Jabatan Pelajaran Larang Sekolah Di Kedah Gantung Gambar MB

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas I Kedah, berkata, tiada perubahan berlaku selama hampir tiga tahun Pakatan Rakyat diterajui Pas mentadbir Kedah.
“Perkara itu tidak dibangkitkan atau dipersoalkan Kerajaan Negeri meskipun jelas menunjukkan tindakan itu bermula daripada Kerajaan Pusat.
“Saya berasa kesal kerana hampir tiga tahun pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini, gambar Menteri Besar tidak dibenarkan dipaparkan di sekolah-sekolah terbabit,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, Kerajaan Pusat hanya bersuara apabila Kerajaan Selangor mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia.
“Menteri Besar adalah ketua kerajaan dan tidak menjadi satu kesalahan sekiranya dipaparkan di sekolah-sekolah kerana ia tidak bermaksud Kerajaan Negeri ingin berpolitik di sekolah.
“Jika gambar Menteri Besar dihalang daripada dipamerkan di sekolah, kesannya pelajar sekolah tidak akan mengenali siapa Menteri Besar mereka,” katanya.
Sementara itu, Exco Agama, Pelajaran dan Koperasi, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul turut mengakui situasi terbabit.
Katanya, pengharaman itu dibuat sejak PR diterajui Pas mengambil alih tampuk pemerintahan di negeri ini.
“Memang sekolah bawah Kementerian Pelajaran, tidak dibenarkan mempamerkan gambar Menteri Besar Kedah.
“Bagaimanapun, saya tidak pasti ia arahan daripada siapa,” katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, Abdullah Saad ketika diajukan mengenai perkara itu, enggan mengulas lanjut. -SH
Note: Kena letak gambar Ali Rustam kot... Kah..kah..kah..kah... kalau tak pun gambar bik mama.. kah..kah..kah...

3 comments:
oitt
kuang hassam betol la kementerian ni
saya budak kedah pun taktau ni..
baik nya la MB kedah ni..
patot takyah dengar pun 'cakap' pihak yang larang tu.
yelah. negeri siapa?
haru sungguh geng2 sana nuh..
keh keh keh apa barang gantung gambar menteri kat sekulah. gantung gambar yg bleh merangsang syahwat bebudak untuk melancarkan lg program pendidikan seks lg bagus kan? keh keh keh
umno kalo gantung gambaq puak depa tak pa la ustaz noh,biaq p la ustad, gambaq tak penting janji orang kenai ustaz,semoga allah panjang kan umur ustaz aminnn.
ishhh2 umno2 hangpa tak lari dari cerita2 filem melayu dulu contoh orang perangai macam mahmud jun(perwatakkan)dalam filem,,,
Post a Comment