Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, December 8, 2010

MAHATHIR SEMAKIN GANAS BELASAH NAJIB

بسم الله الرحمن الرحيم



Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad hari ini mempertikaikan keperluan kerajaan menggantikan pesawat tempur buatan Rusia, MiG-29 dengan pesawat baru.

Dalam blognya, Mahathir berkata kerajaan seharusnya mengikut jejak langkah India yang hanya menaik taraf pesawat tempurnya dan tidak berbelanja jutaaan ringgit bagi membeli pesawat baru.

"Malaysia telah bekerjasama dengan India berkaitan pengubahsuaian pesawat buatan Rusia. Mungkin kita sepatutnya mengetahui apakah maksud sebenar menaiktaraf Sukhoi Su-30 dan MiG-29.

“Saya tidak pasti sama ada Malaysia menghadapi ancaman perang. Jika tidak, adalah lebih baik untuk hanya membaik pulih pesawat yang ada,” kata Mahathir.

Menurut beliau, berdasarkan laporan antarabangsa, India dikatakan akan menaik-taraf pesawat Sukhoi-30MKI milik negara itu manakala MiG-21 mungkin 'dibersarakan' namun MiG-29 akan dinaik-taraf.

Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mendakwa pesawat MiG buatan Russia harus diberhentikan kerana kos penyenggaraannya semakin tinggi.

Mahathir sebelum ini mengingatkan kemungkinan wujud orang tengah yang akan mengaut keuntungan berganda dengan keputusan untuk membeli pesawat tempur baru dan menjual yang lama.

Beliau juga berkata keputusan kerajaan menukar pesawat MiG dipengaruhi oleh pihak yang berkepentingan sendiri.

russia military might 220808 04Sebelum ini, Zahid memberitahu Dewan Rakyat bahawa penamatan perkhidmatan pesawat selama 10 tahun itu adalah kerana peningkatan ketara kos penyelenggaraan dan operasi pesawat buatan Rusia itu,

Kementerian Pertahanan dilaporkan menimbang untuk menggantikan pesawat MiG buatan Rusia sama ada dengan SU-35, FA-18 E/F Super Hornet, JAS Gripen, Eurofighter Typhoon, Dassault Aviation Rafael, F-16 C/D Block 52 atau F-15 Eagle. - Malaysiakini

Note: Kah..kah..kah..kah... Mahathir ni potong stim laa.. baru jer bik mama nak makan komisyen jet. Kah..kah..kah..kah.. Kerajaan najib tak mampu nak tanggung subsidi minyak dan gula untuk rakyat.... jadi rakyat perlu faham bila sekejap-sekejap minyak naik harga.. gula naik harga.. rakyat tak boleh marah kerajaan najib.. rakyat perlu bantu kerajaan najib. Tapi....

Dalam masa yang sama kerajaan najib bagi bik mama peruntukan RM111 juta.. dalam masa yang sama najib nak bena bangunan warisan 100 tingkat berharga RM1.5 billion. Dalam masa yang sama najib ubahsuai sri perdana RM65 juta.. dalam masa yang sama kerajaan najib nak beli jet baru x tau la berapa billion lagi duit rakyat nak kena gadai... lepas tu minyak akan naik harga lagi.. gula akan naik harga lagi... kah..kah..kah..kah...

Untungnya malaysia dapat menteri perdana yang bangang ni... kah..kah..kah..kah.. yang kaya raya bik mama.. yang mati rakyat... hidup umno...!!! hidup najib...!!! hidup bik mama...!!!! melayu semua mati...!!! Macam tu pun ada orang boleh sokong lagi...!!! Untungnya najib mempunyai rakyat yang sentiasa rela dibodohkan... Kah..kah..kah..kah...



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

7 comments:

..cik faTiha Tea'ah... said...

xtaw lah apa lagi seterusnya...dunia2....( menggeleng)

Mohamadazhan.com said...

dalam kata tak dak duit, bazir macam2 lgi.

Anonymous said...

hohohohohoh....gurau kasar nmpak bro.....tu lah pembangkang....asal kerajaan buat suma salah....lu kena pikir bro....kita kena sama2 bantu kerajaan...skang ni kan zaman susah...so kena lah tolong menolong...nnt bila kerajaan dah senang........kita pun senang gak...anwar dah sebat byk bro masa dia jd menteri kewangan dulu....smpai skang kerajaan terpaksa menanggung suma..

Anonymous said...

anon December 9, 2010 12:49 AM

kuikiukuiki...
bangang melampau org apno skang ni,
bro, pernah dgr pepatah melayu ckp x?
"ringan same djinjing, berat pikul sorang2".

lu ckp skang zaman susah, ape yg susah? dlm kesusahan boleh kurangkan cukai brgan import? dlm susah boleh hapuskan cukai buggy? dlm susah bole bina istana? dlm susah bole bina menara? dlm susah bole beli jet? dlm susah bole renovate rumah PM sampai berjuta2??? susah betul malaysia ni, kasihannnnnnnnn....

Deanz Eilyanzo said...

suke sangat entry ni..aku pon pelik...pahal la macam takder otak, pemimpin kita nih...makan,penuhkn perut sendiri..beli jet? buat first lady lagi..macam2..petrol / gula..naik.nnt jd cm kerajaan dulu2. yang kaya makin kaya, rakyat makin miskin..tq NAJIB

UMNO bodoh said...

wakakakakaka... apa la lu anon. Anwar dah rembat banyak ke semasa jadi menteri kewangan dulu? cakap guna mulut .. menaip guna jari berfikir tu biar guna guna kepala hotak bro bukan kepala lutut. tolong mintak fakta atau sumber mana yg mengatakan anwar ada saham? bagi tau tanah mana yg dah anwar letak nama dia? syarikat mana yg anwar punya? bank swiss mana yg anwar ada masukan duit? helecopter mana yg anwar dah beli?

lu ni bro sesedap mulut dan jari ler jer nak menaip. tapi pikir guna kepala lutut. sorry bro gua mmg nak gurau kasar ni.. lu mmg bangang...!!!! wakakakakaka

Ainur said...

kesian rakyat... mmg nk tlg kerajaan tp kerajaan bantulah rakyat... ramai lg perlukan bantuan... nk beli watpe? mahal 2.. beli baru jelah xyah beli 2nd hand rugi duit rakyat yg support 2 sume...