Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, August 30, 2010

PERGHHHH.. BEST GILER....

بسم الله الرحمن الرحيم

Bantuan untuk berkahwin dua

KUWAIT CITY (AFP) Seorang Ahli Parlimen Kuwait mencadangkan supaya kerajaan membantu golongan lelaki negara itu berkahwin dua bagi mengurangkan masalah lebihan wanita yang tidak berkahwin dalam negara yang kaya dengan hasil minyak itu.

"Cadangan tersebut bertujuan menyelesaikan masalah wanita tidak berkahwin, dan menggalakkan golongan janda dan duda membina keluarga baru,” kata Faisal al-Duwaisan, Ahli Parlimen parti bebas Shiite.

Sebelum itu, negara teluk tersebut memang menyediakan ‘bantuan perkahwinan’ sebanyak 4,000 dinars (RM43,521) kepada lelaki Kuwait yang ingin melangsungkan perkahwinan buat kali pertama, yang mana separuh daripadanya adalah sumbangan percuma manakala yang selebihnya adalah pinjaman tanpa faedah.

Duwaisan bagaimanpun, mahu kerajaan menyediakan pakej bantuan tambahan bagi lelaki yang ingin berkahwin dua yang telah memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

Pihak lelaki mestilah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada isteri yang sedia ada untuk berkahwin lain. Disamping itu, mereka yang telah bercerai atau kematian isteri juga layak menerima bantuan tersebut.

Wanita yang akan dikahwini hendaklah dari kalangan janda atau sekurang-kurangnya berumur 40 tahun dan belum pernah berkahwin, kata Duwaisan dalam kertas cadangannya itu yang telahpun dihantar ke parlimen.

Panel parlimen akan mengkaji cadangan tersebut, sebelum dihantar ke sidang parlimen untuk pertimbangan lanjut. Jika diluluskan, ia akan menjadi satu undang-undang.

Kuwait, pengeluar kelima terbesar dalam OPEC, menyediakan sistem kebajikan menyeluruh melalui penyediaan subsidi kadar tinggi bagi kebanyakan perkhidmatan awam. Pelajaran dan kesihatan disediakan percuma kepada rakyatnya.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

4 comments:

anakmuaallaf said...

Salam,
Tak cukup 1 ke..??

ijoks2009 said...

Ha ha ha,
Asal berita poligami je melompat sifu aku ni..
p/s : Tengok video ni pulak,ramai pompuan seksi,bapok pun ada dlm surau.
http://ijoks2009.blogspot.com/2010/08/umno-menghina-islambuat-majlis.html

Radio Rakyat said...

assalmualaikum,

Sila dengarkan Radio Rakyat.net - bersiaran 24 jam sehari .

Kuliah agama dan isu semasa, bacaan al-quran, promosi iklan produk, hiburan berunsur islamik

dengarkan online di:

http://www.radiorakyat.net
http://www.radiorakyat.blogspot.com

atau di blog-blog berhampiran anda.

tuan blog/web juga boleh masukkan kod widget html radio rakyat di http://www.radiorakyat.blogspot.com

Panglima Muda said...

la.. cam tu tapi pasal nak istihar kat bini , nak dapat kebenaran bertulis tu tak pernah dibuat dizaman rasul dulu. Aku yang bodoh ini pun tak pernah nampak undang undang tu dalam Quran. Hanya orang gila yang duduk atas kerusi je yang buat macam tu. Jangan salahkan bayi dilempar merata rata. Bapak aku cakap antara urusan orang mati dan urusan nikah, nikah itu hendaklah didahulukan. Orang tua tua dulu bukan sekolah sangat. tak jadi YB pun, ada jugak akal