Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, April 21, 2010

NAJIB PEMUSNAH PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA ?

بسم الله الرحمن الرحيم

EKONOMI MALAYSIA TERKANGKANG KERANA NAJIB



Untuk negara-negara di Dunia Ketiga seperti Malaysia : ekonomi terbuka ini samalah seperti ekonomi terkangkang. Ekonomi terkangkang samalah seperti pelacur yang membukakan peha kepada sesiapa sahaja yang sanggup membayar dan melanggan.

Saya bersimpati kepada pentabiran hari ini kerana terpaksa mengangkang untuk memanggil pelabur luar datang menjilat madu ekonomi negara kita. Sebenarnya ekonomi terbuka atau ekonomi terkangkang ini adalah satu fenomena yang baru. Ekonomi terkangkang ini di paksakan bukan sahaja kepada Malaysia malah kepada semua negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis.

Ada urutan sejarah sebelum dilahirkan ekonomi terkangkang ini. Mari kita kembali ke era sesudah tamatnya Perang Dingin. Ketika itu Amerika Syarikat telah mengangkat dirinya sendiri untuk menjadi kepala taiko mengawal semua ekonomi kapitalis dalam dunia ini. USSR atau Soviet Union telah mengundur. Di era Perang Dingin wujud Dua Negara Super - USSR/USA - kini tinggal hanya satu. Amerika Syarikat - menjadi kuasa mutlak dunia - naik angin dan besar kepala kerana dilihat tidak ada kuasa yang akan dapat melawan/menentang mereka.

Kuasa imperial Amerika ini yang dibantu dengan bala tentera dan dolar telah mengarahkan Bank Dunia, World Trade Organisation, APEC, NAFTA, IMF, PBB untuk memaksa negara-negara di Dunia Ketiga membuka ekonomi mereka. Dasar ini bermula di zaman pentabiran Ronald Reagan di Rumah Puteh dan Magaret Thatcher di No 10 Downing Street.

Dolar – duit Amerika – telah dipaksakan untuk digunakan dalam hal jual beli minyak. Dolar kertas hijau yang tidak memiliki apa-apa nilai ini kerana tidak ada sandaran emas wajib dimiliki oleh setiap negara kapitalis jika ingin membeli atau menjual minyak. Ini sebenarnya satu rompakan di siang hari. Dengan sokongan kekuatan bala tentera, tidak ada satu kuasa yang berani melawan atau menentang rompakan Amerika ini kecuali 3 buah negara : Cuba, Iran dan Venuezula.

Dibelakang pentas politik - pentabiran Amerika Syarikat memaksa kerajaan-kerajaan di Dunia Ketiga untuk membuka pasaran kepada syarikat multinasional. Sekatan demi sekatan dihapuskan. Tarif dan cukai yang menjadi pendapatan negara dipaksa untuk dilupuskan. Semua ini, konon, untuk mengembang dan meluas perdagangan. Setiap negara Dunia Ketiga digalakkan untuk membuka ekonomi mereka seluas mungkin kepada pelaboran luar.

Di zaman Mahathir – ada penentangan. Dengan licik Mahathir cuba menolak kemasukan pemodal luar. Pasaran dalaman negara dijaga dan dikawal. Mahathir Muhamad mewakili kapitalis nasional – mewakili kepentiang Lim Goh Tong, Ananda, Vincent Tan, Eric Chia atau Daim. Ini tidak berlaku dizaman Najib.

Tekanan ini telah sampai kepada Najib. Nasib rakyat Malaysia cukup malang kerana sesudah Dolah Badawi rakyat Malaysia berperdana menterikan Najib. Najib Razak adalah Pedana Menteri Malaysia yang memiliki banyak beban dan masaalah pribadi. Kes pembunuhan Altantuya adalah salah satu contoh dimana tekanan politik dan ekonomi boleh dikenakan kepada Najib.

Kalau kita semua kembali untuk melihat latar belakang Najib, maka kita akan merasa Malaysia hari ini dalam keadaan yang amat merbahaya. Mengikut surat Akuan Bersumpah Balasubramaniam - Najib telah bertemu dengan Altantuya di Singapoura - disatu pameran intan berlian. Sama ada perisek Singapura memiliki gambar Najib dengan Altantuya atau tidak bukan persoalan.

