Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, December 11, 2010

KOMISYEN DIUTAMAKAN RAKYAT DIBEBANKAN KENAIKKAN HARGA BARANG

بسم الله الرحمن الرحيم

Kementerian Pertahanan berbelanja sakan



Di sebalik usaha kerajaan cuba mendapatkan RM1 bilion hasil daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang cuba diperkenalkan dan keputusan mereka menarik balik subsidi ke atas barangan perlu seperti minyak, makanan dan barangan keperluan lain, bagi menjimatkan RM700 juta, namun Kementerian Pertahanan dengan bangganya mengumumkan pada 19 April lalu bahawa kontark RM10.4 bilion akan dimeterai.

azlanTindakan berkenaan bagi memodenkan angkatan tentera dan keselamatan negara selaras dengan Rancangan Malaysia Kesembilan.

“Kerajaan telah peruntukkan RM21 bilion atau 10.6 peratus daripada perbelanjaan pembangunan untuk tujuan berkenaan,” umum Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, perjanjian itu bagi mengganti kereta kebal, kapal penyokong pelbagai-guna, jet pejuang dan kapal peronda generasi terbaru.

Semua perbelanjaan itu dijangka diluluskan di Parlimen tanpa banyak perbahasan kerana sebahagian besar maklumat berkenaan akan dianggap rahsia dan memudaratkan keselamatan negara jika terdedah.

Kebimbangan berikut adalah antara perkara yang dibincangkan pada forum sempena pelancaran buku 'Questioning Arms Spending in Malaysia' tulisan pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Kua Kia Soong.

Ia turut dihadiri badan antarabangsa International Physicians for the Prevention of Nuclear War (IPPNW), Datuk Dr Ronald McCoy, ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dan wakil NGO 'Food Not Bombs' Yuu Han.

McCoy pada forum ini berkata Malaysia memerlukan pelbagai transformasi bagi membolehkan perubahaan ke arah yang lebih baik dilakukan.

"Kerajaan ini telah memerintah selama 53 tahun, terlalu lama berkuasa. Semua polisi dilakukan untuk memenuhi agenda. Sebagai contoh, birokrasi digunakan sebagai alat oleh Umno.

"Saya tak nampak kita boleh mengubah semua ini tanpa pertukaran kerajaan." katanya kepada TV Selangor.

Kua dalam bukunya dilancarkan ini mendedahkan mengenai cara negara membelanjakan berbillion ringgit saban tahun bagi menambah kekuatan tentera dan membeli pelbagai senjata dan kenderaan baru.

Katanya, perbelanjaan ketenteraan Malaysia mencetuskan banyak kontroversi seperti pembelian kapal selam Scorpene, skandal kehilangan enjin jet F-5E di Sungai Besi dan pelbagai lagi ketirisan.

Tulisnya betapa 'perlumbaan senjata' antara Malaysia, Singapura, Indonesia di rantau ini mengundang kepada trend kerajaan membelanjakan wang yang banyak setiap tahun atas alasan 'memodenkan' pasukan tentera.

Menurut Kua, rantau Asia Tenggara merupakan satu-satunya rantau di dunia ini yang menyaksikan peningkatan lebih 10 peratus dalam bajet ketenteraan mereka selepas Perang Dingin.

Sivarasa dalam forum itu turut menyatakan betapa Umno sebenarnya tiada Polisi Pertahanan Negara dan ia tidak pernah dibincangkan di Dewan Rakyat.

Malah, katanaya negara juga tiada mempunyai Jawatankuasa Pertahanan Negara di Parlimen dan ia hanya dikawal penuh oleh Menteri Pertahanan.

Beliau turut menceritakan kisah ahli parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed ditempelak rakan sejawatan dari Indonesia kerana mengeluarkan kenyataan bahawa pertahanan negara tidak penting.

"Dalam perjumpaan dengan ahli parlimen Asean dulu, beliau (Jazlan) mengatakan Malaysia tiada Jawatankuasa Parlimen dalam hal pertahanan negara kerana negara rasa ia tidak penting. Saya tak perlu bercakap apa-apa," katanya.

Malah Sivarasa sekali lagi memberi contoh perbelanjaan kerajaan yang tampak hanya menguntungkan orang tertentu tanpa mengira nilai sebenar sesuatu peralatan itu.

Menurut Sivarasa, angkatan tentera telah mengeluarkan sebanyak RM 8 billion bagi membeli 250 kenderaan pengangkut anggota (APC) pada harga RM 31 juta setiap satu dari syarikat kroni sedangkan harga pasaran adalah jauh nlebih rendah.

"Mereka nak beli sangat dengan 'Syarikat Kesayangan' Kerajaan. APC yang baik dari Switzerland boleh dibeli dengan harga RM 3.9 juta satu, malah Amerika menjual dengan harga RM 9.1 juta satu.

"Saya pelik mengapa Malaysia bertegas hendak belanja RM 31.1 juta untuk setiap satu kenderaan ini."katanya.

Note: Yesss...!!! Mesti banyak dapat komisyen nih... tunggu jer la sikit hari lagi minyak dan harga barang naik lagi... keh..kah..kah..kah.. hidup umno...!!!

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

1 comments:

Anonymous said...

For the great information

I'll be back often.


Thank you!

Have a wonderful and prosperous 2011!


[url=http://maps.google.com/maps/place?hl=en&safe=off&rlz=1B3GGLL_enUS394US395&prmd=ivnsc&psj=1&um=1&ie=UTF-8&q=austin+carpet+cleaning&fb=1&gl=us&hq=carpet+cleaning&hnear=Austin,+TX&cid=3109948697156438594&ei=HUlETZbxFIL_8Ab6zY3KAQ&sa=X&oi=local_result&ct=placepage-link&resnum=1&ved=0CDUQ4gkwADgK]austin carpet cleaning[/url]