Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, July 6, 2010

GUNA FACEBOOK JER KAN LAGI SENANG

بسم الله الرحمن الرحيم

Soalan SPRM tiba dengan teksi London



Senarai soalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk dijawap oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam kini di tangan peguamnya di London.

Senarai soalan SPRM itu dimuatkan dalam satu sampul dihantar dengan sebuah teksi kepada peguam Balasubramaniam, Americk Sidhu di hotelnya di London.

Soalan berkenan dihantar untuk Balasubramaniam melalui perkhidmatan kurier selepas SPRM menarik balik janji mereka untuk menghantar pegawainya ke London untuk mencatatkan kenyataan penyiasat persendirian itu, yang dijadualkan semalam.

"Kami sahkan bahawa telah menerima soalan berkenaan dan sedang mengkajinya buat masa ini,” kata Americk, yang tidak mahu mengulas lanjut.

Balasubramaniam dijangka menjawap soalan itu dalam bentuk afidavit.

SPRM sedang menyiasat dakwaan bahawa beberapa tokoh mememaksannya menarik balik pengakuan bersumpah yang dibuatnya berhubung pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Antara mereka yang didakwa itu termasuk adik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak – Nazim dan ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

Selepas kejadian itu, Balasubramaniam melarikan diri ke luar negara tetapi mengeluarkan lebih banyak kenyataan yang mengejutkan terhadap Najib, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan juga menuduh bekas pegawai khas perdana menteri, Datuk Nasir Safar berada di lokasi kejadian apabila Altantuya diberkas oleh polis.

Meskipun SPRM telah membatalkan wawancara yang dijadualkan itu, Balasubramaniam dan peguamnya menunggu di tempat yang di jadualkan iaitu di Leinster Gardens, Holiday Villa.

Peguamnya yang hadir termasuk Americk dan Manjit Singh Dhillon dan mereka ditemani oleh ahli majlis tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim dan bloger Raja Petra Kamarudin.

"Kami tunggu dari jam 10 pagi dan beredar selepas 1 petang,” kata Americk.

Sementara menunggu, mereka menikmati ais kacang di sebuah restoran Malaysia di hotel berkenaan. Ketika itu, sampul yang membawa senarai soalan SPRM tiba melalui teksi.

Balasubramaniam akan mengadakan sidang media pada tempat yang sama pada 11 pagi Rabu ini (7petang waktu Malaysia) dan dijangka akan membuat lagi pendedahan.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

5 comments:

Puteri said...

facebook, ym..
kn

Anonymous said...

komen2 n kebodohan2 org2 ApNo menjawab soklan secara online n live spt di n3 n3 tersebut.

1) 5 TAHUN TIADA AIR : AHMAD MASLAN BUTA AGAKNYA

2)SI BUNCIT JUAL AIR BALANG BUAT LAWAK BODOH

3)MCA KATA IBRAHIM ALI CILAKA

4) SI BANGANG BIDAS SI BANGANG

n banyak lagi yg kalo korang rajin tgk n3 n3 sblom ni cara org2 ApNo bdebat n mnulis, jgn la jawab dgn cara org2 ApNo jwb soklan spt di n3 >>>MENGAPA UMNO MEMILIH MENTERI BODOH?<<< jwb la as a pro.

jgn jadi cam menteri2 korang yg bodoh...

aku tgk n3 MENGAPA UMNO MEMILIH MENTERI BODOH? byk kali rase klaka plak...org tanye laen, ko jawab laen..pastu jawab ikut nafsu, akai letak lutut, mende fakta xnak terima.

>>>TAMBAH LAGI SATU X TERJAWAB DEK PUAK APNO DI N3 -PAS "PARTI AJARAN SESAT" : SHAFIE APDAL

****melayu xkan lupa, ApNo je mudah lupa, n jgn buat2 lupaaaa aaaa...****

jgn hentam komen aku,
just jawab je soklan2 kat 5 n3 di atas, (5 je laaa..kalu nak diikutkan beribu soklan x terjawab)
tq...

Anonymous said...

orang bodoh bertanya soalan bodoh yg boleh menampakkan dia bodoh dan fakta bodoh dari si bodoh:)kesian PAS diperbodohkan DAP:)

Anonymous said...

Anon July 6, 2010 11:51 PM,

dari situ dah tau perangai camane,suka adu domba,perlekehkan orang lain,sedarlah kemenangan anda PRU yg lepas adalah kerana kekecewaan rakyat atas kenaikan harga minyak dan barang,bukannya di atas ceramah caci maki anda,yg suka mengkafirkan dan melaknatkan sesama islam,syurga yg anda dapat adalah syurga buatan nik ajis dan bukannya syurga Allah.Adakah mereka yg berlainan mazhab saling mengkafirkan kerana tidak mengikut mazhab mereka?Islam anda adalah Islam PAS dan bukan Islam yg sebenar2nya.Debat yg anda laungkan bukanlah utk perpaduan atau memperbaiki atau mengakui kesilapan,tetapi hanyalah untuk menunjukkan kejaguhan,keegoan dan perasaan angkuh serta bongkak.mana ada dalam ceramah anda yg menyatakan kebaikan lawan,semuanya adalah keburukan.Bersekutulah anda dgn DAP kerana itu hak anda.Cuma harus diingat siapakah yg mengeluarkan fatwa kafir pada sia yg menjalinkan kerjasama dengan kafir?sudah pastilah PAS.Inilah orangnya yg meludah kelangit tetapi terkena ke muka sendiri.

nauzubillah..

Anonymous said...

kesian Anon July 6, 2010 11:51 PM,
masuk bakul angkat sendiri,ala ala pak pandir pulak budak ni hik hik hik