Dengan tidak adanya kepastian sama ada Singapura memiliki gambar itu atau tidak akan terus menakutkan Najib. Bagitu juga dengan General Directorate for External Security ( DGSE polis rashia Peranchis ) – sama ada mereka memiliki gambar Najib makan bersama Altantuya dalam restauran di Paris seperti kenyataan sepupu Alrantuya kepada hakim di mahkamah bukan persoalan.

Persoalannya ialah : Najib akan sentiasa gerun dan takut kepada kuasa kuasa ini. Najib akan senang ‘dipau’ dan di tekan. Inilah malangnya nasib rakyat Malaysia kerana Perdana Menterinya memiliki masaalah.

Lalu timbul peroalan : Apakah Najib sedang ‘dipau’ oleh Singapura? Atau apakah Najib juga sedanng ‘dipau’ oleh negara negara lain seperti Peranchi, Amerika dan Russia? Ini persoalannya wajib ditanyakan oleh seluruh rakyat Malaysia kerana masa depan Malaysia tidak seharusnya ‘dipau’ oleh kuasa-kuasa luar.

Orang ramai dan pemerhati politik agak hairan apabila melihat Najib membuat kenyataan penting tentang pemansuhkan Dasar Ekonomi Baru. Kenyataan yang amat penting ini dibuat bukan di Parlimen Malaysia tetapi di Singapura. Kenapa di Singapura? Kenapa tidak di Persidangan United Malays National Organisations?

Kemudian, apabila Najib memperkenalkan Model Ekonomi Baru, Najib tidak juga berucap di Parlimen tetapi di khalayak peniaga, towkay dan penjual beli dari syarikat luar. Kenapa tidak berucap kepada Dewan Perniagaan Bumiputera?

Amat jelas disini bahawa Najib terpaksa menyembah para peniaga, pelabor dan pemodal dari luar negara. Najib tahu jika kaum kaum kapitalis ini tidak diseronokan maka akhbar dan media mereka akan mula membuka kembali cerita dan kesah Mongolia. Jika Najib tidak membuka pasaran Malaysia maka CNN, BBC, Rueters, CNBC, AFP – akan membuka kesah Altantuya.

Akhirnya Najib terpaksa membuka ekonomi Malaysia jika tidak tekanan akan datang. Dalam masa yang sama apabila bila ekonomi Malaysia terkangkang maka yang akan menjadi mangsa serangan ekonomi kapitalis dunia ialah orang Melayu. Hakikatnya orang Melayu yang masih miskin akan menjadi mangsa serangan kaum kapitalis global. Ini bukan dilema Najib. Najib telah memilih untuk menyelamatkan diri dengan membuka ekonomi Malaysia.

Lalu persoalan timbul – apakah ada jalan lain selain dari mengangkang kepada pemodal luar. Lalu kita dipaksa untuk percaya dengan propaganda bahawa tidak ada jalan lain dalam era globalisasi ini melainkan membuka pasaran kita. Lalu kita diingatkan , malah diberi amaran jika ingin maju dan berjaya maka kita wajib berani bersaing untuk membuka pasaran kita.

Hasil dari propaganda ini Najib dipaksa untuk menarik subsidi. Najib dipaksa untuk membukakan kontrek kepada syarikat luar negara. Najib dipaksa untuk membenarkan syarikat luar negara untuk membeli saham dan harta negara kita.

Harus diingati : kapitalis melabur bertujuan untuk mendapat keuntungan maksima. Kapitalis berkerja untuk mencari untung maksima. Kapitalis tidak akan peduli tentang dasar ini atau dasar itu. Yang mereka perlukan hanya satu dasar : mereka diberi kebebasan dari segala macam cukai mukai. Cakap-cakap bahawa pemodal ini akan membawa pembangunan adalah bohong. Sistem kapitalis adalah sistem ekonomi yang beasaskan keuntungan. Kapitalis mendahulukan keuntungan.

Mari kita kembali untuk kepada asas ekonomi. Asas ekonomi mengajar kita memahami bahawa harta muncul dari hasil bumi, modal dan tenaga buruh. Kita memiliki asas-asas ini. Hasil bumi kita adalah milik kita. Warga negara adalah juga modal kita. Tenaga yang dilahirkan oleh manusia ialah modal.

