بسم الله الرحمن الرحيم
PUTRAJAYA 26 Feb. - Umat Islam negara ini diajak supaya bekerja keras mengatasi perbezaan pendapat yang masih membelenggu diri sehinggakan tiada kesepakatan dalam isu yang sepatutnya mereka bersatu. Meminta agar direnungi saranannya itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ia merupakan suatu penyakit dalaman yang masih wujud di sana sini. Tegas beliau, fenomena berkenaan amat merugikan umat Islam kerana mereka akan menjadi lemah dan mudah dipermainkan oleh pihak lain. "Sehingga kini umat Islam masih belum dapat menyatukan fikrah, hadaf dan amal demi untuk mengekalkan kemurnian Islam. Kita kini lebih suka berpecah dan dipecahkan kepada kelompok dan ideologi masing-masing. "Sesungguhnya penglibatan umat Islam dalam amalan berpolitik secara kepartian memerlukan kebijaksanaan, kematangan serta pendewasaan agar kita tahu batas sempadan sesuatu perbezaan," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1431H/2010 di Dewan Solat Utama, Masjid Putra di sini pagi ini.
Sumber : Utusan Malaysia, 27/02/2010
Bagaimana Pula Dengan Penyakit Luaran?
Sebagai umat yang digelar “sebaik-baik umat” maka sudah semestinya umat Islam itu merupakan umat yang hebat. Umat Islam itu akan menjadi hebat dan kuat jika dirinya bebas dari penyakit luaran dan dalaman. Saranan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom agar umat Islam mengatasi penyakit dalaman yang dilihatnya masih wujud di kalangan umat Islam sebenarnya tidak mencukupi untuk memacu umat Islam menjadi umat yang hebat di dunia. Sewajarnya beliau juga perlu mengingatkan umat Islam agar juga menjaga diri mereka supaya tidak terjebak dengan penyakit luaran yang sedang membarah dalam kehidupan manusia saat ini. Apakah penyakit luaran itu? Tidak lain dan tidak bukan adalah segala bentuk pemikiran kufur yang kita lihat semakin merosakkan kehidupan umat saat ini.
Sekularisme, nasionalisme, pluralisme, kapitalisme, liberalisme, HAM, demokrasi dan yang seumpamanya adalah penyakit-penyakit luaran yang terus menerus menyerang umat Islam ketika ini. Jamil Khir sewajibnya melihat masalah umat Islam dengan lebih meluas, agar beliau menyedari bahawa penyakit dalaman mahupun luaran yang menyerang umat Islam, kedua-duanya perlu di halang dan dibenteras oleh kaum Muslimin. Lebih utama lagi bagi para pemimpin umat Islam, yang jika kita perhatikan saat ini telah membiarkan diri mereka dan rakyat terus dirosakkan dengan penyakit-penyakit luaran seperti yang dinyatakan di atas. Firman Allah SWT:
“Dan bahawa (yang kami perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa”. [TMQ al-An'am (6) : 153].
- jebbat.blogspot.com
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
0 comments:
Post a Comment