ADUN Sungai Panjang merangkap Ketua Pembangkang DUN Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Shamsuddin didakwa di bawah akta yang sama serta satu tuduhan tambahan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat dengan Khir Toyo. Pendakwaan dijalankan oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang dibantu Ketua Unit Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah.


Istana toyol

Azhanis menetapkan ikatjamin sebanyak RM750,000 tiap seorang. Khir Toyo diwakili peguam M Athimulan dan Mohd Afifuddin Hafifi. Beliau menjadi menteri besar Selangor ke-13 dari Ogos 2000 hingga Februari 2008.

Sebelum itu, SPRM menahan Khir Toyo ditahan di pejabatnya di Shah Alam kira-kira jam 9 pagi tadi sebelum dibawa ke mahkamah. Difahamkan kedua-duanya disoalsiasat pagi ini di ibupejabat SPRM Selangor di Wisma PKPS di Shah Alam.

Ketua pendakwaraya SPRM, Abdul Razak Musa tiba di mahkamah kira-kira jam 11.10 pagi dan terus menuju ke kamar DPP. Khir Toyo pula tiba kira-kira jam 11.25 pagi. SPRM telah menyiasat kes tersebut ekoran dakwaan yang dibuat oleh ADUN Sekincan, Ng Suee Lim.

Ng mendakwa hartanah seluas 50,000 kaki persegi itu dibina pada anggaran kos RM20 juta, manakala tanah itu dibeli dengan harga RM3.8 juta. Khir Toyo telah menafikan dakwaan tersebut, dengan mengatakan beliau membeli rumah dan tanah tersebut pada harga RM4 juta. - Malaysiakini

Note: Kah..kah..kah..kah.. berpeluh dahi youuuu... Mamat ni la yang menerajui SSDE (Selamatkan Selangor Darul Ehsan) Dengan bantuan blogger-blogger sengal mereka dan pencacai-pencacai pengangkat najisnya yang dungu yang berusaha dan ingin merampas kembali selangor secara kudeta. Kah..kah..kah..kah...Rupanya si toyol nilah yang selama ni rembat harta rakyat selangor. Kah..kah..kah..kah... Namun kerana Toyol ni adalah orang BN jadi aku tak berapa hairan kalau dia terlepas dari kes ini. Orang BN ni segala kesnya bukan bergantung pada Hakim di mahkamah tetapi bergantung kepada pucuk pimpinan. Senang cerita kalau najib suka kat toyol, najib akan angkat kening dengan hakim dan hakim akan membuat keputusan toyol tidak bersalah. Kalau najib memang dah tak suka si toyol ni, najib akan angguk kat hakim dan pandai-pandailah si toyol ni macam mana nak hidup sendiri.. Kah..kah..kah..kah..


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

2 comments:

opisboi said...

yg cabut gigi dgn si anak siTOYO ni ramai spt TOKEY2 bABI, TOKEY Balak, TOKEY PASIR HARAM, TOKEY RUMAH satu batang satu juta, 24 batang 24 juta, kalau beribu2 batang beribu2 juta. skrng tokey babi dll tokey dah tak cabut gigi lagi dgn anak siTOYO pasai ubat bius dia dah tak power.

PUPPETS said...

FUHHH RM750,000.00...... NILAINYER BLEH BUAT AKU TERKEBIL-KEBIL KALU DISURUH MENGIRA DENGAN NOT SERINGGIT... TP PADA DIA.... ISHH TAKAT WAT BAYAR IKAT JAMIN JER....