Jangan silap baca – wang ringgit bukan modal. Wang ringgit itu adalah kertas yang mewakili nilai tenaga yang telah dikristalkan dalam bentuk dinar, ringgit atau rupiah. Satu keping ringit bermakna telah wujud tenaga buruh yang dinilai dengan harga satu ringgit dalam keping kertas itu.

Justeru kita jangan menjadi takut apabila kita selalu ditakut-takutkan jika FDI atau pelaburan luar tidak masuk maka ekonomi kita akan menghadapi kesusahan. Ini tidak tepat. Cuba kita kembalikan ayat yang sama. Kalau FDI ini tidak dibenarkan masuk maka kapitalsi ini akan jatuh muflis bukan kita.

Ekonomi Malaysia semakin terkangkang. Najib akan terus mendapat lebih banyak tekan dari Singapura, Amerika, Peranchis dan pemodal luar. Kad Altantuya akan dimainkan oleh kuasa-kuasa besar sama seperti Isreal memainkan bom nuklear untuk menakut-nakutkan negara Arab.

Jangan silap baca - kes Altantuya ini masih belum selesai. Maka terpulanglah kepada anak semua bangsa di Malaysia ini untuk memileh pimpinan yang jujur, telus dan demokratik yang tidak mungkin boleh ‘dipau’. Selagi Najib menjadi Perdana Menteri tekanan ke atas Malaysia akan beterusan. Najib akan terus mengangkang kepada kapitalis global dan kepentingan Amerika, Singapura dan Peranchis. TT


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

11 comments:

iddinm said...

huuuuhhh. Hela nafas panjang.. Harap2 la kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah SWT dari segala malapetaka. Amin

MofizPutra.com said...

nice info.. ada sesetengah thu, ada yang tk.. thks kongsi suka baca :)

Anonymous said...

Ironinya fakta yang sebenar tidak berpihak kpd pandangan Bujang Susah

1...Menurut Ketua pakar ekonomi Asia Pasifik di Goldman Sachs, Hongkong, Michael Buchanan, berkata mata wang rupiah Indonesia dan ringgit Malaysia meningkat melebihi paras sebelum krisis pada 2008.

2...Satu tinjauan Bloomberg pd 17 April 2010.
Nilai ringgit melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh dua tahun kepada 3.184 satu dolar AS
dan 4.2747 satu euro pada Khamis.

Setiap satu ringgit kini boleh ditukar kepada 1.1779 riyal berbanding 1.1068 riyal pada 4 Januari lalu.
Setiap ringgit kini boleh ditukar kepada 43.66 sen Singapura, meningkat daripada 41.32 sen, iaitu paras tertinggi sejak 14 April 2008.

Ringgit juga naik 2.47 % berbanding rupiah Indonesia,
Meningkat 3.36 % berbanding baht Thailand,
Meningkat 3.58 % berbanding peso Filipina,
Meningkat 7.74 % berbanding dong Vietnam,
Meningkat 1.54 % berbanding rupee India,
Meningkat 5.91 % berbanding dolar Hong Kong,
Meningkat 3.42 % berbanding won Korea dan
Meningkat 7.17 % berbanding yen Jepun.

3...The Business Times yg berpusat di Singapora melaporkan pd 15 April 2010
"MALAYSIA'S ringgit has been Asia's top-performing currency in the first quarter - quite a change from the mid-1990s, when it was one of Asia's most undervalued currencies. Then came the Asian financial crisis and Malaysians began referring to the local currency as the 'shringgit' as it tanked. Eventually, it was pegged at 3.8 to the US dollar, about 40 per cent below its pre-crisis level, where it remained for seven years."

