Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, July 5, 2010

PAS "PARTI AJARAN SESAT" : SHAFIE APDAL

بسم الله الرحمن الرحيم

Shafie Apdal Dakwa PAS Parti 'Ajaran Sesat'



PAS Johor hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung ucapannya yang didakwa menuduh parti Islam itu sebagai parti ajaran sesat.

Laporan polis itu dibuat di balai polis Sentral Johor Bahru yang diketuai ketua penerangannya Mazlan Aliman, yang diiringi kira-kira 20 penyokong parti itu, pada jam 11.30 pagi tadi.

Bercakap kepada Malaysiakini pagi ini, Mazlan mendakwa Mohd Shafie yang juga naib presiden Umno, dalam ucapannya perasmian mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kulaijaya kelmarin, telah menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat.

"Itu kenyataan yang biadap, amat keterlaluan. Maka kami membuat laporan meminta pihak polis menyiasat kenyataan beliau itu dan kami mendesak agar beliau memohon maaf serta menarik balik kenyataan itu," katanya.

Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat berkata, kenyataan Mohd Shafie itu dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian semalam

Laporan itu memetik Mohd Shafie menyifatkan PAS sebagai parti ajaran sesat kerana didakwanya hanya memperjuangkan kemenangan kerusi DUN dan Parlimen berbanding kepentingan rakyat.

Mengulas lanjut, Mazlan yang juga pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) berkata dakwaan yang dilemparkan kepada parti itu "tidak boleh diterima sama sekali".

"Ahli PAS kini berjumlah satu juta, adakah beliau berani menyatakan (mereka) sesat. PAS menguasai Kelantan, memimpin di kerajaan Kedah dan suatu ketika dahulu memerintah di Perak, adakah beliau menyatakan majoritinya sebagai sesat," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mencabar Mohd Shafie yang juga ahli parlimen Semporna untuk berdebat bagi membuktikan siapa yang sebenarnya sesat.

Katanya, jika Mohd Shafie tidak memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau itu, PAS Johor akan mengarahkan ahlinya di negeri itu untuk membuat laporan polis secara bersiri terhadap menteri itu.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

11 comments:

Anonymous said...

hangpa tak percaya ka?:)

Anonymous said...

Sehubungan itu, beliau mencabar Mohd Shafie yang juga ahli parlimen Semporna untuk berdebat bagi membuktikan siapa yang sebenarnya sesat.

>>>debat? brani ka? jgn ckp debat, nak sembang kopi pon blom tentu brani. teloq bagi bik mama watpa?

>>>report pulis? prosedur... xpe laaa... walopon tau polis2 tu pon org suruhan die, mahkamah pon die, sprm pon die...xpe laa...

>>>mungkin pas ni ajaran sesat sebab x mhalalkan judi bola, sebab nak menegakkan Islam etc. sesatla dari syaitan2 ApNo..sesat dari agama had hari...sesat dari ApNo.. sesat dari 1 malaysia... sesatttt sesattt..

Anonymous said...

asyik2 yg disebut 'debat,debat,debat',dalam debat semua nak menang,mana ada yg nak kalah,lagi2 debat politik,dari cara,perangai,ketidak konsistensi idea dan dasar nampaknya camtu la,macam puak ajaran sesat,kafir sesama islam,caci maki sesama islam,apa yg dia buat itu betul,apa yg orang lain buat salah,fatwa sesuka hati,lakonan pemuda pas kena tetak berdarah2 kat bagan pinang,ketua pemuda pas pusat si anak tantawi boleh cakap WTF la,solat 2 imam,sembelih dia je yg halal,fatwa berpilih2,kiranya semua yg tak elok org lain,yg elok je pas,kelakau kan,mesti korang kata ini bukan fakta pasal korang dah jauh menyimpang..nauzubillah

Anonymous said...

PAS tu perjuangkan islamke?bukan perjuang budaya caci maki,samseng,fitnah,mengkafirkan org dgn sewenang2nya bla bla bla?betulkannnn...

'TAK PERCAYA KA?'

