Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, March 1, 2010

SELAMA NI KORANG MAKAN BEBOLA BABI KOT ...?

بسم الله الرحمن الرحيم

JANGAN MAKAN LAGI FISHBAL, NUGGET KALAU ANDA TAK KENAI /TAHU SIAPA PEMBUATNYA TERUTAMA DI PASAR MALAM.

KEPALA BATAS - Jika anda penggemar makanan berasaskan bebola ikan, wajar siasat semula kaedah pengeluarannya untuk mengelak termakan benda haram.

Ini kerana sebuah kilang di sini yang mengeluarkan makanan tersebut sejak lima tahun lalu, dikesan mencampurkan daging dan perut babi bersama isi ikan dan tepung untuk membuat bebola ikan.

Malah, kumpulan wartawan yang menyertai serbuan ke kilang itu bersama 20 pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKSPP) turut terkejut apabila melihat sebuah periuk besar berisi minyak masak yang dipercayai digunakan berulang kali untuk menghasilkan produk makanan di situ.

Lebih menjijikkan apabila minyak masak itu yang ditempatkan di dalam periuk di luar kilang, sudah bertukar rupa menjadi hitam serta likat seperti minyak pelincir kenderaan.


Ideris Mohamad menunjukkan minyak masak kitar semula
yang sudah bertukar menjadi hitam tetapi masih digunakan
di kilang membuat bebola ikan di Kepala Batas, Pulau Pinang .


Ternyata serbuan yang diketuai Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan JKNPP, Ideris Mohamad bakal membuka mata ramai pihak terutama penggemar makanan berasaskan bebola ikan dan golongan peniaga mengenai status kebersihannya.


Pengusaha kilang ini menyimpan perut dan daging babi bersama
bahan mentah lain termasuk ikan di dalam satu peti penyejuk


"Alasan mereka daging berkenaan adalah untuk kegunaan para pekerja juga tidak masuk akal kerana kuantiti bahan yang disimpan itu terlalu banyak dan hasil siasatan mendapati memang mereka mencampurkan daging babi itu untuk membuat bebola ikan," jelas Ideris.

Produk dari kilang berkenaan dipercayai dipasarkan secara meluas khususnya di Seberang Perai hingga meliputi Kulim dan beberapa kawasan lain.

Menurut Ideris, kilang itu pernah diserbu setahun lalu dan diarah tutup selama dua minggu atas kesalahan terlalu kotor. Namun, serbuan semalam membuktikan tidak banyak perubahan berlaku. Justeru, pihaknya telah merampas semua bahan makanan di kilang itu yang dianggarkan bernilai lebih RM300,000 selain pengambilan sampel produk untuk ujian.


Berada di bahagian stor bahan mentah kilang dengan periuk
merebus bebola ikan berada di bawah dalam serbuan
di Kepala Batas


Jelas Ideris, jika disabit kesalahan, pengusaha kilang boleh didakwa di bawah Seksyen 13B semalam.Akta Makanan 1983 kerana memproses makanan tidak mengikut spesifikasi dengan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih lapan tahun. Kilang itu juga diarah tutup selama 14 hari./ end
-alhusseyn-


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

11 comments:

najihah said...

Astaghfirullah..

kene kaji betul2 kan..Alhamdulillah,fzmily saya mmg tak beli makanan yg diragui mcm ni lg2 kat pasar malam..
thanks info..

siti ajar bt yaakob said...

salam, memang sebagai ibu saya dapat kontrol anak2 dari menjamah benda ni, tetapi itu kalau mereka kat rumah..apahal kalau mereka tinggal kat asrama ke...bole ke kawal?
Saya amat geram dengan bangsa Babi...dia boleh makan nak paksa orang lain pun makan...he eeee

anakmuaallaf said...

Salam,
Cuba bawa bersabar..Tamak la anak umi ni..Allah bagi satu dia nak dua..Bila nak emel gambar tu kat umi..adik-adik dok tanya.."merahnya pakngah"..kakak kata...

Pak Oncu said...

yum yum yum hahahahhahaha !!!!!!!!!

Unknown said...

Umi boleh ambik je gambar baju merah tu kat sini hehehe
http://rubbertapperz.blogspot.com/2010/02/perbezaan-umur-dalam-perkahwinan.html

Gaya peneroka said...

saya ambil artikal untuk blog saaya

Anonymous said...

salam,
ni lagi satu 1 Malaysia,
wahahaha...
syabas pd kakitangan krajaan 1 Malaysia yg membanteras jadah2 ni,
tapi masalah skarang ni, nape media x siarkan nama2, gambar, logo syarikat secara terang2an? macam kes kopitiam yg ade babi, yg meLAYU beragama Islah Hadhari ni pon xnak amek tau n makan je la.

Ooo...kalu kes liwat kejadah siap bulatkan lagi gamba DSAI, kalu kes halal haram ni, ckp pon berkias2.

kepala bapak dia 1 Malaysia!
kepala hotak dia Islam hadhari!

-gorgon1383-

Anonymous said...

Opps..
mahapler terkasar bahse, saye bkn marah pd blogger ni, cume bengang ngan malaysia kita ni.
kesian anak bini, keluarga kita termakan babi tanpa disedari, sebab tu prangai pon lame2 jd prangai babi.
dgn cara ni lah kita dapat info yg tepat, kalu stakat bace berita hairan, utusan melayau, baek xyah.
meniiiiiiiiiiiiiiiiiipu je la.
dlm tu yg betul hanya 3;
1) tarikh
2) nombor ekor
3) waktu smayang.

hehehe...yg laen xtau ler, wat sakit hati jek bace.

gorgon1383

Puteri said...

anonymous -->>

saya pun tertanya2 kenapa hal2 gini tak heboh kan nama pengusaha atau jenama untuk memudahkan masyarakat pengguna Islam..

mcm ada 1 pngusaha muslim ni, mereka pun ada tahu tentang kebenaran beberapa produk yang tak boleh. tapi diorang tak heboh2kan..

negara kita ni.. susah.. cakap benda betul kene gam.

..cik faTiha Tea'ah... said...

salam saudara..terima kasih untuk maklumat2yg amat berguna...

AMIR RAOF said...

giler argh,
so org islam kena wat jugak makanan, kita kena kuasai ekonomi balik