4...Asia News Network melaporkan pd 8 April 2010
The ringgit continued to strengthen on Wednesday as rising optimism the economy will grow faster than predicted whetted foreign investors’ appetite for local assets, including stocks and bonds.The World Bank has raised its forecast for economic growth in East Asia to 8.7% for 2010, up from its previous prediction of 7.8% growth last November.It also expects the Malaysian economy to grow at a faster rate of 5.7% this year, compared with its earlier forecast of 4.1% made in November

5...TheBlogHub melaporkan pd 8 April 2010
Ringgit value is high, buy into gold will be a profitable long team investment. Malaysia gold physical demand also getting stronger because the ringgit value is strong. Now retail price for 916 gold is RM 133 per gram and 999 gold at RM 141 per gram offer a good price for consumers to buy gold. Due to the strong value of Ringgit so now is the best time to buy into gold, anything happen in yuan revalue will also effect ringgit value and recovery of US will also effect ringgit value to drop so since now the ringgit value is high, buy into gold will be a profitable long team investment.

Menuduh tanpa bukti adalah fitnah dan “Fitnah itu lebih kejam dari pembunuhan”

greenhall said...

kapitalism adalah celaka!

gorgondolamedusa said...

to anon,
zaman dulu 5 sen bole beli nasi lemak,
skang harga nasi lemak dah $1.

kalu awal tahun 2010,
milo sekilo bole dpt $11,
skang skilo paling murah $14.

hahhaha...
ApNo..ApNo...

gorgondolamedusa said...

to anon,
zaman dulu 5 sen bole beli nasi lemak,
skang harga nasi lemak dah $1.

kalu awal tahun 2010,
milo sekilo bole dpt $11,
skang skilo paling murah $14.

hahhaha...
ApNo..ApNo...

Anonymous said...

Satu spekulasi yang menarik :)
Walau bagaimanapun, ianya tetap spekulasi yang perlu dibuktikan dengan fakta kukuh. Pada pandangan saya, penulisan yang agak rapuh, penuh dengan spekulasi dan bukti pun kurang tepat. Setuju dengan anon.

-Nizam-

Anonymous said...

salam. kalau hanya menyalahkan orang lain kerana milo mahal..., kau buat laa sendiri. kita termasuk kau pun hidup dengan subsidi kerajaan persekutuan. internet yang kau gunakan untuk kutuk najib/kerajaan ni pun hasil usaha kerajaan. kalau kau rasa sini tak best, najib/kerajaan tak halang kau kalau kau nak migrate ke mana2 tau. cakap pakai otak laa bro jgn pakai lutut. moralnya ialah memang seronok membangkang, pasal yang membuat kerja ialah penyokong. cakap kalau xde bukti, ada integriti ke? wassalam. peace!

mohamed said...

Engkau meyindar Dato Najib sedang di"blackmail" diatas dua keping gambar di Sinapore dan satu lagi diPerancis memang sudah melampau dan tidak beasas.

Sebelum gambar-gambar ini dibuktikan ada kau telah berhujah panjang lebar bahawa Dato menjual negara kerana gambar2 ini.

Apalah kau ni. Kami bukannya bodoh macam melayu pas dan pkr.

Dan juga aku bukan ahli UMNO, tetapi UMNO ada lah darah daging aku.

Aku memang tak setuju dengan banyak tindakan Dato. Yang nyatanya aku bukan pakar.

mohamed

in dilemma said...

i'm really confuse...which one should i believe...i'm in dilemma and GOD,,PLEASE SHOW ME THE WAY...if i read "this blog"..he/she say like this..like this,,,another blog say like that..like that..I really don't know which one is true??or there's no truth behind all of this?? only GOD KNOWS EVERYTHING :D

mr.q said...

sbb gov sediekn skolah,broadband kne trime je la pe dorng wat?very2 narrow minded people...dorang gov. tnggungjwb sediekn sume tu..n dorng sndri pon dpt ganjaran dr pe yg dorng wat,n igt!duet dtg dr kte gak,(cukai)..dorang manage...so,ble dah xbtol managemntnyr,smpai mase utk tuka..its time 4 change..pilih yg bgus,kalo xde pon,yg bgus sket dr yg sedie ade pon ok..ko tgk jepun,dlm seplo taun bpe org presiden da tuka?de teruk ekonomi dorng?sbb mentaliti dorang xmacam malyu kite,(mcm ko ckp..da bg itu ini kt kite,kalo xsuke gi migrate...watehel??)tolong la uba mentaliti ko tu..pk ngn waras..bijak..bukan bodo,lembap n dungu..mlayu mudah tmakan budi~
kalo comment,jgn la anon..be a man!