Anonymous said...

fatwa2 pas kadang2 boleh menyesatkan dan memudaratkan perpaduan ummah,ini 1 kebenaran,fakta yg tak boleh dipertikaikan,se 'mantik' mana ilmu tok guru,tak pula bermakna beliau boleh keluarkan 'fatwa' yg mana boleh mengelirukan dan menyesatkan ahli2nya..

nauzubillah

Anonymous said...

memang pas suka kapirkan org lain.. dan pemimpin pas yang mengkafirkan org lain tak lain tak bukan ialah si nakhaie ahmad. bekas timbalan presiden pas. Dia la yang terang2 mengatakan umno itu kafir dulu...

vell paria said...

ko tu mmg org umno bodoh..!! debat tu bukan nak menang atau kalah la bangang..!!! debat dalam bahasa lainnya ialah muzakarah. mencari penyelesaian dari satu permasalahan. sebab ko tau yg ko tu mmg x mampu nak jawab segala soalan, tu yg ko asyik nak melarikan diri jer bila org ajak debat. macam2 la alasan ko.. woi babi.. ko mengaku jer la yg diri ko tu babi... penakut. berani cuma maki hamun jer. aku maki hamun ko jugak.. tapi aku sentiasa bersedia bila2 masa dan dimana saja kalau korang berminat nak berdebat. aku pun bukan terliur sangat nak menang debat.. bukan dapat hadiah pun.. bukan dapat duit pun.. tp jadilah anak jantan.. ni komen berbuih2 mulut.. bila ajak bersemuka bagi alasan tu la alasan ni la.. semua nak menang laa semua xnak kalah laa.. woi bangsat.. ko nak memang sangat ke? jom kita adakan secara live.. sebelum berdebat aku akan istiharkan ko menang awal2.. bermakna ko mmg menang dan aku mmg kalah. tapi lepas tu ko jawab segala soalan2 aku.. aku nak tengok berbuih atau x bukan saja mulut tapi telinga pun kluar buih nanti.

Ini la setakat keberanian puak2 ko ni. Masuk blog org maki sana sini tapi satu soalan pun korang x jawab. org bercerita fakta, korang menjerit2 mcm budak sekolah rendah. main ejek2... ni apa cerita ni bro? woi.. malu laa woi.. ko x malu ke dgn geng2 ko sendiri kalau baca komen2 ko ni? ko x rasa mcm budak2 ke?

buduhh amat la ko ni...!!

vell paria said...

ha..ha..ha.. betul tu anon 2:02 AM.

Kalau mcm tu umno tu mmg kapir la kan.. sebab si nakhaie tu sekarang kan dah jadi ulama otai dalam umno.. dia yg kata umno kapir pastu dia sendiri yg masuk umno.. wakakakaka... kira kapir masuk kapir la ni... wakakakaka.. bukan aku kata.. org umno sendiri yg kata... wakakakaka..

Tu la... korang ni budak2 umno bangang mana tau sejarah.. jenis bodoh x boleh nak ajar punya.. kalau bodoh tu belajar dulu. jangan nak buat2 pandai. Orang PAS yang mengatakan umno kafir tu si nakhaie tu la bangang...!!! sekarang dia dah jadi org umno pun..

bangang..!!! tu la org kata, cakap siang pandang2.. cakap malam dengar2.. ni ko main bedal semacam jer.. bukan ke kena batang hidung ko sendiri tu... bangang...!!!!

Anonymous said...

dah pakai nick pun paria,dari situ dah tau perangai camane,suka adu domba,perlekehkan orang lain,sedarlah kemenangan anda PRU yg lepas adalah kerana kekecewaan rakyat atas kenaikan harga minyak dan barang,bukannya di atas ceramah caci maki anda,yg suka mengkafirkan dan melaknatkan sesama islam,syurga yg anda dapat adalah syurga buatan nik ajis dan bukannya syurga Allah.Adakah mereka yg berlainan mazhab saling mengkafirkan kerana tidak mengikut mazhab mereka?Islam anda adalah Islam PAS dan bukan Islam yg sebenar2nya.Debat yg anda laungkan bukanlah utk perpaduan atau memperbaiki atau mengakui kesilapan,tetapi hanyalah untuk menunjukkan kejaguhan,keegoan dan perasaan angkuh serta bongkak.mana ada dalam ceramah anda yg menyatakan kebaikan lawan,semuanya adalah keburukan.Bersekutulah anda dgn DAP kerana itu hak anda.Cuma harus diingat siapakah yg mengeluarkan fatwa kafir pada sia yg menjalinkan kerjasama dengan kafir?sudah pastilah PAS.Inilah orangnya yg meludah kelangit tetapi terkena ke muka sendiri.

nauzubillah..

Anonymous said...

vell paria klu pun nak berdebat gunakan la bhs yg elok..Allah suka hambanya yg merendah diri dan budi bhs yg indah..jgn la kita caci mencaci ant 1 sama lain..kita sama sj d sisi Allah SWT..

puteri said...

haha..
PAS kawan ngan DAP tak boleh
UMNO kawan ngan MCA MIC tak pa pulak ya?